Tak Pasal-Pasal Kena Jumpa Doktor Gigi Lagi. Harga Caj Rawatan Klinik Pergigian

Dah beberapa bulan gigi geraham yang ada tampalan, pecah tepinya. Selama ni biarkan je sebab tak sakit. Tak boleh jadi ni, kena juga jumpa doktor gigi. Risau nanti jadi lebih teruk. Kuat betul jodoh dengan doktor gigi sampai tak boleh nak elak.

Kalau tak boleh nak tampal, nak buat scaling lah kononnya. Encik suami pun nak buat scaling juga. Sebelum pergi tu call dulu, takut nanti kang datang dia layan yang ada temujanji je.

Masa PKP haritu call juga tapi katanya kena pergi klinik gigi yang berdekatan dengan rumah. Lepas tu kalau gigi tak sakit, masih boleh tahan kena tunggu temujanji lambat sikit sebab akan dahulukan sakit yang serius. 

Sebab tu masa PKP klinik swasta pun ramai orang tak nak kalah. Kali ni boleh walk in katanya. Kami sampai lebih kurang pukul 10 pagi. Daftar, bayar RM1. Lepas tu tunggu panggilan no giliran.

Harga Baru Caj Rawatan Klinik Pergigian

Sepatutnya lepas daftar kena check tekanan darah tinggi. Kami tengok meja tu hanya ada alat tekanan darah tak ada staff yang bertugas, jadi kami tunggu je lah. Lepas tu tengok yang daftar semua mereka check tekanan darah masing masing buat sendiri. 

Lahhh.. kena check sendiri ke? Boleh macam tu pula ye. Kalau warga emas tak tahu guna macamana ye? Kesian… patut ada yang jaga urusan disitu. Sepatutnyalah...

Kami abaikan je sebab tak pasti kan. Tunggu je lah sebab nak sampai nombor giliran dah. Masuk bilik doktor, doktor pelik tak ada catatan bp tapi doktor pun abaikan juga dan check gigi juga memandangkan saya tak ada penyakit dan tak makan ubat apa-apa.

Yang bagusnya pergi klinik pergigian Kerajaan ni dia check satu satu gigi kita. Rawatan akan diberikan mana yang lebih utama. Doktor suggest korek semula tampalan dan tampalan baru. Cara kedua, doktor buat tampalan biasa sementara. Cara ketiga, buat crown di klnik swasta sebab Klinik Kerajaan tak buat rawatan crown.

Saya ikut cara kedua lah buat sementara ni. Alang-alang dah datang, takkan nak balik macam tu je. Saya keluar dari bilik doktor, encik suami masih lagi diluar. Nombor giliran dia tak sampai lagi. Dah masuk bilik doktor, cepat je keluar. 

Rupanya tak boleh buat scaling sebab untuk rawatan scaling, hanya 15 orang je sehari. Nak buat tanpa temujanji kena datang seawal mungkin dan terhad 15 orang je. Kalau taknak datang pagi menunggu, kena buat temujanji.

Ohh macam tu pula sistem yang baru. Katanya sebab bilik untuk scaling tu ada satu bilik je. Walaupun tak boleh nak buat scaling, dapat jugalah check gigi mana yang perlu dibuat rawatan. Lain kali lah kena datang lagi nak buat scaling.

Ini harga untuk caj rawatan klinik pergigiaan kerajaan.

Harga Baru Caj Rawatan Klinik Pergigian

Pernah saya tanya harga buat crown sebatang gigi. Bukan biasa biasa harga dia, cecah 1 ribu juga untuk sebatang gigi. Fuhh...gigi oh gigi..Buat veneer/composite sebatang gigi pun dah RM200!

Ada juga bertanya pada doktor cara lain selain buat gigi palsu gantikan gigi yang dah dicabut. atanya boleh buat implan. Harga implan gigi klinik kerajaan lebih kurang RM400-RM500 dan ke atas. Itu harga klinik pergigian kerajaan. Kalau swasta katanya 4 ribu ke atas macam tu.

Mujur lah gigi tak sakit, kalau sakit...jangan siapa siapa cari pasal.

12 comments:

  1. Sekarang scaling di klinik swasta pun dah cecah 100 atau lebih. Untung sangat kalau dapat buat di klinik kerajaan, cuma RM2 saja.

    Aritu akak buat crown gigi geraham kena 1ribu lebih. Tapi legalah lepas tu dah boleh guna gigi untuk makan macam biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Pernah tanya harga RM80 dan keatas. Memang untung lagi klinik pergigian kerajaan. Tapi itulah, kena menunggu lama. gigi geraham lagi besar modal dia kan. Yang penting dapat diselamatkan dan boleh guna.

      Delete
  2. Hari tu Kak Amie buat scaling gigi RM237. Terus rawat itu, rawat ini sampai tujuh kali appointment, hampit cecah 3K. Harap selepas appointment kali kelapan nanti, selesailah urusan rawatan pergigian. Rawatan gigi terpaksa buat di klinik swasta sebab kalau pergi klinik kerajaan terpaksa menunggu lama. Lagilah kalau berderet-deret appointment, pentadbir pun tarik nafas panjang mengatur jadual guru lain ambil alih kerja kita yangselalu ditinggal-tinggalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan juga harganya. Di semenanjung masih paras bawah lagi. Ye betul tu kak Amie. Kalau nak buat appointment, tahun depan baru sampai giliran kita. Doktor kata appointment tahun depan baru ada slot kosong.huhu..nak tak nak kalau terpaksa, terpaksa ke swasta jugalah. Kenalah sediakan modal.

      Delete
  3. Murah caj dia. Akak tak pernah pergi, sebab pernah bertanya dulu, dia cakap sama macam Fizah. Kena buat appoinment, dia utamakan yang sakit dulu. Kalau akak pun tak tahu nak check blood pressure sendiri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah murah sangat caj dia. Itulah tu, macam tu pulak kan..Letih lah kalau macam tu. Pelik pulak kena check sendiri. huhu...

      Delete
  4. Murah rawatan gigi di klinik kerajaan berbanding klinik swasta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye wak. Murah jauh beza dari swasta. Tapi itulah kena menunggu lama.

      Delete
  5. Kalau tak kerana pengalaman teruk kat klinik gigi kerajaan (sendiri & anak), akak mmg takkan pergi klinik swasta - fees terlalu mahal skrg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mahal sungguh harga untuk rawatan gigi ni kalau diswasta. Kadang terpaksa juga ke swasta sebab tak sanggup nak tunggu lama.

      Delete
  6. Scalling gigi klinik kesihatan memang murah..klw gi klinik swasta mahal sikit caj tu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.