Persediaan Penting Untuk Tahun Baru Selain Azam Baru

Setiap kali menjelang tahun baru, masing-masing dah tanam misi dan azam baru. Ke masih menyimpan azam lama yang belum tertunai. Salah satunya misi 'kurus'. Dah kurus ke belum? Tak kisahlah azam lama ke azam baru, tetap ada sesuatu yang ingin kita capai untuk tahun baru nanti. Betul tak?

Tahun baru mestilah kena ada resolusi tahun baru. Resolusi itu azam atau tekad kita untuk berubah memperbaiki kepada sesuatu yang lebih baik. Contoh resolusi sebagai persediaan tahun baru antaranya mengamalkan gaya hidup yang lebih baik dari sudut kesihatan, pemakanan, kewangan, pemikiran dan sebagainya.

Persediaan Penting Untuk Tahun Baru Selain Azam Baru
Dah tua ni kadang-kadang bukan orang yang buat kita happy, tapi benda-benda macam ni lah

Apa persedian penting untuk tahun baru?

1. Tetapkan misi/matlamat hidup
Setiap perkara yang kita lakukan mestilah ada matlamatnya. Matlamat itu juga biarlah jelas. Barulah kita ada tujuan dan berada di landasan yang betul supaya kita tak tersasar umpama "berlayar di lautan tapi tak tahu kemana arah tujunya". Akhirnya apa jadi, tersesat di tengah lautan.

Matlamat dan tujuan yang jelas dalam hidup, semuanya kita perlu tahu dan ambil kira. Macam buat sesuatu tu kena ada sebabnya. Seperti kata Buya Hamka, yang pernah saya dengar dalam ceramah Ustaz Syamsul Debat,

Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.Faham tak tu? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah.

Sebab itu pentingnya matlamat hidup. Ini kerana, tanpa matlamat yang jelas, kita tidak akan mempunyai arah tuju yang betul. Barangkali kita boleh tersasar jauh. Ibarat macam kita sedang berlayar di lautan, tapi kita taktahu nak berlayar ke mana. Akhirnya kita tersesat di tengah lautan.

2. Buat senarai misi/matlamat/target
Dah tetapkan misi/matlamat/target kita di tahun baru, jangan lupa senaraikan segalanya. Tercapai atau tidak, itu belakang kira. Tulislah apa saja yang kita inginkan. Nak beli barang baru ke, nak bercuti ke atau apa-apa saja impian yang masih belum tercapai.

Dari senarai itu, kita akan sentiasa berusaha untuk mencapai target kita. Mana yang tak tercapai, kita bawa ke tahun hadapan. Benda boleh bawa kedepan kan.

3. Menguruskan kewangan dengan bijak
Bab kewangan ni sangat penting. Siapa je yang tak terkesan dengan penularan virus COVID-19 yang mendunia tu. Seantero dunia terjejas ekonominya. Ekonomi negara jatuh, apatah lagi ekonomi rakyat marhaen.

Ekonomi Malaysia 2023 dikatakan lebih mencabar. Apa persediaan kita menghadapi kemelesetan ekonomi? Tenang... Dari sekarang lah kita kena buat persediaan seperti :
  • Menyediakan simpanan kecemasan mencukupi
  • Ubah cara hidup kepada normal baharu
  • Berbelanja dengan bijak
  • Kawal perbelanjaan Berjimat Cermat
  • Menabung
Untuk lebih mudah uruskan kewangan selaras dengan resolusi kita, boleh buat kira kira dengan menggunakan kalkulator kewangan percuma secara online. Mudah dan membantu untuk kita uruskan belanjawan dengan lebih teratur.

Dengan itu bolehlah lunaskan pinjaman, menyimpan dengan lebih baik untuk masa depan dan pendidikan anak-anak. Jangan pula menambah hutang buat pinjam atau menggunakan kad kredit tanpa beringat.

4. Merancang percutian
Ho yeah! Sebut bercuti je dah buat kita rasa gembira bukan? Macam saya, setiap tahun mesti ada target nak pergi bercuti kemana-mana. Walaupun belum pasti lagi ada bajet, tapi tak salah kalau kita berangan. Berangan itu percuma.

Tulis impian bercuti dalam point di nombor 1 kemudian uruskan kewangan kita seperti point nombor 2 tadi. Menabung lah kaedah dia, apa lagi kan.

Bercuti ni penting untuk terapi dan memanjakan diri menghapuskan segala penat lelah serta tekanan yang ada. Boleh healing gitu.

5. Menguruskan emosi
Semakin berusia ni sepatutnya kita menjadi semakin matang. Jadi dengan pertambahan umur, bertambah bagus lah kita menguruskan emosi kita. Bukan seperti otak kanak-kanak lagi. Pastikan emosi sihat, stabil dan pandai kawal emosi dengan bijak pandai terutamanya ketika marah.

Bila marah ni macam-macam boleh jadi bila tak pandai kawal emosi. Banyak kes kesihatan mental yang dah berlaku. Bila marah ni mulalah syaitan ajak berkawan, berbisik di telinga suruh buat bukan-bukan benda negatif.

Kalau awak seorang pemarah, berusahalah jadi seorang yang lebih penyabar. Kena kawal emosi setiap kali rasa nak marah. Bila emosi stabil, hati dan jiwa pun sentiasa tenang tak bergelora.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

Jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendakah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring.—HR Abu Daud 4151

6. Menjaga kesihatan dan amalkan gaya hidup yang sihat
Sejak COVID-19 jahat mencemar dunia, ramai yang telah kehilangan orang yang tersayang. Yang pernah dijangkiti COVID-19 juga masih terasa kesannya lagi. Sesungguhnya nikmat kesihatan itu mahal ye kawan-kawan.

Penting sangat jaga kesihatan. Bukan hanya kesihatan fizikal. Kesihatan mental pun penting. Semakin berusia ni orang kata nak hidup tenang je dah malas nak fikir hal-hal yang tidak penting. Barulah rasa bahagia.

Kerja kerja juga, kena fikirkan untuk kesihatan badan dan emosi sendiri juga.

Amalkan gaya hidup yang sihat. Azam untuk kurus masih lagi ON ye. Mungkin boleh gunakan kalkulator kurangkan berat badan senang nak kira kalori untuk mencapai misi kurus dan mencapai berat badan yang ideal.

7. Menjaga hubungan
Ciptalah sebanyak mana kenangan manis dengan orang yang tersayang, keluarga, kawan-kawan dan sesiapa juga selagi mereka masih ada. Biar makin rapat, makin harmoni, makin bahagia dan makin erat silaturahim. Jangan gaduh-gaduh dah. Maafkan semua orang. Benda boleh bincang, buat apa gaduh. Buang ego tu jauh-jauh.

Dah buang ego, inshaAllah hati tenang. Emosi terurus, kesihatan mental baik pun dapat.

Marilah kita melangkah ke tahun baru dengan lebih tenang dan bahagia. Menjelang tahun baru 2023, kita persiapkan diri dengan membentuk sahsiah yang lebih baik. Semoga apa yang kita impikan tercapai dengan izin Allah.

Apa azam tahun baru 2023 awak?

14 comments:

  1. Harap2 perancangan tahun 2022 dah terlaksana semuanya

    ReplyDelete
  2. No 3 sampai no 7 tu memang sangat penting.. TQ share fiza..

    ReplyDelete
  3. bab no 3 tu ye kalau boleh nak rancang betul2 untuk tahun akan datang..tahun ni dah banyak mengajar kesusahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita dapat uruskan kewangan dengan baik. InshaAllah...Aamiin...

      Delete
  4. Saya pernah baca yang kita sepatutnya set habit, bukan set goals. Sebab set goals kita tak nampak cara nak capai azam kita tu. Tapi kalau set habit, Insha Allah akan sampai azam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu Sal. Kira sama konsep ubah cara hidup dalam normal baru pada point no.3 :)

      Delete
  5. tak ada azam dah. asik tangguh je. hehehe tp yg satu ni mesti buat. simpan duit then enjoy hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..faham faham. Takpe, kita carry forward sampai tertunai :) Enjoy tu penting untuk rewards diri sendiri.

      Delete
  6. Sudah tentu ada target walaupun tak banyak tetap ada target...Mana yg tercapai Dan belum, Nona kena list Kan supaya keep on track semula...Semangat mmg up and down lah semestinua tapi lepastu pulihkan balik semangat Dan go for apa apa yg kita wish tu 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kena listkan lebih mudah. kena ada misi baru keep on track. InshaAllah..semoga tercapai apa yang kita impikan. Aamiin ya rabbal 'alamin...

      Delete
  7. Betul cakap Fizah. Kena ada matlamat. Akak pun tengah nak plan, update baru vision wall. Semoga tahun depan, tahun yang lebih baik pada kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah kita set matlamat kita. Semoga tercapai di tahun depan. Aamiin ya rabbal 'alamin...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.