Starbucks Red Velvet Oatmilk Latte Frappucino Dan Toffee Nut Crunch Latte Frappucino Sempena Musim Perayaan
Kehadapan peminat kopi sekalian. Saja nak bagitahu, Starbucks Members' Exclusive Pre-Launch is happening now for Holiday season bermula 31 Oktober 2022 sehingga 1 November 2022. Semalam juga pesan pada encik suami, balik kerja boleh singgah membeli secara pandu lalu.
Saya pilih Red Velvet Oatmilk Latte Frappucino dan encik suami pilih Toffee Nut Crunch Latte Frappucino. Dulu saya suka pilih jenis minuman iced. Tapi sejak rasa frappe @ Frappcucino sedap lagi, memanjang pilih frappe!
Biasanya kalau minuman bermusim ni murah sikitlah. Macam haritu beli Brown Sugar Cocoa Oatmilk with and without coffee, saiz grande RM26 untuk 2 cup sempena Deepavali.
Biasanya kalau minuman bermusim ni murah sikitlah. Macam haritu beli Brown Sugar Cocoa Oatmilk with and without coffee, saiz grande RM26 untuk 2 cup sempena Deepavali.
Tapi harga yang baru ni keras sikit. Red Velvet Oatmilk Latte Frappucino, RM25 dan Toffee Nut Crunch Latte Frappucino, RM20.50. Setiap satu dapat 50 points. Dah harga mahal kalau tak dapat points banyak tak tahulah kan.
Bila points banyak ni cepat penuhlah tabung points. Dah capai rewards nanti boleh redeem minuman percuma. Yeay!
Bila points banyak ni cepat penuhlah tabung points. Dah capai rewards nanti boleh redeem minuman percuma. Yeay!
Terkejut dengan harga dua ni. Tak pernah beli air mahal sebegini. Biasanya bawah RM20 lah atau sipi sipi lebih sikit. Itu belum tambah apa apa lagi. Matilah nak kalau tambah macam-macam. Seram dengar harga macam nak membayar Yong tau fu pasar malam.
Warna Red Velvet Oatmilk Latte Frappucino cantik menawan. Menawan juga rasa dia. Sedap gila! Tak jadi nak menyesal beli harga macam tu. Kiranya berbaloi harga dan rasa airnya tu. Lain dari yang lain. Pertama kali minum terus suka. Ahh camne ni...
Selain rasa yang super sedap, terpaling sedap, sedap gila, sedap nak mati, topping dia pun menawan kalbu. Kenapalah tawan hati saya. Susah tau nanti kalau teringat ingat.
Bayangkan rasa red velvet dalam versi minuman. Sedap tak tau nak habaq! Kenalah rasa sendiri. Rasa red velvet yang creamy dan tak manis sangat.
Toffee Nut Crunch Latte Frappucino pilihan encik suami pun sedap. Kopi campur kacang campur susu, gabungan yang menarik. Pahit pahit kopi dan kacang gitu dan ada taburan kacang diatasnya.
Red Velvet Oatmilk Latte tu minuman baharu Starbucks Malaysia katanya. Boleh order minuman panas, sejuk atau frappuccino. Selain tu, bagi melengkapi minuman musim perayaan ni ada juga peppermint mocha. Nampak macam menarik je peppermint mocha tu. Tapi encik suami tak suka jenis mint.
Macam aiskrim Baskin Robbins mint, ramai orang cakap perisa mint ni macam makan ubat gigi. Padahal sedap kot! Peminat mint je faham erti kesedapan perisa mint tu. Kan?
Red Velvet Oatmilk Latte Frappe memang terpaling sedap! Tapi mengenangkan modal tinggi tu, kena berkira kira jugaklah nak ulang membeli. Huhu...Oh lupa! Saya beli saiz venti. Jadi mahal sikitlah. Jadilah buat raso raso.
Nak jimat sikit boleh beli saiz grande. Adakah Red Velvet Oatmilk Latte ni bermusim juga macam Toffee Nut Crunch Latte setahun sekali?
Ingatkan red velvet cake je sedap. Rupanya Starbucks Red Velvet Oatmilk Latte Frappucino sama sedap.
Holiday season Exclusive Pre-Launch Beverage
- Red Velvet Oatmilk Latte
- Peppermint Mocha
- Toffee Nut Crunch Latte
Official T&Cs
Date: 31 st October 2022 – 1 st November 2022 | Whole Day
- Applicable for purchase of Holiday beverages only.
- Full payment must be made with registered Starbucks Card or Mobile App.
- BONUS STARS only applicable to registered members. (50 BONUS STARS for every beverage)
- Not valid with any other discounts or promotions.
- Only applicable for in-store purchase.
- Valid at all Starbucks stores in Malaysia except Starbucks Sunway Lagoon.
Date: 31 st October 2022 – 1 st November 2022 | Whole Day
- Applicable for purchase of Holiday beverages only.
- Full payment must be made with registered Starbucks Card or Mobile App.
- BONUS STARS only applicable to registered members. (50 BONUS STARS for every beverage)
- Not valid with any other discounts or promotions.
- Only applicable for in-store purchase.
- Valid at all Starbucks stores in Malaysia except Starbucks Sunway Lagoon.
Kaki minum Starbucks takde.. selamattttt kita. Nak tergelak pulak baca yong taufu pasar malam, hahaha. Tapi, minuman bermusim ni memang tak berkira sgt nak beli, bukan selalu, kan.
ReplyDeleteKalau ada dak Iman confirm minta bonda belanja. hihi..yong tau fu pasar malam tu berdebar nak tunggu peniaga sebut harga.
DeleteBetul betul...sesekali buat raso raso :)
Sekali-sekala nak merasa, nasib baik boleh dapat point, ada jugakla habuan. Lama tak minum Starbucks, takde geng. Sep sikit peminat mint!
ReplyDeleteSesekali bolehlah Sal. Nak selalu rabak poket. huhu...Dapat points dapatlah mengumpul juga. Yeay, kita geng mint!
DeleteWow.. Jarang minum Setabak 😅 Nampak sedappp. Ops... kalau dah teringat ingat, kena beli lagi kak ui.. hehee...
ReplyDeleteSesekali bolehlah nona. RV tu sedap terpaling. Cubalah nanti..hihi..kalau ada bolehlah repeat akan datang. Limited time ni payah nak beli selalu.
Deletemacam menarik ni, kena cuba nanti.
ReplyDeleteBolehlah cuba nanti :)
Deletexpernh minum lagi air starbuck..harga kayangan..:)
ReplyDeleteSesekali tu bolehlah Kak Nor merasa air kayangan ni.
DeleteToffee Nut Crunch Latte ni fav masa Christmas tapi rasa tergoda pula nak cuba red velvet frappe. Cantik!
ReplyDeleteYep, air setahun sekali baru dapat merasa gitu. Trylah RV, confirm suka!
DeleteJarang2 nak ligan menu di starbucks nii .
ReplyDeleteSaya pun sesekali je terjebak Lyana :)
DeletePatutlah Fiza ada keahlian Starbucks.
ReplyDeleteMacam manalah rasa susu oat?
Husband yang ada member kad. Saya tumpang sekaki. Kena rasa sendiri kak sebab saya pun macam tak tahu nak cakap macamana :)
Delete