Header Ads

Siput Tanpa Cengkerang Yang Unik

Dalam sibuk mencabut pokok ulam raja, terpandang pada mahkluk yang unik ni. Siput tanpa cengkerang! Ehh pelik benar rupa paras siput tanpa cengkerang/cangkang. Memang ada ye siput tanpa cengkerang. Apakah nama dia? 

Ke memang panggil siput tanpa cengkerang? Tak tunggu lama, terus keluarkan handphone dari poket seluar dan potretkan siput tanpa cengkerang ni. Berkebun pun bawa  handphone kan. Kalau tak bawa kemana-mana tu bukan Fiza. 

Pantang nampak sesuatu, mesti nak ambil gambar! Dalam gambar nampak comel pula siput tanpa cengkerang ni. Ada yang penggeli tak tengok siput? Rupa siput tanpa cengkerang nampak macam lintah. Lintah ada sesungut!

Atau sebenarnya nama dia siput lintah. Dah pening pula nak fikir siput ke lintah macam siput babi. Siput ke babi? Cari jugalah maklumat siput tanpa cengkerang ni. Ada yang kata siput tanpa cangkang berbahaya. Berbahaya yang macamana saya pun tak pasti. Mungkin beracun?

Ada juga beberapa persoalan tentang siput tanpa cangkang masuk rumah pertanda apa? Dari pembacaaan saya, katanya bawa petanda yang tidak baik. Wallahu a'lam...

Yang pastinya siput lintah ni kalau ada memang merosakkan tanaman. Habis daun-daun pokok yang ada dikerjakannya.

Siput Tanpa Cengkerang

Eh eh meliuk lentok pula dia. Macam tahu tahu kita nak ambil gambar, dia sibuk berposing ek. Bukan seekor yang merosakkan tanaman. Ada lagi seekor rupanya. Siput lintah ni corak badan dia sebiji macam lintah. Kan?

siput lintah

Tengok sekali okay lagi. Tengok berkali kali rasa geli geliman pula.

هناك 26 تعليقًا:

  1. aduduuuu
    memang geli sungguh tengok binatang lembik2 ni
    he3

    ردحذف
  2. Erk..akak memang geli. Tadi ke blog wak pun berkerut muka dek geli ulat. Haha
    Tapi cantik hasil fotografi gini, barulah jelas rupa dia.

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi..tapi ulat kat blog wak tu comel kak.
      Terima kasih kak :)

      حذف
  3. Kami panggil lintah bulan...
    Dulu kat kampung banyak...kadang melekat kat selipar...berlendir...hihihi

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh namanya lintah bulan ye. Memang berlendir laluan dia tu. geli jugak tengok

      حذف
  4. ha ah nampak macam lintah.tu la biasa siput ada cengkerang kan. pelik lak tgk tanpa cengkerang, geli hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Tulah tu, pelilk pulak tengoknya. Rupanya memang ada spesis tanpa cengkerang. Spesis lintah ke spesis siput agaknya.

      حذف
  5. naik bulu roma..saya ingatkan cengkerang dia tertanggal

    ردحذف
    الردود
    1. Hehe..mulanya saya fikir pun macam tu juga. Entah mana cengkerang dia hilang. Rupanya tengok yang lagi satu tu pun sama..Spesis siput tanpa cengkerang.

      حذف
  6. setakat tengok tak geli, tapi kalau jatuh atas tangan or badan mau keluar silat mat kilau. haha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha. jatuh atas tangan auto geli geliman dengan tekstur macam tu. Siapa je tahan geli kan.

      حذف
  7. ni klu mak saya jumpa merayap atas daun begonia dia boleh jadi drama korea agaknya huhu

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi...hangin satu badan kalau nampak ulat ni kat pokok daun begonia. Dahlah daun tu lawa kan..sayang kalau dimakan siput ni.

      حذف
  8. Sekali padang ada iras siput babi.
    Lama-lama pindang rasa geli hendak tengok.

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi..macam pelik kalau siput tak ada cengkerang kan. Yang ada cengkerang pun kadang geli, inikan yang tak ada cengkerangnya.

      حذف
  9. Lintah bulan ni Fizah, seperti kata Mama Cella tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh lintah bulan macam mama cella cakap tu ye. Unik lintah ada sesungut.

      حذف
  10. antara haiwan yg x disukai petani/penanam pokok hiasan

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.