Rojak Petis, Makanan Kegemaran Orang Johor
Berapa lama daa tak makan rojak petis. Selain Soto dan lontong, Orang Johor suka makan rojak petis. Betul tak? Tak Johor lah tak makan rojak petis. Mungkin betul juga sebab encik suami orang Nismilan tak suka makan rojak petis.
Dalam semangkuk rojak petis ada buah nanas, mangga, sengkuang, jambu batu dan epal hijau ditaburi kekacang dan kuah rojak petis. Hilang kempunan nak makan rojak petis. Tapi ada yang kurang sikit, buah jambu batu dia tersangatlah lembik. Auto patah selera.
Setakat ni saya belum pernah lagi buat rojak petis Johor sendiri. Nak tahu cara buat kuah rojak petis, boleh rujuk resipi rojak petis Johor Kak Dana.
Asal usul rojak petis yang diambil dari wikipedia, Rojak atau rujak (ejaan di Indonesia) ialah makanan tradisi buah-buahan dan sayur-sayuran mentah yang dicampur dengan kuah. Makanan ini berasal pulau Jawa tersebar ke seluruh Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Bulan lepas dalam perjalan balik rumah dari kampung, kononnya nak singgah beli rojak petis depan TF Value-Mart Gemas. Sekali duit tunai tak cukup daaa...Dalam TF Value-Mart Gemas tak ada mesin ATM. Bank terdekat ada bank muamalat je tapi rosak pula. Kempunan nak makan rojak petis! Mujurlah bukan mengidam orang mengandung. Nayaaa kalau tak diturutkan.
Balik minggu lepas singgah lagi nak beli rojak petis. Dah pastikan duit tunai cukup untuk membeli makanan dan minuman di gerai-gerai tepi jalan depan TF Value-Mart Gemas. Beli kopi Hainan dan rojak petis je. Tak ada yang menarik untuk dibeli kata encik suami.
Saya layan rojak petis sorang-sorang je lah. Pakcik jual rojak petis kata sayur takda. Bahan rojak petis tak cukup tak apa, janji kuah rojak petis tu sedap.
Dalam semangkuk rojak petis ada buah nanas, mangga, sengkuang, jambu batu dan epal hijau ditaburi kekacang dan kuah rojak petis. Hilang kempunan nak makan rojak petis. Tapi ada yang kurang sikit, buah jambu batu dia tersangatlah lembik. Auto patah selera.
Setakat ni saya belum pernah lagi buat rojak petis Johor sendiri. Nak tahu cara buat kuah rojak petis, boleh rujuk resipi rojak petis Johor Kak Dana.
Kadang saya keliru dengan rojak petis vs rojak buah. Nampak macam sama je. Apa beza dia? Tolong jawab kejap kalau tahu.
sedap ni..terliur pulak nengok gambar..suka makan rojak petis ni, kadang2 boleh buat lauk makan dengan nasi..sebab mak ajar dari kecik makan rojak dengan nasi..haha
ReplyDeleteRojak petis memang sedap. Unik pulak makan dengan nasi. Tapi benda kalau dah biasa dari kecil makan macam tu tak pelik dah lah kan.
Deletekebetulan sgt, aida sedang makan rojak buah ni, Fiza.
ReplyDeletebeli kat pasar mlm siang td.
sama la kita, suka kuah petis nya tu.
best!
tapi tu la, kepedasan ni hah.
terlebih cili padi agak nyer ni!
Oh ye? Macam tahu tahu je kan. hihi...Agaknya lah tu terlebih cili. Kena lawan dengan benda masam baru kurang sikit tahap pedas dia.
Deletealamak, terliur tgk rojak petis ni. klu saya makan rojak, mesti ambik sengkuang lebih hehe
ReplyDeleteSengkuang lebih tu sedap lawan dengan kuah rojak petis kan. Rangup!
Deletesaya orang pantai timur lagi la tak tau bezanya tak pernah makan rojak petis yg biasa makan rojak buah hihi
ReplyDeleteYang saya tahu bezanya isi dan juga taburan kacang tanah..Tapi kuahnya macam sama lah pulak. huhu...
Deletesaya rasa bezanya pada kuah rojak tu kot. tak silap saya petis ni ada tambah udang. saya suka tapi tak boleh makan banyak nanti gatal. rojak buah takpe
ReplyDeleteOhh petis ni tambah udang ye. Jenis alergik udang memang azablah lepas makan rojak petis.
DeleteKalo di Indonesia, rujak buah itu bumbunya dari kacang, cabe rawit merah, asam Jawa, gula merah dan air. Digiling sampai halus.
ReplyDeleteTapi kalo rujak petis, ditambahkan lagi petis di dalamnya kak. Tak taulah apa kah sama petis di Indonesia dan Malaysia. Kalo di sini petis itu olahan ikan atau udang yang dimasak hingga airnya habis, lalu ditambahkan bahan2 Seperti garam dan karamel dari gula Jawa. Nanti bentuknya akan seperti paste yang ke tal dan aromanya kuat. Ini asalnya dari Jawa timur.
Lalu bumbu rujak tadi, ditambahin petis ini. Hingga aromanya lebih kuat dan tajam drpd rujak buah biasa. Sama2 enak sih kalo buat saya
oh begitu. saya dah nampak bezanya dari penerangan ni. Terima kasih berkongsi. Saya rasa di Malaysia guna petis udang kot. Ya, ternyata rojak petis lazat sekali.
DeleteItulah keliru. Mungkin rojak buah hanya ada buahan-buahan.
ReplyDeleteRojak petis ada sayur.
Suka rojak tapi susah jumpa yang betul-betul sedap.
Itu salah satu perbezaanya. Ye, betul tu. Susah nak dapat yang menepati selera kita.
DeleteSelalu tengok macam-macam makanan yang sedap-sedap di Johor.
ReplyDeleteTak sabar nak jalan-jalan cari makan di sana waktu konvo Fuad nanti.
Sampai Johor wajib cuba Soto, lontong, mi bandung Johor..Kena senaraikan siap siap kak Amie. hihi...
Deletems kecik2 kalau mkn nk nanas lbh. bla bsr sket nk timun lbh. skrg kalau mkn nk kacang lbh😂
ReplyDeleteSelera berubah mengikut usia ye Anies. hihi...
Delete