Doa Ketika Musim Hujan Dan Banjir

Hujan adalah rahmat Allah SWT kepada manusia dan ketika hujan turun ia merupakan antara waktu yang mustajab untuk berdoa. Allah berkuasa untuk menarik balik rahmat itu dan menjadikannya musibah kepada manusia disebabkan kerakusannya melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.

Turunnya hujan dari langit datang bersama keberkatan yang memberi manfaat yang besar kepada hamba-Nya di muka bumi. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
Dan Kami menurunkan daripada langit air yang berkat.—Surah Qaf ayat 9
Dengan turunnya air hujan itu kehidupan di bumi akan dapat hidup dan memberi asbab kepada tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan membiak dengan subur.

Doa Ketika Musim Hujan Dan Banjir
sumber : suaramuslim

Umum kita tahu di Malaysia, Monsun Timur laut bertiup dari November hingga Mac yang membawa hujan lebat di kawasan pantai timur Semenanjung dan di kawasan barat Sarawak seperti dikhabarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Disebabkan situasi ini, curahan hujan di kawasan tertentu mengalami peningkatan air yang ketara sehingga menyebabkan berlaku banjir di kawasan yang rendah. Ketika ini, kawasan Pantai Timur dan Sarawak sedang mengalami banjir teruk. 

Cuaca buruk yang berlarutan mengakibatkan keselamatan terancam dan kerosakan harta yang cukup besar.

Doa di musim hujan dan banjir

Sebagai hamba Allah yang lemah, digalakkan untuk berdoa walau dalam apa jua keadaan. Marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat bagi memohon pertolongan dan rahmat daripada Allah SWT.

Doa ketika hujan dan banjir


اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Maksudnya : 
Ya Allah turunkan hujan ini mengelilingi kami dan bukan menimpa di atas kami. Ya Allah curahkanlah hujan ini di atas tempat-tempat tinggi, gunung-ganang, bukit-bukit, lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan. —Riwayat Al-Bukhari (1014)

 

Doa ketika mendung dan langit diselimuti awan hitam

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ
Bacaan rumi : Allohumma inna na’uzu bika min syarri ma ursila bihi
 
Maksudnya :
Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya (mendung)

Doa ketika hujan turun sangat lebat

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ
Bacaan rumi : Allahumma haulanaa walaa ‘alaynaa, Allahumma ‘alal akaami wazharaabi wabuthuunil awdiyati wamanaa bitisy syajari

Maksudnya :
Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.—Hadis riwayat al-Bukhari

 

Doa ketika mendengar petir

سُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِه

Bacaan rumi : Subhanalladzii yusabbihur ra’du bihamidihi wal malaaikatu min khiifatihi

Maksudnya:
Maha suci Allah yang Dialah juga yang disucikan oleh guruh dan para malaikat dengan bertasbih memujiNya kerana takut kepadaNya.

Sesudah berdoa, baginda bersabda pula dengan maksud :
Sesungguhnya ini adalah peringatan yang keras untuk penduduk bumi.—Riwayat Imam Malik

 

Doa ketika hujan berhenti

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِه
Bacaan rumi : Muthirna bi fadhlillahi wa rohmatih
Maksudnya : 
Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah
Semoga Allah permudah segala urusan para penyelamat serta mangsa-mangsa banjir yang sedang diduga dengan hebat ketika ini. 

Aamiin ya rabbal 'alamin...

Risau, Segamat banjir lagi. Baru je nak hilang kesedihan banjir terburuk tahun 2022 sampai ban pecah, kali ni banjir air naik laju dan berkemungkinan juga pecah untuk kali kedua. 

8 comments:

  1. semoga mangsa2 banjir sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan urusan.

    wahai bah segeralah surut agar mereka dapat kembali mengerjakan urusan spt selalu

    ReplyDelete
  2. tadi mak akak call pun air da start naik kat kampung..moga Allah lindungi semuanya..

    ReplyDelete
  3. Amiin...perkongsian yang bagus sebagai panduan terutama dengan keadaan cuaca sekarang.Semoga Allah lindungi kita semua

    ReplyDelete
  4. Semoga kali ini tak terjadi banyak banjir di mana2 ya kak 😔. Saya pun risau dengan hujan skr ini. Tiap hari, dan lebat pula. Kawasan rumah saya memang tak kena banjir, tapi jalanan di depannya tergenang, jadi kalo hujan pagi hari, susah nak antar anak2 sekolah 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah. Tapi di kampung saya banjir teruk juga seperti tahun lepas. Kejadian berulang lagi akibat ban pecah. Musim hujan, kadang tak boleh nak jangka banjir cepat naik air.

      Ya, musim hujan ni urusan jadi sukar sikit. Semoga Allah permudah segala urusan kita semua. Aamiinn...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.