Resipi Donut Red Velvet Viral Mudah Gerenti Jadi

Hebat penangan donut red velvet Eira Aziera, terus trending resepi donut red velvet eira aziera. Ramai yang terjebak nak buat donut red velvet viral ni. Sebelum ni trending donut susu viral kan? Sekarang donut red velvet viral ambil alih giliran trending pula.

Tengok Eira Aziera menguli guna tangan memang kagum lah. Sekali buat untuk 1000-3000 biji donut memang banyak. Kita ni buat beberapa biji donut pun malas nak menguli. 

Saya kongikan resipi donut red velvet viral yang mudah ni gerenti jadi katanya. Peminat red velvet bolehlah cuba buat donut red velvet viral ni. 

Ada dua kaedah samada nak uli guna mesin atau guna tangan. Bolehlah tiru mana cara yang mudah untuk buat donut red velvet. Yang pasti ini bukan resipi asal. Lain orang lain caranya kan. Yang dah biasa buat donut cuma perlu tambahkan perisa red velvet je lah. Sama macam buat donut pandan, kita tambah perasa je. 

Yang ada mesin menguli boleh guna resipi red velvet by tini.ha.nee. Katanya, untuk roti gunakan pewarna jenis gel, baru warna naik berbanding pewarna makanan berasaskan minyak. 

donut red velvet viral
sumber : @tini.ha.nee


Resipi Donut Red Velvet Mudah by tini.ha.nee

Bahan-bahan
250g tepung high protein
50gg butter (suhu bilik)
2tbsp susu tepung
50g gula kastor
1 tsp yis
1 tbsp serbuk koko
1 biji telur dan air sejuk dicampurkan sehingga dapat 150g
1 tsp pewarna merah (brand Myflavour)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan-bahan
2. Set dough mode, 7 min/kneading
3. Rehatkan doh selama 30 minit
4. Bulatkan doh setiap satu 30g
5. Bentukkan donut.
6. Biarkan donut direhatkan selama 30 minit
7. Sedia untuk digoreng
8. salutkan donut dengan campuran gula aising dan gula kastor

Jika tiada mesin uli, boleh gunakan resipi donut kampung dengan tambahan perisa red velvet by Hana Hana buat guna ulian tangan. Resipi donut red velvet kampung ni boleh menghasilkan anggaran 10-12 biji donut mengikut kesesuaian acuan atau besar bebola doh.

Resipi Donut Red Velvet Viral

Resipi donut kampung red velvet

*2 cawan tepung gandum Baker's choice
*1 sdb gula
*1sdb susu tepung
*1/2 sdb margerin
*1 sdt yis kering
*Secubit garam
*1 sdt pewarna red velvet emulco
*1 sdt serbuk koko
*1/2 cawan air lebih kurang
1/2 cawan gula kaster

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam 1 mangkuk besar. Sebatikan dan uli sekitar 10 minit.
2. Rehatkan 5 minit
3. Boleh di bentuk menggunakan acuan atau dibuat bebola.
4. Biar naik sekitar 20 minit
5. Panaskan minyak dengan api sederhana.
6. Masukkan donut tadi. Goreng 1 minit di setiap bahagian.
7. Angkat dan terus salutkan dengan gula kaster atau susu tepung

12 comments:

  1. on facebook je penuh dengan donut merah ni fiza...saya belum berani nak cuba risau tak menjadi saya lagi sanggup beli haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah..banyak orang share...Sekadar nak makan sikit dan rasa okaylah beli je lebih mudah. Kot tiba tiba rajin boleh cuba buat :)

      Delete
  2. cantik warnanya...ada gak donut kampung...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna merah begini memang cantik dipandang. Warna pun menarik perhatian. Donut kampung yang biasa tu kak :)

      Delete
  3. Akak pernah buat donut biasa pun, tak jadi gebu, Fizah. Baik beli je. Hehe.
    Tapi akak pernah tengok orang buat donut guna tangan. Tengok secara live. Dia buat lubang donut tu guna tangan je, tak yah acuan. Terer, terer. Orang tu memang pernah jual kueh dulu. Kagum akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kalau macam tu beli lagi mudah, kan. Kalau dah pakar pembuat donut, buat biasa pun jadi kan. Saya pun kagum.

      Delete
  4. Wah, merah mak ngah. Berselera makan ni, tapi tak yakin nak membuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna merah Mak Ngah tu yang menarik tu. Hihi..kena cuba dulu Sal. Kot jadi ke kan.

      Delete
  5. Tabik springlah dengan kesungguhan Eira Aziera. Memang menjadi sungguh bisnesnya. Kuat tenaganya. Berkali-kali saya saya tonton di FB. Rezeki Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat boleh menguli sebanyak itu kan. Ada usaha, pasti ada hasilnya dengan izin Allah.

      Delete
  6. Sana sini kisah donut red valvet ini.. Cantik warna dia bila dah masak..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.