JJCM di Restoren D'pantai & D'rasa Jalan Jelebu, Nyosa Tak Raso!

Nyosa Tak Raso, tagline Restoren D'pantai & D'rasa Jalan Jelebu. Betul ke menyesal tak rasa? Balik dari membeli belah di AEON Nilai, kereta terus meluncur ke Restoren D'pantai & D'rasa Jalan Jelebu. Nak makan ikan bakar lagi. Teringat ingat kesedapan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang PD haritu. 

Sebelum ke AEON memang dah google siap-siap kedai ikan bakar Seremban yang sedap. Ikut dari carian google tu, Restoren D'pantai & D'rasa tutup pukul 11:00 malam. Semasa dalam perjalanan tu dah pukul 10 lebih dah. Pergi je lah, kalau ada rezeki adalah.

Sampai di Restoren D'pantai & D'rasa cuma ada beberapa pelanggan je yang sedang menikmati makanan mereka. Harapnya restoren masih ambil pesanan lagi lah. Biasanya kalau waktu dah hampir tutup kedai ni tak ambil pesanan dah.

Alhamdulillah, rezeki kami. Dapatlah kami menjamu selera di Restoren D'pantai & D'rasa. Bila kali pertama datang terasa lah kekoknya. Macamana nak pesan order semua tu. Kami terus ke kaunter untuk bertanya. 

restoran d'pantai jalan jelebu seremban

Nak pesan menu di Restoren D'pantai & D'rasa kena guna QR kod. Rasanya dah banyak kedai makan guna QR kod ni. Bagi kita yang dah biasa guna ni okaylah memudahkan kerja untuk pesan juga. Cuma yang tak biasa dengan teknologi canggih ni mesti akan rasa leceh. QR kod terdapat di setiap meja pada belakang tag ni.

cara order di restoran d'pantai jalan jelebu seremban

Antara Signature menu D'Pantai. Tapi kami pilih menu ni sahaja. Air putih suam, siakap grill/bakar, nasi putih separuh dan kailan goreng biasa. Jumlahnya seperti dalam gambar. Kali ni pesan ikan siakap sebab tak ada pilihan lain. Sejak sejak ikan siakap naik kayangan, begitulah harga dia. Jauh beza dengan harga mesra rakyat marhaen sebelum ni.

Memandangkan harga pun dah sedia ada, jadi taklah kita risau nak membayarnya di kaunter.  Lagipun dah lama tak makan ikan siakap, kita belanja lebih sikit untuk malam ni.

harga menu restoran d'pantai jalan jelebu seremban

Tempoh menunggu tak lama sebab tiada pelanggan lain lagi yang membuat pesan. Restoren D'pantai & D'rasa cukup besar, luas dan selesa. Mesti sentiasa ramai orang kalau mengikut saiz Restoren D'pantai & D'rasa ni.

Saiz meja pun besar. Boleh letak banyak menu atas meja. Nak makan pun lebih selesa lah kalau makan-makan dengan keluarga ramai. Ada baby chair juga.

ruang makan restoran d'pantai jalan jelebu seremban

Duduk berhadapan dengan dapur terbuka ni dapatlah tengok tukang masak memasak. Pekerja pun ramai. Oh ya, di sini ada juga gerai sate dan otak-otak. Baru duduk je ada orang letakkan sebakul otak-otak. 

Kalau rasa nak makan, ambillah. Tapi jangan lupa bayar lepas makan. Terfikir pula berapa lah harga otak-otak sekarang ni kan, adakah RM1.50? Ingat lagi, dulu-dulu harga 50 sen je. Puas makan! Sekarang tak dapat dah harga macam tu. Semuuuanya serba mahal.

ruang dapur restoran d'pantai jalan jelebu seremban

Selepas menunggu kurang dari setengah jam, sampailah hidangan kami. Ikan siakap grill/panggang rangup diluar, berjus lembut di dalam. Dihidangkan bersama sambal kicap dan kuah asam. Nasi separuh 2 pinggan dan sepinggan kecil sayur kailan goreng.

ikan siakap grill restoran d'pantai jalan jelebu seremban

Pertama kali makan ikan siakap dipanggang begini. Sedapnya rangup di luar, isi dalamnya lembut berjus tak kering. Yang kurangnya, sambal kicap dia rasa kicap je dan tak pedas lansung. Mujurlah kuah asam tu ada rasa pedas sikit. Sipi-sipi je pedas dia. Kalau pedas betul tu lagi berselera kami yang pempedas ni makan.

Disebabkan kami lapar lepas solat maghrib lansung keluar tak sempat nak menjamah makanan, kami makan dengan berselera sekali. Tak toleh kiri kanan dah. hehe..Licin pinggan!

makan sedap di restoran d'pantai jalan jelebu seremban

Alhamdulillah...kenyang perut senang hati. Sebelum masuk kereta, kita ambillah gambar dari sisi tepi Restoran D'pantai Jalan Jelebu Seremban. Ruang parkir pun luas juga selain ruang kedai yang besar.

restoran d'pantai jalan jelebu seremban
saya ambil gambar dari ruang parkir yang disediakan

Saya perasan belakang Restoren D'Pantai ni ada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan. Nak datang sini guna waze je, pasti sampai. Daging batang pinang masak lemak cili api tu macam memanggil manggil je. Nampak sedap je! Lain kali boleh cuba.

Restoren D'Pantai & D'pedas

Alamat : Batu 6, Jalan Jelebu
Waktu operasi : 4:30 petang


12 comments:

  1. lama dah tak pergi situ...dulu kalau pergi ammi suka order talapia bakar sbb dia tangkap dan-dan tu. Arwah mama pun suka makan kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru tahu je resto ni Ammi. Best juga sesekali makan kat sini. Oh ye? Tak perasan pulak ada kolam ke apa.

      Delete
  2. Murah air putih 20 sen.
    Akak pun belum pernah makan ikan siakap panggang gitu, nampak menyelerakan walau tak nampak bahan perapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu air putih percuma je di kebanyakkan kedai. Sekarang ni semua kena kira harganya. Begitulah kehidupan zaman harga barang naik. Nanti kalau balik Seremban boleh cuba makan kat sini kak.

      Delete
  3. pernah beli kambing perap frozen, brand D'Pantai, sedapp....oo ada restoran rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada juga ye frozen food. Saya pun baru sampai sini kak :)

      Delete
  4. Bagus juga sistem QR code, so pelanggan dah tau berapa kena bayar. kang ada lak tergezutt tengok bil. nampak simple, tapi simple tu yang selalu sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ada yang terus bayar pun ada. Memudahkan pelanggan yang prefer order guna QR code.

      Delete
  5. Suasana makan beginilah yang pelanggan suka. Santai. Tidak sesak. Makanan pun sedap-sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok makan bila selesa dan makanan pun ada macam-macam pilihan Kak Amie.

      Delete
  6. Kat sini dulu ada ikan talapia merah bakar, kita pilih2, timbang dan bakar, boleh request goreng gak, tak tau ada lagi ke tak...masa sblom jadi restaurant, dia gerai bodoh je..siap ada jual air akar sarsi...sedap...dulu selalu pi ngan ex boyfriend..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Ni macam Ammi cakap kat atas. Rupanya lama dah kedai ni ye. Dah lama duduk Seremban, baru ni tahu dan jejak makan sini. Tak perasan pula ikan ikan dalam kolam. Mungkin saya pergi dah hujung hujung kedai nak tutup tak perasan ke dah tutup entah kolamnya. Rare betul air akar sarsi. Sekarang resto dia besar.
      Ehhh..usah dikenang kenangan lama kak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.