Header Ads

Kenyang Makan Premium Coklat Waffle Wakaka Yang Sedap Lagi Murah

Ini kali kedua membeli waffle Wakaka yang berhampiran dengan rumah. Disebabkan puas hati, marilah kita ulang beli. Tak silap, minggu lepas kot pertama kali membeli waffle Wakaka ni. Cari 'waffle' dalam foodpanda, keluar suggestion Wakaka.

Eh, baru tahu Wakaka ada jual waffle rupanya! Wakaka ni franchise minuman macam coolblog, teealive dan sewaktu dengannya. Wakaka pula dekat dengan rumah. Macam tertarik untuk beli. 

Ye lah kan nak makan waffle ni kena panas-panas baru rasa kesan rangup lebih. Waffle kalau lama dibiarkan sejuk nanti lembik dah tak sedap. Haritu pertama kali beli saya cuba waffle original dengan gabungan 2 inti iaitu coklat dan strawberry dan juga beli minuman.

Tapi minuman dia manis tahap potong kaki punya. Ke sebab makan waffle berinti manis jadi dua kali ganda manis. Kali ni beli waffle je lah. Tapi waffle original tak ada, beli premium coklat waffle dengan inti coklat dan peanut butter. 

Encik suami beli gabungan inti kaya dan blueberry. Pelik pula gabungan dua inti ni. Apa rasa? Sedap juga!

Letak dalam satu pinggan nampak macam kek lah pula. Waffle dia bersaiz besar ye. Makan satu potongan waffle kepit pun dah kenyang sangat. Serious! Agaknya dia mengembang dalam perut kot. Hihi...

premium coklat waffle wakaka murah dan sedap

Intinya sedang elok tak banyak tak sikit, puas hati! Banyak sangat manis tak best juga kan. Manis dia masih boleh diterima lagi. Tak terlalu manis sangat. Premium coklat waffle pun tak manis sangat. 

premium coklat waffle wakaka murah dan sedap

Dibungkus satu satu dalam beg kertas macam biasa. Harga Waffle Wakaka original RM4.50 dan untuk premium coklat RM5.50. Harga berpatutan dengan saiz besar. Memang puas hati lah. 

premium coklat waffle wakaka murah dan sedap

Ada simpan hajat juga nak beli waffle maker, bolehlah buat waffle sendiri di rumah. Nak makan, boleh terus buat je kan. Tapi itulah hajat masih tertangguh. Masih lagi berfikir berbaloi ke tidak membeli. Risau nanti jadi perhiasan dapur je. 

هناك 16 تعليقًا:

  1. eh yang baru ke premium coklat tu?mcm belum pernah nampak..
    kalau nak makan berdua baik beli waffle yang siap je lah fiza...sy ada juga beli waffle maker tu last2 memang jadi perhiasan aje lah,bila nak buat je rasa tak berbaloi nak makan sikit je hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Ada, tak sure baru ke lama sebab kita pun baru membeli. Tu lah tu, dok fikir juga nak membeli ke tidak. Risau beli saja pastu jarang jarang guna. hehe...

      حذف
  2. Masya Allah besar wafelnya.
    Selalu makan 1/4.
    Itulah kalau beli alat pembuat wafel kena rajin buat selalu.

    ردحذف
    الردود
    1. Memang besar kak. Makan satu potong dah rasa kenyang dah. Tahu takpe! Memang kena rajin buat kalau dah ada alatnya.

      حذف
  3. Saya suka kaya, saya juga suka blueberry tapi belum pernah gabungkan sekali. Nanti boleh cuba-cuba. Mana tau memang sedap.

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi..boleh cuba kak Amie. Mana tahu tekak kak Amie juga rasa sedap.

      حذف
  4. Waffle dia tu memang besar.. Sedap dekat anak sha.. memang selalu belikan untuk diorang.. Inti dia pun meriah, tak kedekut..

    ردحذف
    الردود
    1. Itulah tu, besar dan kenyang makan waffle Wakaka ni. Berbaloi beli. Budak budak pun puas makan. A'ah, inti pun okay sangat.

      حذف
  5. Saya sukaaa cemilan waffle nih. Untung di Deket rumah ada juga yg jual, dan enaak. Size besar, manisnya pas. Saya pun tak suka kalo terlalu manis kak.

    Tapi biasanya saya prefer pakai peanut butter je. Tak suka ditambah coklat. Wafflenya pun lebih suka yg original atau vanila. 😁

    ردحذف
    الردود
    1. Saya suka juga yang original tapi dah habis, beli terus yang coklat. Jenis manis yang sedang sedang baru sedap di makan. Saiz besar dan kena dengan harganya memang berbaloi bel. Perisa vanilla belum pernah jumpa lagi.

      حذف
  6. sedapnyaaaa waffle👍👍👍👍nama wakaka tu buat sy teringat seorg artis tu. lupa nama dia😁

    ردحذف
  7. itulah fiza.. boleh beli alat bt wafer tp takut jd perhiasan. hehe. tp skrg dh rajin bawa bekal. agaknya boleh beli

    ردحذف
    الردود
    1. Itu yang lama dok fikir tu nak beli ke tidak..hehehe..kalau rajin bawa bekal atau nak makan waffle selalu bolehlah kan beli.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.