Terasa Rimpuh Tak Terpermanai

Akhir-akhir ni terasa rimpuh tak terpermanai. Otak sama penat dengan badan. Bila dua-dua bergabung jadi penat. Sampai nak buat 1 design tu makan masa lama betul. Biasa tak macam tu! Hailah badan, nasib lah tersampuk sama otak ikut penat.

Maksud Rimpuh

[rim.puh] | ريمڤوه
Definisi : tidak ada tenaga lagi, kehabisan tenaga (lelah, letih, penat); merimpuhkan menjadikan rimpuh, me­me­nat­­­kan.—Kamus Dewan Edisi Keempat
Rimpuh in english : exhausted, burnout

[ter.per.ma.na.i] | ترڤرماناءي
Definisi : tiada terkira (ba­nyaknya) —Kamus Dewan Edisi Keempat
Sama erti dengan infiniti.

Betullah orang kata, buat kerja guna otak ni lagi penat dari buat kerja guna fizikal. Kena bawa-bawa berehat. Kena pergi healing agaknya ni. Masih belum sempat lagi nak berblogwalking. Asal ada masa rehat sikit, tilam dan bantal dah memanggil dulu. Nampaknya blog kalah dengan tidur.

Dua tiga hari ni pula sakit kepala ya amat. Agaknya banyak fikir jadi tak terurus mana satu nak fikir dulu. Itu baru nak susun kerja. Belum campur fikir masalah lain. 

Kadang buat kerja tak seiring dengan otak! Macam nak gosok gigi pergi picit pencuci muka letak kat berus gigi, macam tu lah tahap otak bila tak waras. Kah!

maksud rimpuh
sumber : SESbok


Rasa macam kehabisan tenaga betul sampai buat kerja pun tak betul. Mujur lah dapat customer yang memahami. Boleh faham dan boleh sabar tunggu. Kalau tidak, mahu kena maki berbakul-bakul. 

Pasti akan ada satu hari yang kita rasa nak bermalas-malasan je tanpa buat kerja apa-apa. Dan ada satu hari yang buat apa-apa pun serba tak kena. Nak pergi bercuti, hotel yang dipilih asyik fully book je. Sekarang pun musim hujan, lebih baik bersantai dirumah saja.

11 comments:

  1. Bahasa Melayu kita ni kalau digunakan sepenuhnya, memang indah. Padahal nak cakap penat amat, tapi bila guna 'rimpuh' jadi sedap bunyinya.

    Terima kasih Fiza berkongsi perkataan yang tak pernah akak tau. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Suka dengan bahasa yang menarik dan sedap bunyinya.
      sama² kak.

      Delete
  2. baru tau erti rimpuh tak terpermanai hihi...
    oh.. igtkan saya seorang je yg pernah gosok gigi dgn pencuci muka. saya dulu celik2 mata otak akan terus plan checklist kerja dan fikir masalah kerja sampai otak celaru nak buat mana satu dulu - gosok gigi ke cuci muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..bila otak bercelaru begitulah jadinya kadang. Celik mata memang ligat otak apa nak dibuat. Boleh jadi satu masalah juga tu dok fikir nak gosok gigi ke cuci muka dulu..hehehe...

      Delete
  3. kalau bahasa inggeris tu, exhausted kan? bahasa budak skrg terpaling penat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Anies, seperti yang tertulis dalam entry di atas :)
      Tahu takpe, budak budak sekarang suka guna terpaling.

      Delete
  4. Sama lah..Sy pun rse malas je skrg musim musim ni. Padahal baju byk tak tersusun lg dlm lemari....Bila dtg malas tu..mAshaAllah..update pasal Hal kerja pun jadik slowww je 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau penat tu yang bertambah malas kan. Kadang macam tu lah..huhu...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.