Drama Nikah Cerai Rujuk (Astro Ria)

Tonton Drama Nikah Cerai Rujuk mula bersiaran pada 26 Disember 2022 di Astro Ria atau strim di Astro GO. Drama Nikah Cerai Rujuk dibarisi pelakon-pelakon hebat Dynas Mokhtar, Dato' Eizlan Yusof, Halim Radzi, Shaza Bae, Alif Hadi, Noorkhiriah, Zarul Umbrella, Nasz Sally, Zizi Zulkifli, Mimie Ara, Amanda Amry, Mimi Ernida, Sahronizam Noor, Zarina Zainuddin, Salina Saibi dan ramai lagi.

Drama bersiri Nikah Cerai Rujuk terbitan JS Pictures Sdn. Bhd. diarahkah oleh Azman Yahya dan Uzair Haqimy. 

DRAMA DRAMA NIKAH CERAI RUJUK

Jumlah episod : 24
Mula siaran : 26 Disember 2022
Waktu siaran : Isnin- Khamis, pukul 11:00 malam
Penulis skrip : Ayuni Zamani
Siaran TV : Astro Ria (CH104)
Pengarah : Azman Yahya & Uzair Haqimy
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

drama nikah cerai rujuk astro ria online

PELAKON DAN WATAK

  • Halim Radzi sebagai Adam Hafiz
  • Shaza Bae sebagai Hanna Zulaikha
  • Noorkhiriah sebagai Sumaiyyah
  • Zarul Umbrella sebagai Azlan
  • Nasz Sally sebagai Rozie
  • Dynas Mokhtar sebagai Dr Alia
  • Dato' Sri Eizlan sebagai Hisyam
  • Amanda Amry sebagai Marsha
  • Salina Saibi sebagai Nadia
  • Alif Hadi
  • Zizi Zulkifli
  • Mimie Ara
  • Mimi Ernida
  • Sahronizam Noor
  • Zarina Zainuddin

SINOPSIS DRAMA NIKAH CERAI RUJUK

Mengisahkan tentang kisah rumah tangga tiga pasangan iaitu Dr. Alia dan Hisyam, Hanna dan Adam,  dan pasangan Sumaiyyah dan Azlan. Ketiga-tiga pasangan ini mempunyai kisah yang berbeza.

Dr. Alia dan Hisyam
Dr. Alia Maisarah dan suaminya, Hisyam adalah "power couple" yang sering dijadikan contoh kepada pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga. Tetapi selepas 20 tahun berkahwin, Alia dapat tahu Hisyam sudah 3 tahun berkahwin dengan Fatin, salah seorang pekerja di syarikat milik Hisyam. 

Setelah mendapat tahu tentang hal tersebut, Alia pada mulanya cuba untuk berlagak kuat tapi sebenarnya dia tidak mampu. Alia mula menyalahkan dirinya sendiri dan dia juga malu dengan klien dan followersnya. 

Dia yang selama memberikan tips rumah tangga kini berhadapan dengan poligami yang dia tak sendiri tak tahu. Alia cuba untuk menerima keadaan tersebut tapi dia tetap tidak boleh menerima.

Fatin dapat tahu dia mengandung tapi kecewa apabila Hisyam meminta dia menggugurkan kandungannya itu.


Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz
Pada masa yang sama, Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz (The It Couple) adalah pasangan pelakon popular yang berkahwin selepas 5 tahun bercinta. Mereka adalah pasangan yang sangat bahagia di mata masyarakat tapi hakikatnya mereka tidak bahagia.

Keluarga Adam tidak pernah menyukai Hanna kerana mereka sebenarnya mahu Adam berkahwin dengan orang lain pilihan hati mereka. Hanna kecil hati dengan keluarga suaminya apabila ibu mertuanya sering sahaja mencari salahnya dan Adam pula tidak cuba untuk mempertahankan dia.

Pelbagai cara dilakukan oleh Fareeda, ibu Adam untuk memisahkan pasangan ini sehingga menyebabkan Hanna bengang. 

Adam hampir termakan dengan hasutan ibunya tapi Hanna cadangkan kepada Adam untuk berjumpa dengan marriage counsellor den untuk memperbaiki hubungan mereka. Walaupun bertemu dengan kaunselor, perkahwinan mereka tetap tidak dapat diselamatkan.

Sumayyah dan Azlan
Sumaiyyah adalah seorang suri rumah yang menjaga suami dan 3 orang anaknya dengan begitu sempurna sekali. Di mata rakan-rakannya, She is the perfect mom and wife. Namun Sumaiyyah juga tahu yang Azlan seringkali curang di belakangnya tapi dia sudah lali dengan keadaan tersebut sehinggalah perempuan simpanan Azlan sendiri yang muncul.

Sumaiyyah menjadi sedih dan kecewa. Dia hendak bercerai tetapi Azlan pula tak mahu. Maka muncul seorang wanita bernama Rozie yang kononnya cuba membantu. Akhirnya terbongkar bahawa Rozie sebenarnya menyukai Azlan serta menggunakan peluang tersebut untuk mendapatkannya. 

Apabila Sumaiyyah mendapat tahu, dia terus menjadi sedih dan kecewa. Sumaiyyah tak sangka yang kawan baiknya sendiri mahu merampas suaminya.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.