Perginya Abah Ke Negeri Abadi

Tak tahu dari mana hendak dimulakan. Masih tak percaya abah dah tak ada bersama kami. Abah pergi tak kembali. Perginya abah ke negeri abadi bertemu sang Pencipta. Al fatihah buat arwah abah yang kami sayangi, Md Nor Bin Ayub 1941-2022.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam

الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗ
Pemilik hari pembalasan

اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙ
Tunjukilah kami jalan yang lurus

صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ
(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
...آمين

Selesai sudah tanggungjawab abah di dunia. 

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu
Maksudnya : 

Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.
18 Disember 2022, Lebih kurang 8:30 pagi mak call bagitahu abah 'sakit'. Mak kata abah tak sedarkan diri. Panggil-panggil tak menyahut. Kebetulan abang ada balik kampung. Abang kata abah gerak kepala dan badan tapi bila panggil tak respons.

Saya dan suami dah mula mengemas barang kononnya nak balik lah kejap. Lepas tu dapat whatsapp dari abang," Baliklah, abah macam dah tak ada je ni".

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un...

Terdiam dan terkedu..laju air mata mengalir tak boleh nak tahan. Sepanjang perjalanan saya tak berhenti menangis. 

Saya sempat jumpa abah kali terakhir sebelum abah dikebumikan selepas waktu zohor. Sempat saya temankan abah dalam van jenazah. 

Abah Meninggal 18 Disember 2022

Segala urusan terakhir abah didunia, Allah permudahkan. Sekejap saja urusan abah selesai. Alhamdulillah...

Abah Meninggal 18 Disember 2022
Rumah baru abah dihiasi bunga kemboja

Kehilangan abah, kehilangan terbesar dalam keluarga kami tahun 2022. Penutup tahun 2022 yang kami tak sangka akan berlaku.

Berehatlah abah..abah dah lama menahan derita sakit kanser. Kami akan sentiasa doakan abah disana. Semoga arwah abah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Aamiin...

Masih terasa abah masih ada lagi. Segala apa yang berkaitan dengan abah, pasti teringat abah. Buat masa sekarang tak boleh teringat. Setiap kali nak tidur pasti akan terkenangkan abah. Kena sibukkan diri supaya rasa sedih tu tak muncul. Kena kuat untuk sembunyikan rasa kesedihan tu. 

Orang nampak kita kuat tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Tahu-tahu banjir air mata.

Hari kedua melawat abah. Tanah masih elok tinggi, tak perlu naikkan tanah lagi walaupun malam tu hujan lebat. Baca surah Yassin dan siram air Yassin di kubur arwah abah.

Abah Meninggal 18 Disember 2022

Hari ketiga tak sempat melawat abah, uruskan hal sijil kematian abah dan urusan lain. Buat persiapan untuk malam tahlil dan bacaan Yassin malam kedua.

Hari keempat, datang melawat abah sebelum balik rumah selepas tahlil dan bacaan Yassin malam ketiga. Kakak tanam bunga putih. 

Abah Meninggal 18 Disember 2022

Berkata Imam Ibn Hajar al-Haitami : 
Disunatkan untuk meletakkan pelepah yang hijau di atas kubur kerana ittiba’ (mengikut Nabi ﷺ), sanadnya sahih, dan kerana sesungguhnya perbuatan itu boleh meringankan azab dengan berkat tasbih pelepah itu, lantaran tasbih itu lebih sempurna berbanding tasbih dari pelepah yang kering, yang mana kehijauan itu adalah sejenis tanda-tanda hidup.

Boleh diqiyaskan hukum ini pada apa yang biasa dilakukan dengan meletakkan tumbuhan-tumbuhan yang wangi, dan seumpamanya [seperti bunga atau daun pandan – pent.] Haram mencabutnya (setelah diletakkan) seperti mana yang telah diperbahaskan (oleh ulama) kerana perbuatan mencabut itu menafikan hak mayat.

Namun, pada zahirnya, tidak haram kalau mencabut tumbuhan yang sudah kering untuk dibuang, kerana sudah hilang hak bagi mayat itu kerana kekeringannya, itulah kaitannya.

Disunatkan untuk meletakkan yang tumbuhan masih kehijauan dan membuang yang sudah kering, secara keseluruhan, kerana melihat kepada kaitan yang disebut oleh baginda ﷺ tentang peringanan azab dengan warna hijau selama mana tidak kering.
sumber : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4203-irsyad-al-fatwa-siri-ke-423-hukum-tanam-pokok-di-atas-kubur

Hari ni Ahad, 25 Disember 2022 genap seminggu abah pergi ke negeri abadi meninggalkan kami semua. Kami juga akan menyusul nanti. Kita jumpa disana nanti abah...

Terima kasih untuk semua yang membantu menguruskan jenazah abah, tahlil dan Yassin. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...

24 comments:

  1. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnnn... Salam takziah, Fiza sekeluarga.

    Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa abah & menggantikan tempat tinggalnya dengan yang lebih baik dari di dunia ini, Amiiinnnn YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin...
      Terima kasih kak..Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  2. subhanallah...innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..salam takziah untuk fizah dan keluarga atas kehilangan...semoga terus kuat dan tabah...

    terima kasih share tentang hukum meletakkan tanaman tu...alhamdulillah, clear segala kemusykilan sebelum-sebelum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin...
      Terima kasih untuk doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      sama².

      Delete
  3. Innalillahiwainnailahirojiun..Al-fatihah (dibaca)..salam takziah Fiza..

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnalillahirajiuuunnn.
    Turut berdukacita di atas pemergian abah Fizah. Salam takziah buat Fizah sekeluarga.
    Moga arwan abah Fizah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
    Faham sangat perasaan Fizah sebab Kak Amie sudah mengalaminya. Rasa sangat kehilangan, dan rasa kosong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin...
      Terima kasih kak Amie. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  5. Takziah kepada kak, Semoga Allah tempatkan arwah ayah kak bersama-sama para solehin, ulama dan para-para Nabi. Amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin...
      Terima kasih Naim. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  6. Salam takziah, Fizah. Semoga roh arwah abah Fizah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin...
      Terima kasih Kak Nur. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  7. Innalillahiwainnalillahirajiuuunnn.
    Salam Takziah

    ReplyDelete
  8. إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, salam takziah buat fiza sekeluarga. Alfatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  9. Innalillahiwainnalillahirajiuuunnn.Salam Takziah Fiza,maaf saya baru baca post fiza
    moga arwah abah sentiasa dalam rahmat Allah dilapangkan kuburnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.
      Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.Aaamiin...

      Delete
  10. Innalillahiwainnailahirojiun., alfatihah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.