Replika Tengkolok Gergasi Kuala Pilah

Sewaktu menuruni laluan Bukit Putus selepas singgah di ATV Kg Jkin Extreme Park, tiba-tiba macam nak ambil gambar replika tengkolok gergasi Kuala Pilah ni. Selama ni lalu berkali kali tak pula nak ambil gambar. Ambil gambar, bolehlah kita buat content blog. Kann...

Dulu, replika tengkolok gergasi ni lah mercu tanda atau ikonik Kuala Pilah. Salah satu tempat menarik di Kuala Pilah yang menjadi kebanggaan orang Kuala Pilah. Di belakang replika tengkolok gergasi terdapat signboard ala Hollywood "KUALA PILAH" di pacakkan di bukit.

Tapi dah tak kelihatan lagi. Ada kisah seram disebalik papan tanda Kuala Pilah tu. Laluan Bukit Putus ni keras kawasannya. Bukan keras batu tapi keras lain. Kalau di google kisah seramnya memang banyak. Tak berani nak baca.

Cerita yang pernah saya baca, ada sosok pocong menggantikan huruf I pada papan tanda Kuala Pilah tu. Seram bukan! Belum lagi yang nampak pocong tergolok atas jalan. Yang menumpang balik pun ada. Haihhh..meremang bulu roma! 

Tengoklah sekarang, rupa paras replika tengkolok gergasi macam tak ada penyelenggaraan di buat. Nampak tumbuhan liar sudah mula tumbuh di sekeliling tengkolok. 

tengkolok gergasi kuala pilah

Tapi perasan di situ ada batu-batu baru. Nampak gaya macam akan ada rupa baru di kawasan replika tengkolok gergasi Kuala Pilah. Kalau begitu, baguslah kan. Sekurang kurangnya masih mengekalkan replika tengkolok gergasi di situ sebagai tempat tarikan menarik di Kuala Pilah.

Sayang kalau dimusnahkan. Alang-alang mendaki di Gunung Angsi tu boleh lah singgah bergambar di replika tengkolok gergasi ni. Dekat je dengan Gunung Angsi. 

Replika tengkolok gergasi Kuala Pilah ni masih lagi menyerlah pada pandangan mata saya. Warna tak luntur cuma ada beberapa bahagian ditumbuhi kulat dan tumbuhan tepi tu. 

replika tongkolok gergasi kuala pilah

Alang-alang cerita pasal tengkolok. Bacaan tambahan untuk maklumat tentang tengkolok, tanjak dan destar. Pemakain penutup kepala masyarakat Melayu yang semakin popular digayakan di zaman kini. Masa majlis resepsi saya, abang saya cetuskan idea suruh anak-anak buah jadi hulubalang pakai busana lama dengan tengkolok yang direka sendiri.

Comel masing-masing bertanjak. Dulu ada lah abang buat perkhidmatan pengiring dengan busana melayu lama. Sekarang dah sibuk tak dapat dah nak buat perkhidmatan berkaitan dengan busana melayu lama.

Perbezaan Tengkolok, Tanjak dan Destar

Perbezaan antara tengkolok, tanjak dan destar adalah dari bentuk dan gubahannya. 

Tengkolok 
Biasanya digubah menjadi tinggi yang nampak seakan-akan mahkota dan mempunyai ruang kosong ditengah yang menampakkan rambut. 

Pada zaman dahulu, memakai tengkolok dapat memperlihatkan pangkat atau darjat si pemakainya mengikut lipatan dan bentuk tengkolok tersebut. 

Seperti bendahara, laksamana dan temenggung semuanya mempunyai bentuk tengkolok masing-masing. Untuk tengkolok diraja, ia mempunyai bentuk khas yang tidak boleh ditiru oleh orang lain.

Lipatannya juga akan serong dan tinggi ke sebelah kanan manakala golongan rakyat biasa perlu serong ke sebelah kiri. Tengkolok diraja berwarna kuning dan disulam dengan benang keemasan serta dihiasi dengan perak dan batu permata. Tengkolok raja dan bangsawan diperbuat daripada kain berkualiti tinggi sepeti sutera dan songket. 


Tanjak
Gubahan tanjak pula seakan-akan tengkolok tetapi digubah lebih rendah dan sederhana. Tanjak hanya diperbuat dari kain biasa.

Terdapat pelbagai jenis lipatan dan gubahan tanjak yang mempunyai bentuk dan nama yang unik dan semuanya mempunyai maksud dan asal usulnya sendiri. Antaranya seperti lipatan ‘Dendam tak sudah' yang berasal dari Negeri Sembilan, ia adalah gubahan untuk tengkolok diraja Negeri Sembilan, Kedah dan Yang di-Pertuan Agong, gubahan ini melambangkan kekuasaan dan kehebatan kerajaan raja itu.

Destar
Manakala gubahan destar menutupi penuh bahagian atas kepala. Destar juga hanya diperbuat dari kain biasa.

Kebanyakan jenis lipatan dan gubahan tengkolok, tanjak dan destar diambil ilham daripada haiwan dan alam semula jadi.

Sumber : Friends of Impak 

Saya belanja beberapa gambar laluan Bukit Putus yang sempat saya ambil gambar. Ada tempat berehat, gazebo yang disediakan khas untuk mereka yang nak berhenti berehat disini. Sebelah tu ada air terjun dan kolam kecil. Tak pasti boleh mandi ke tidak disini. 

laluan bukit putus

Ada beberapa selekoh yang mengalami tanah runtuh. Ada juga sesetengah tempat yang dijadikan tempat pembuangan sampah sebelum ni. Tapi lalu kalini tak nampak dah tempat pembuangan sampah.

laluan bukit putus

Keadaan laluan Bukit Putus yang semakin sunyi sepi. 

laluan bukit putus


14 comments:

  1. Masih cantik lagi replikanya. Kalau digilap, pasti nampak baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tu kak. Kalau dibersihkan macam baru di cat kan.

      Delete
  2. Eh adalagi erk replika ni...akak dah lama x lalu area ni...sebab dah ikut Highway baru kalau nak ke kuala pilah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi kak. Cuma Tulisan Kuala Pilah atas bukit tu je yang dah tak nampak dah. Saya lalu waktu siang je nak elak jem. Kalau tidak memang tak kan lalu.

      Delete
  3. Oh ada beza tengkolok dan tanjak..

    Akak pernah tinggal di Pilah, masa tu masih guna laluan lama. Memang seram kalau malam sebab gelap gelita laluan tu. Mujur belum pernah ‘jumpa’ apa-apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya pun ingat sama tapi rupanya tidak. Jalan lama dulu kurang seram kalau banyak kenderaan. Tapi malam malam jadi auto seram. Sekarang ni tak banyak kenderaan jadi seram lagi. Syukurlah tak pernah jumpa apa-apa. Risau...

      Delete
  4. Lama sungguh saya tak lalu jalan lama ni Fiza. Seram pun ye jugak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kurang orang lalu sini melainkan nak elak jem. Lagi seram kalau lalu malam malam tu...

      Delete
  5. seram pulak kalau baca.. ada mcm2 variasi cerita. kalau dijaga mesti nampak lg bersih kawasan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baca kisah sebenar yang mengalaminya mesti lagi seram. Betul, kalau terjaga elok mesti lagi menarik.

      Delete
  6. Rinduu nk.ke Pilah, sejak Pkp x jengah2 sana lg. ASYIK ANAK2 BUAH dari sana je turun KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa nanti bolehlah ke Kuala Pilah Kak Nur. Sesekali turun Pilah.

      Delete
  7. mesti banyak kos tu nak baik pulih. harap pihak bertanggungjawab jgn pandang sebelah mata laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kalau bersihkan replika dan sekitarnya pun dah cukup sedap mata memandang.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.