Teh Ais Kaw Bungkus Ikat Tepi Padu!!!

Teh ais kaw bungkus ikat tepi  satu! Sesekali minum teh ais ubah selera sedap juga. Asyik kopi kopi dan kopi je. Bagilah peluang teh ais ambil giliran pula. Air masak jangan dilupakan pula. Itu wajib!

Alang-alang encik suami membeli makanan di luar, pesan lah teh ais kaw bungkus. Saya cakap beli teh ais bungkus je. Balik balik dia bawa bungkus ikat tepi. Katanya lebih banyak..ye tak ye juga kan. Nampak lebih banyak bila bungkus ikat tepi berbanding bungkus ikat mati.

teh ais bungkus ikat tepi

Dapat pula teh ais kaw pyorr punya. Laju menyedut teh ais manis manis biasa terselit rasa pahit pahit teh. Kena sangat dengan selera. Yang tak bestnya bile beli air teh ais bungkus ni air batu dia kemain banyak lagi. Air tehnya sikit, ais batu yang lebih.

Sedut sedut dah separuh. Lain kali nak beli kena pesan kurangkan ais. Baru puas minum air teh nya, kan! Dulu harga teh o ais murah je. Sekarang ni dah lebih RM2. Itu baru bungkus, belum lagi dijual dalam cawan plastik. Harga jadi auto mahal.

Sekarang pun dah mudah nak cari teh ais selain di kedai makan. Tak silap saya ada banyak cawangan Teh Ais Pyorr, kan?

26 comments:

  1. saya kena cas RM3 utk secawan kecil... sblm tu elok je RM2 ;-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasal pasal pula kena tambah RM1.. Nak tak nak membayar lah kita.

      Delete
  2. perghhhh ni yg buat nak gi cari teh ais gantung juga la ni ahahah mengancam oiii!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..dugaan sungguh kan...jangan lupa order teh ais bungkus ikat tepi :)

      Delete
  3. ha'ah harga air teh ais sekarang dah naik, nasib baik sedap tak ada la rasa berat sangat nak bayar haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik lah kaw sedap dan tak manis sangat. Just nice. Tak ralat tentang harga kalau sedap.

      Delete
  4. whoa..padu tu...kalau tgh puasa ni, goyah iman jab.. he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti padu kalau dapat kaw camni..Tahu takpe kak, banyak kali telan air liur kalau bulan puasa. Cooobaaan...

      Delete
  5. ni antara minuman favourite saya. kalau panas-panas dapat teh ais..pergh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca panas dapat teh ais bungkus ikat tepi memang perggh sangat. sojuk tekak. legaaa

      Delete
  6. teh ais pyorr campur cincau tu sedap tapi dapat brp kali sedut je,ais je yg byk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang campur cincau tu saya tak suka sebab mengganggu sikit nak minum macam boba. Air teh jadi bertambah sikit nanti kalau tambah cincau sebab ais pun dah banyak. huhu...

      Delete
  7. Wohooo... kalau tengah hari panas lit lit, sekali sedut, separuh teh ais bungkus hilang dari pandangan!

    ReplyDelete
  8. skrg tgh tunggu PM tepi je nih., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, lama betul menunggu berhari hari lepas PRU.

      Delete
  9. Nampak sungguh menyelerakan..Ya lah..rasanya kenal mintak kuranykan ais time beli tu...Baru lebih ngamm! Huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..kurangkan ais, lebihkan air baru banyak sikit dapat minum. Nanti ais cair dah kurang manis pulak.

      Delete
  10. Haha tidak suka minta air ada air batu sebab selalu banyak sangat.
    Tengok gambar teh ais pyor memang kaw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..rasa macam letak ais tu banyak sangat pulak..yang ni memang kaw kak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.