Sayur Kailan Campur Ikan Masin Mayong Simple Dan Sedap

Kenapa ek kalau pesan makanan berlauk macam ikan bakar ke mesti nak pesan sayur kailan ikan masin. Teringat-ingat pula ikan bakar PD dan sayur kailan ikan masin yang sedap tu. Sejak tu kita pun beli ikan masin. 

Mulanya pesan pada suami beli ikan masin kurau. Ada dua jenis, ada pek isi dan pek tulang. Saya pesan lah beli yang tulang. Sekali dapat tulang semata-mata. Isi melekat sikit-sikit je. Alang-alang dah keluar beli ikan merah, cari juga lah ikan masin kurau.

Nampak pek ikan masin mayong lebih menarik hanya isi sahaja, beli lah ikan masin mayong. 

kailan ikan masin mayong

Cara masak kailan ikan masin mudah ya amat. Cara saya masak tumis hirisan bawang holland (guna suku je), 2 ulas bawang putih dan beberapa ketul isi ikan masin mayong. Dah tumis sampai naik bau, campakkan sayur kailan.

Goreng kilas style ala chinese gitu. Baru rangup sayurnya nanti. Taklah layu kalau digoreng lama. Kalau kurang rasa boleh tambah sos tiram sikit. Ikutkan dah cukup rasa dah tu sebab ada ikan masin penyedap rasa kan. Tapi ada jenis orang memang kuat makan garam.

Pernah sekali saya masak untuk orang lain, katanya tak cukup garam. Pada lidah saya cukup dah rasa garam tu. Lain lidah, lain rasanya. 

Biasanya kalau masak sayur, saya akan rendamkan dulu dengan air garam kasar. Bagi bersih sayur dari segala bahan kimia racun serangga. Kalau cuci bersih elok, sayur akan rasa lebih sedap. Kann...

4 comments:

  1. saya pun pelik dari dulu kenapa kalau pergi restoran ikan bakar mesti ada menu kailan ikan masin. takde ke bayam ke, carrot ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..mesti ada order kailan ikan masin...bayam lagilah jarang org order kot kan.

      Delete
  2. Replies
    1. Ratah saja pun sedap Anies. Inikan makan dengan nasi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.