Lirik Lagu Aku Terluka Nabila Razali

Gambar yang di muat naik oleh penyanyi Nabila Razali bersama penyanyi rap MK K-Clique bukanlah gambar nikah kahwin mereka. Rupanya untuk teaser lagu Nabila Razali terbaru iaitu "Aku Terluka. Dah agak dah. Kalau tak gimik bukan Nabila Razali namanya.

Lagu Aku Terluka yang merupakan single terbaru Nabila Razai berentak balada hasil ciptaan Amylea Azizan dan MFMF.
Selepas Putus yang dilancarkan pada hari lahir saya tahun lepas, saya kembali dengan lagu baharu yang merupakan kesinambungan kepada lagu Peluang Kedua. Saya rasa ada yang perlu saya jelaskan dalam lagu Peluang Kedua dan semuanya ada dalam lagu AKU TERLUKA ini. Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima lagu ini seperti lagu-lagu saya yang lain sebelum ini. —Nabila Razali
Muzik video rasmi untuk single "Aku Terluka" mula dilancarkan di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment bermula pukul 9:00 malam pada 30 November 2022. 

Dalam muzik video tersebut berkenaan sekali lagi menampilkan MK K-Clique. Pemilihan MK adalah bagi meneruskan jalan cerita dalam muzik video lagu Peluang Kedua.

lirik lagu aku terluka nabila razali mk
Muzik video Aku terluka, sekali lagi menampilkan MK Klique

Tajuk lagu : Aku Terluka
Penyanyi : Nabila Razali 
Komposer : Amylea & MFMF 
Lirik : Amylea 

Lirik lagu Aku Terluka - Nabila Razali

Verse 1 : 
Mungkin kini t’lah ku tahu 
Artinya mencinta lebih dari diriku 
Dan mungkin takkan ada lagi 
Rasa seperti ini di dalam hidupku 

Ku jalani hidupku 
Melupakan senyumku 
Menahan bahgia mendekatku 

Berbisikkan namamu 
Tak mampu ku berdiri 
Rapuh aku ‘tuk melangkah 
Kerana… 

Chorus :
Masih lagi ku lihat 
Masih lagi ku dengar 
Masih lagi terasa genggaman mu dijari ku… 
Aku terluka… 

Verse 2 : 
Biar sampai mana nanti 
Hati membawa diri 
Melawan rasa sunyiku 
Coba perlahanku berdiri 
Mengubati sendiri 
Kerna ku tak terganti dirimu… 

Solo - Bridge : 
Diriku bagai hilang punca 
Tak tahu ke mana 
Biar jelas t’lah ku tahu 
Kau takkan bersamaku 

Masih lagi ku lihat 
Masih lagi terasa genggaman mu dijari ku 

Puas semua rayuku 
Tiada hadir dirimu 
Rapuh aku ‘tuk melangkah 
Aku terluka…

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.