Bacaan Doa Ringkas Untuk Orang Meninggal Lelaki Dan Perempuan

Setiap makhluk yang bernyawa pasti merasai kematian kerana syarat untuk mati adalah hidup. Mati itu pasti tanpa mengira usia dan boleh terjadi pada bila-bila masa. Ia tidak akan lambat atau cepat walau sesaat apabila telah tiba masanya.

Firman Allah SWT :

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Maksudnya :
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.—Surah Ali Imran ayat 185

Ketika seseorang meninggal dunia, hanya amalan ketika hidup yang akan dibawa bersama. Tiada apa yang dapat membantu apabila telah meninggal dunia kecuali tiga perkara iaitu amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh seperti sabda Nabi Muhammad SAW :
Bagi mereka yang sentiasa beramal atau banyak amal dan ibadat sewaktu hidup pasti akan lebih mudah dan senang ketika di alam barzakh. Disebabkan itulah kita sebagai orang Islam wajib memperbanyakkan amalan di dunia ini.
Setiap kali kita mendengar berita kematian, jadikanlah ia sebagai salah satu peringatan kepada diri sendiri bahawa ajal kita juga semakin hampir. Apabila mendengar berita kematian, kita dianjurkan untuk mengucapkan lafaz Istirja' iaitu :

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
Bacan rumi : Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Maksudnya : 
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali

Bacaan Doa Ringkas Untuk Orang Meninggal Lelaki Dan Perempuan

Sebagai umat Islam, kita juga dianjurkan membaca doa untuk memohon keampunan untuk mereka. Ia ada diceritakan dalam sebuah peristiwa ketika Baginda SAW selesai menguburkan jenazah, kemudian Baginda berdiri dan berkata :

استغفِروا لأخيكم ، واسألوا له بالتَّثبيتِ فإنَّه الآن يُسألُ

Maksudnya :
Mohonkanlah ampun untuk saudara kalian dan mintalah kekuatan untuknya kerana sesungguhnya dia sekarang sedang ditanya.—Dari Uthman Bin Affan, 4/264. Disahihkan oleh Al-Albani

Doa ringkas untuk orang meninggal

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ثَــبـِّـــتْهُ
Maksudnya :
Ya Allah, ampunilah dia dan kuatkanlah dia (untuk menjawab pertanyaan malaikat)

Ia adalah salah satu bakti terakhir yang boleh dihadiahkan kepada mereka. Sama ada insan tersebut adalah di antara kalangan kita mahupun yang tidak dikenali, boleh saja hadiahkan doa ini kepada mereka.

Doa ringkas untuk orang meninggal lelaki

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Bacan rumi : Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu
Maksudnya :
Ya Allah! Ampunilah almarhum (jenazah lelaki),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.

Doa lengkap untuk orang meninggal lelaki

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارًاخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Bacan rumi : Allaahummaghfir lahu warham hu wa’aafi hii wa’fu anhu wa akrim nuzula hu wa wassi’ madkhola hu waghsil hu bilmaai wats-tsalji
walbarodi wanaqqi hi minal khothooyaa kamaa yunaqqots tsaubul abyadlu minaddanasi wa abdil hu daaron khoiron min daari hi wa ahlan
khoiron min ahli hi wazaujan khoiron min zaoji hi wa adkhil hul jannata wa ‘aidz hu min ‘adzaabil qobri wa fitnati hi wa min ‘adzaabin naar.


Maksudnya:
Ya Allah, ampunilah, berkati, lepaskan dia dan biarkan dia pergi. Dan memuliakan tempat kediamannya, kembangkan dia. Dan memuliakan tempat kediamannya, kembangkan pintu masuknya, basuh dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkan dia dari semua kesalahan seperti baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada apa yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, daripada yang ditinggalkan, dan isteri lebih baik daripada yang dia tinggalkan. Letakkan dia di langit, dan lindungilah dia dari azab kuburnya dan fitnahnya dan dari siksaan api neraka.

Doa untuk orang meninggal perempuan

Untuk jenazah perempuan, lafaz hu diganti menggunakan lafaz ha seperti berikut :

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Bacan rumi : Allaahummaghfirlaha warhamha wa’aafi ha wa’fu anha
Maksudnya : 
Ya Allah! Ampunilah almarhumah (jenazah perempuan),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.

Doa lengkap untuk orang meninggal perempuan

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ. وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيِرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ اَهْلِهَا وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا، وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Bacan rumi : Allaahummaghfir laha warham ha wa’aafi ha wa’fu anha wa akrim nuzula ha wa wassi’ madkhola ha waghsil ha bil maa-i
wats-tsalji wal barodi wa naqqi ha minal khothooyaa kamaa yunaqqots tsaubul abyadlu minad danasi wa abdil ha daaron khoiron min
daari ha wa ahlan khoiron min ahli ha wazaujan khoiron min zaoji ha wa adkhil hal jannata wa ‘aidz ha min ‘adzaabil qobri wafitnati hi wa min ‘adzaabin naar.


Maksudnya:
Ya Allah, ampunilah, berkati, lepaskan dia dan biarkan dia pergi. Dan memuliakan tempat kediamannya, kembangkan dia. Dan memuliakan tempat tinggalnya, memperluas pintu masuknya, mencucinya dengan air yang jernih dan dingin, dan membersihkannya dari semua kesalahan seperti kemeja putih bersih dari kotoran, dan mengganti rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ia tinggalkan, dan keluarga yang lebih baik, daripada yang ditinggalkan, dan suami yang lebih baik daripada yang ia tinggalkan pula. Letakkan dia di langit, dan lindungilah dia dari azab kuburnya dan fitnahnya dan dari siksaan api neraka.

Bacaan doa ini akan sampai faedahnya kepada arwah yang telah meninggal. Tetapi jika sekadar menulis atau menyebut "Al-Fatihah" adalah kurang tepat kerana Sekadar menulis 'Al-Fatihah' tanpa membaca lengkap surah Al-fatihah tidak memberi apa-apa faedah buat si mati.

Doa untuk ibu bapa

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

Maksudnya : 
Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku dan (dosa) kedua orang tuaku. Sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu aku kecil.

Bacalah doa ini untuk ibu bapa kita ketika mereka hidup dan juga telah meninggal dunia.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.