Telefilem Qalbu (TV9)

Tonton Telefilem Qalbu ulang siaran pada hari Isnin, 5 Disember 2022 pukul 8:30 malam di Slot Skrin di 9 TV9. Telefilem Qalbu menampilkan pelakon hebat hebat Faizal Hussein, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Wan Maimunah dan ramai lagi.

tonton telefilem qalbu tv9 online
Telefilem Qalbu lakonan Faizal Tahir

TELEFILEM QALBU

Waktu siaran : Isnin, 5 Disember 2022 pukul 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Skrin di 9 TV9, Astro saluran 149, Tonton
Penulis skrip : K. Adlie
Pengarah : Riza Baharudin
produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Faizal Hussein sebagai Kamal
  • Fasha Sandha sebagai Salina
  • Fauzi Nawawi sebagai Sazali (Toyu)
  • Aidil Aziz sebagai Syukri
  • Nur Qistina Raisah sebagai Qaseh
  • Izuan Fitri sebagai Aiman
  • Wan Maimunah

SINOPSIS TELEFILEM QALBU

Kisah Kamal (Faizal Hussein) yang sanggup melakukan apa sahaja demi dua anaknya iaitu Kasih (Nur Qistina Raisah) dan Aiman (Izuan Fitri). Pergolakan jiwanya bergelora, apabila mendapat tahu kehilangan anaknya. Tetapi, apakan daya dia dipisahkan dengan tembok penjara.

Kamal dipenjarakan atas kesalahan rasuah yang dirancang oleh isterinya, Salina (Fasha Sandha). Salina memerangkap suaminya kerana ingin membolot kemewahan. Dua anaknya, Kasih dan Aiman hilang tempat bergantung kasih sayang kerana mereka rapat dengan Kamal. 

Sepanjang Kamal dipenjarakan, Kasih dan Aiman sering didera oleh ibu mereka. Salina sibuk menjalinkan hubungan sulit dengan Syukri (Aidil Aziz), akauntan di syarikat yang sama dengan Kamal.

Apakah kesudahan kisah Kamal dan anak-anaknya, tonton telefilem Qalbu di TV9.

8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.