All Together Now Malaysia Musim 2
Program All Together Now Malaysia (ATNM) kembali menemui penonton di Musim Ke-2. Konsert All Together Now Malaysia Musim 2 episod 1 mula bersiaran pada hari Ahad, 11 Disember 2022 pukul 9:00 malam di saluran 104 Astro Ria HD, 105 Astro Ria, strim secara On Demand dan Astro Go untuk waktu yang lebih fleksibel.
Mula siaran : 11 Disember 2022
Waktu siaran : Ahad, pukul 9:00 malam
Pemarkahan hanya diberikan oleh juri sahaja. Jika semua 50 juri berpuas hati, bermakna peserta peroleh 100% markah. Akan tetapi, jika hanya separuh juri yang berminat, bermakna hanya 50% markah dan seterusnya.
Markah akan ditetapkan semula kepada 0 dan peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga akan membuat persembahan dengan lagu pilihan peserta itu sendiri. Dalam pusingan ini hanya 2 peserta yang mendapat markah tertinggi sahaja akan melayakkan diri ke pentas akhir.
ALL TOGETHER NOW MALAYSIA MUSIM 2
Jumlah minggu : 10Mula siaran : 11 Disember 2022
Waktu siaran : Ahad, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Astro Ria (CH104), Astro Ria (CH105), strim secara On Demand dan Astro Go
Pengaraca/hos : Sherry Alhadad
All Together Now Malaysia
Program All Together Now Malaysia, sebuah rancangan televisyen realiti versi Malaysia yang diinspirasikan dari rancangan terbitan BBC One, United Kingdom yang mula bersiaran sekitar tahun 2018. All Together Now Malaysia merupakan pertandingan nyanyian pertama di Asia Tenggara yang menampilkan seramai 50 orang barisan juri dengan berkonsepkan muhibah.
All Together Now Malaysia Musim pertama mula disiarkan pada 6 Jun 2021 yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan diadili oleh 50 juri dan Datuk Syafinaz Selamat selaku ketua juri.
All Together Now Malaysia Musim pertama mula disiarkan pada 6 Jun 2021 yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan diadili oleh 50 juri dan Datuk Syafinaz Selamat selaku ketua juri.
All Together Now Malaysia dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Datuk Syafinaz Selamat selaku ketua juri |
Senarai Juri All Together Now Malaysia Musim 2
All Together Now Malaysia Musim diketuai oleh Datuk Datuk Syafinaz Selamat menggantikan Dato' AC Mizal pada musim pertama. Selaku ketua/kapten kepada 49 orang juri yang lain, beliau akan mengawal keadaan dan memilih jika ada peserta yang memperoleh markah yang sama.
50 Juri All Together Now Malaysia Musim 2
- Datuk Syafinaz Selamat (kapten)
- Ajai
- Datuk Aznil Hj. Nawawi
- Ernie Zakri
- Elly Mazlein
- Reshmonu
- Jaclyn Victor
- Rozita Che Wan
- Khai Bahar
- Joey Daud
- Siti Nordiana
- Ifa Raziah
- Nikki Palikat
- Maryam
- Shila Amzah
- Yaya Zahir
- Tomok
- Sophia Liana
- Izzue Islam
- AG Coco
- Amir Masdi
- Aisha Retno
- Danial Chuer
- Catriana Ross
- Ayie Elham
- Ara Johari
- Liza Hanim
- Afeeq
- Bunga
- Soo Wincci
- Vince Chong
- Danial Zaini
- Hafiz Hamidun
- Kelly Azman
- Widy Hamzah
- Keanu Azman
- Falyq Hikyle
- Thanuja
- Suresh
- Hafida Samad
- Shashic
- Isha Norisham
- Sherry Ibrahim
- DJ Ram
- Ali Sariah
- Wany Hasrita
- Marsha Milan
- Adeline Tsen
- Sissy Imann
- Edrie Hashim
Pada musim pertama, Idris Brown telah dinobatkan sebagai Juara All Together Now Malaysia dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000. Idris Brown berjaya menewaskan 17 peserta akhir yang lain.
Format pertandingan All Together Now Malaysia
Para peserta All Together Now Malaysia akan dinilai oleh 50 orang juri setiap minggu. Barisan juri terdiri daripada penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak, penyampai radio, pengacara TV dan penggiat seni yang lain.Pemarkahan hanya diberikan oleh juri sahaja. Jika semua 50 juri berpuas hati, bermakna peserta peroleh 100% markah. Akan tetapi, jika hanya separuh juri yang berminat, bermakna hanya 50% markah dan seterusnya.
- Pusingan The Heat
Pada pusingan ini, peserta harus mengatasi pesaing mereka untuk mendapatkan tempat di tiga podium teratas. Setiap kali peserta mendapat markah yang tinggi daripada para juri, peserta yang berada di podium ketiga akan disingkirkan.
Dari setiap pusingan ini, cuma dua peserta yang layak beraksi di pentas akhir. Pada hujung pusingan ini, peserta yang mendapat markah tertinggi dan berada di podium pertama secara automatik layak ke pentas akhir.
Peserta yang berada di podium kedua dan ketiga akan berentap di pusingan seterusnya untuk melayakkan diri berada di kedudukan dua teratas.
Sekiranya peserta berada dikedudukan seri, keputusan hanya boleh dibuat oleh Kapten untuk memilih salah seorang peserta yang terbaik. Jika Kapten memilih peserta yang baru, maka peserta yang berada di podium akan digantikan dan begitu juga sebaliknya.
- Pusingan Sing-Off
Untuk 3 peserta All Together Now Malaysia yang mendapat markah tertinggi akan berada di atas podium sepanjang program berlangsung. Mereka akan membuat persembahan sekali lagi melalui pusingan Sing-Off.
Selamat menonton
ReplyDeleteye wak :)
Deletekalau ada joey daud tu, mesti gelak je kerjanya hehehe
ReplyDeleteItu dah pasti dah Anies. Tak lawak bukan Joey namanye. hehehe...
Delete