Siaran Lansung Perlawanan Penentuan Tempat Ketiga, Croatia vs Morocco Dalam Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Waktu Malaysia

Tahniah Argentina dan France berjaya mara ke peringkat Akhir Piala Dunia (Final World Cup) FIFA Qatar 2022. Selepas pusingan Separuh Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 berakhir, perlawanan akan berehat sehari sebelum perlawanan penentuan tempat ketiga (Third place play-off) pada hari sabtu 17 Disember 2022, pukul 11:00 malam.

Penentuan Tempat ketiga Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Dalam pusingan penentuan tempat ketiga Piala Dunia FIFA Qatar (FIFA World Cup Qatar 2022™) mempertemukan pasukan Croatia dan Morocco. 

Pasukan Croatia tewas tanpa jaringan gol menentang Argentina. Morocco juga kalah tanpa gol melawan France. Walaupun Morocco tewas, mereka telah mencipta sejarah buat pasukan Afrika, Arab dan Muslim yang membawa semangat Palastine bersama mereka.

Saksikan siaran lansung perlawanan penentuan tempat ketiga, Croatia vs Morocco Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang berlansung di Stadium Khalifa International Doha waktu Malaysia menerusi saluran Astro FWC 825 pukul 11:00 malam. 

Croatia vs morocco prediction? Siapakah yang berjaya merebut tempat ketiga dalam Kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022?

Third place playoff Croatia vs Morocco Piala Dunia FIFA Qatar 2022
Siapakah Juara Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Third place play-off/ Penentuan Tempat Ketiga Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Sabtu, 17 Disember 2022
FT : Croatia (2) - (1) Morocco
 Joško Gvardiol 7'
 Mislav Oršić 42'
 Achraf Dari 9'
Waktu siaran : 11:00PM
Siaran TV : TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Venue : Stadium Khalifa International di Doha

Final Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Ahad, 18 Disember 2022
AET : Argentina (3)(P:4) - (3)(P:2) France
  Lionel Messi 23' (P), 108' 
  Angel Di María 36' 
  Kylian Mbappe 80' (P), 81', 118' (P)
Waktu siaran : 11:00PM
Siaran TV : TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Venue : Lusail Stadium

8 comments:

  1. Replies
    1. Tulah, tak ada rezeki World Cup 2022. Mungkin rezeki next World Cup.

      Delete
  2. Alaaaaa...Morocco dah kalah kan semi finals...

    ReplyDelete
  3. Tak pasti siapa akan menang tapi mesti main sampai penentuan sepakan penalti. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jangka sebab dua dua ada star. Nak sokong dua² boleh tak. Janganlah sampai ke penalti. Letih tunggu habis. Tapi okay lagi kot sebab final dan game pun awal. Haritu dua game suku akhir dua dua pukul3 pagi drag sampai penalti. huhu...

      Delete
  4. Dua-dua semi final yang lalu tak dapat tengok. Punyalah kunci alarm. Tapi bila alarm bunyi saya tutup semula.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, ada hikmah tu. Tidur tak terganggu dapat tidur yang lena dan berkualiti :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.