Tarikh Bayaran BKM Fasa 4 2022 Diawalkan Mulai 15 November 2022
Tarikh bayaran BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) fasa 4 2022 yang sepatutnya dijadualkan pada bulan Disember 2022 diawalkan kerana ingin membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laur (MTL).
Bayaran BKM Fasa 4 akan mula dikreditkan pada hari Selasa, 15 November 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada hari Jumaat, 18 November 2022 seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
BKM Fasa 4 adalah bayaran fasa terakhir Bantuan Keluarga Malaysia yang bakal diterima oleh setiap kategori termasuk rayuan.
Pembayaran BKM Fasa 4 melibatkan 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang atau tiada pasangan dengan melibatkan pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion. Untuk kesemuanya, peruntukan untuk BKM adalah bernilai RM8 bilion.
Jumlah Bayaran BKM Fasa 4
Bayaran BKM Fasa 4 sedikit berbeza kerana ada kategori yang tidak akan menerima BKM Fasa 4. Jumlah bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti jadual berikut.Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:0 anak : RM 300
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas : RM900
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas : RM300
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:0 anak : RM 300
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas : RM900
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300
Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas : RM900
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas : RM300
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah
Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah : TiadaKategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
Bayaran : RM150
Penerimaan Tunai BKM Fasa 4 Di Kaunter BSN
Penerima tunai adalah individu yang :- Tiada akaun bank
- Gagal kredit
Pastikan terlebih dahulu membuat semakan status kelulusan sebelum hadir ke kaunter untuk menerima bayaran tunai BKM.
BKM fasa 4 semakan status
Bagi pemohon yang lulus BKM dan yang telah membuat permohonan rayuan atau kemaskini maklumat, berikut cara membuat semakan status permohonan di laman porrtal myBKM.Sila rujuk langkah di bawah :
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
- Klik [LOG MASUK BKM].
- Jika sebelum ini penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
- Klik Menu [Semakan Status].
- Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
- Status Permohonan akan dipaparkan di Semakan Status.
- Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang akan diterima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
Untuk maklumat lanjut, pertanyaan dan jika ada permasalahan, boleh rujuk di Laman web BKM : https://bkm.hasil.gov.my/
ok la diawalkan.. time org nk balik mengundi pula tu
ReplyDeleteKann..bagus jugalah tu.
Deletetahniah semua yg layak
ReplyDeleteSemoga bantuan ni dapat membantu meringkan beban mereka sedikit sebanyak.
Deletepatut tambah satu lagi, kategori bujang tapi rumah ada warga emas. saya mungkin tak perlu, tapi tengok ramai yang berhenti kerja sebab jaga parents yang dah tua. mereka pun perlukan bantuan
ReplyDeleteBetul tu jugak tu kan Sal. Mungkin boleh mohon untuk kategori bujang dan warga emas.
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSyukurlah ada bantuan.
Deletealhamdulillah ada rezeki sy BKM ni😀
ReplyDeleteAlhamdulillah..syukur dapat :)
Delete