Sambutan Hari OKU 2022
3 Disember merupakan tarikh Hari OKU (Orang Kurang Upaya) Sedunia. Sambutan Hari OKU Sedunia pada tarikh 3 Disember adalah sebagai inisiatif bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan masyarakat sebagai tanggungjawab bersama untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kemampuan dan sumbangan OKU.
Kurang Upaya Pendengaran : Seseorang individu tidak dapat mendengar dengan jelas dengan kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.
Semoga hati kita sentiasa dilindungi daripada sifat-sifat buruk dan terus prihatin dan cakna terhadap golongan OKU serta dapat menyatukan hati kita semua.
Allahumma Aamiin...
Sambutan Hari OKU Sedunia juga bertujuan bagi menggalakkan hak dan kesejahteraan orang kelainan upaya dalam segala aspek pembangunan dan sosial.
Orang Kelainan Upaya (OKU) bukanlah seorang yang lemah walaupun mereka mempunyai ketidakupayaan fizikal atau mental. Akan tetapi kekuatan mereka dalam menjalani kehidupan sehari yang penuh cabaran ini sering menjadi inspirasi kepada golongan bukan OKU.
Namun, mereka masih memerlukan kemudahan dan bantuan bagi memudahkan mereka menjalani rutin harian dengan aman sejahtera dan selamat.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda :
إِنَّ اللَّهَ لا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
Maksudnya
Namun, mereka masih memerlukan kemudahan dan bantuan bagi memudahkan mereka menjalani rutin harian dengan aman sejahtera dan selamat.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda :
إِنَّ اللَّهَ لا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
Maksudnya
Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu —Riwayat MuslimSambutan Hari OKU Kebangsaan Tahun 2022 akan diadakan di Perkarangan Bangunan KPWKM dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Bersama raikan Hari OKU 2022 dengan menyertai pelbagai aktiviti serta memberi sokongan kepada golongan OKU.
Tema Hari OKU Kebangsaan Tahun 2022
Transformasi Ke arah Pembangunan Inklusif : Peranan Inovasi Dalam Memenuhi Aksesibiliti dan Kesaksamaan OKU
Sambutan Hari OKU Kebangsaan Tahun 2022
Hari & Tarikh : Sabtu, 3 Disember 2022
Masa: 8.00 pagi
Tempat : Perkarangan Bangunan KPWKM
Aktiviti sambutan Hari OKU Kebangsaan 2022
- Senam sihat keluarga OKU
- Brisk walk kasih keluarga OKU
- Pameran dan jualan
- Demo masakan keluarga OKU
- Pengenalan DRST
- Perkongsian bicara OKU
Yang berdekatan boleh pergi ramai-ramai memeriahkan Sambutan Hari OKU Kebangsaan Tahun 2022.
sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat HQ |
Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
Bersempena dengan Hari OKU Sedunia, ambil tahu serba sedikit fakta mengenai Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikongsikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kurang Upaya Pendengaran : Seseorang individu tidak dapat mendengar dengan jelas dengan kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.
Kurang Upaya Penglihatan : Seseorang individu tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad pada kedua-dua belah mata.
Kurang Upaya Pertuturan : Seseorang individu tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan dalam berkomunikasi dengan sempurna serta tidak boleh difahami orang yang berinteraksi dengannya.
Kurang Upaya Pembelajaran : Seseorang individu mempunyai masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usianya. Contoh OKU pembelajaran adalah seperti Autisme, Sindrom Down, ADHD dan sebagainya.
Kurang Upaya Fizikal : OKU fizikal yang bermaksud keadaan di mana berlaku kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuklah kehilangan tangan, kaki, jari tangan atau jari kiri.
Kurang Upaya Mental : OKU mental yang melibatkan individu berpenyakit mental teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh pakar psikiatri. Individu yang mengalami ketidakupayaan jenis ini tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan diri atau perhubungannya dalam masyarakat.
Kurang Upaya Pelbagai : OKU pelbagai iaitu melibatkan individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.
Ucapan Hari OKU
Selamat Hari OKU Sedunia 2022
Allahumma Aamiin...
sumber : myJKMHQ, muslimcareglobal
Post a Comment