Drama Rindu Kasih Episod Akhir, Moral Of The Story
Tonton Drama Rindu Kasih episod 15 (akhir) hari ni 12 Disember 2022 pukul 10:00 malam di Slot Samarinda TV3. Drama Rindu Kasih yang membuatkan netizen geram dan emosi dengan watak Halijah, mak mentua Salina yang jahat lagi kejam.
Siapa langgan Disney+ Hostar dapatlah tengok awal. Tengok sampai habis lagu OST tu ye.
Pak Hassan dipukul kerana tak bayar hutang. Dia pergi ke rumah Halijah untuk meminta duit. Semasa Hassan datang, Halijah memegang pisau. Amir pula sampai, Amir curi-curi dengar perbualan Hassan dan maknya.
Amir dah tahu segalanya bahawa maknya upah Hassan untuk bunuh Khalid, ayah mentuanya. Hassan juga diupah untuk porak peranda kan rumah tangga Amir, perangkap Hisham ditangkap bersama Salina. Sanggup Halijah jahanam kan hidup Amir anaknya sendiri.
Amir telefon Polis untuk menangkap Pak Hassan, tapi Amir ditikam Pak Hassan. Akhirnya Pak Hassan ditangkap.
Salina keluar dari penjara. Hisham dan Murni menjemput Salina dari penjara. Amir tunggu Salina bersama Fayad di rumah. Amir minta maaf atas segalanya. Halijah juga datang ke rumah Salina dan minta maaf.
Amir ingin memulakan hidup baru dengan Salina. Tapi hati Salina telah hancur, dia tak nak hidup bersama Amir lagi. Selangkah Ina keluar dari kawasan ini, maka jatuh talak 1 kata Amir. Salina terus melangkah pergi dan jatuhlah talak 1. Amir kejar Salina.
Siapa langgan Disney+ Hostar dapatlah tengok awal. Tengok sampai habis lagu OST tu ye.
Episod akhir Drama Rindu Kasih dimulakan dengan babak Salina masih lagi di Penjara. Salina terkenangkan arwah maknya, Shida. Shida meninggal dunia. Shida sangat bersyukur berpeluang dapat berjumpa dengan anak dan cucunya walaupun dia tak dapat jadi ibu dan nenek yang terbaik.
Murni tergesa-gesa datang ke rumah Halijah memberitahu Amir Mak Salina meninggal. Halijah tak benarkan Amir pergi menguruskan jenazah ibu mentuanya itu. Salina dibenarkan keluar penjara untuk menghadiri dan menguruskan jenazah ibunya.
Tapi Salina tak dapat berjumpa dengan anaknya. Kesian Salina. Kemurungan Salina. Dahlah mak dah pergi tanpa kembali, tak dapat jumpa anak pula.
Murni meminta Amir berjumpa Salina tapi Halijah terdengar perbualan mereka, dia masih tak benarkan Amir jumpa Salina apatah lagi bawa anaknya Fayad.
Hisham juga yang baik jumpa Salina. Hisham meluahkan perasaanya pada Salina. Lepas dia suka Salina, Salina berkahwin dengan Amir. Bila dia suka Murni, Murni juga akan berkahwin dengan Amir jadi isteri kedua. Hisham kecewa sangat.
Murni juga datang berjumpa dengan Salina. Salina ucapkan tahniah pada Murni. Akhirnya dapat juga Halijah bermenantu kan Murni. Salina redha dengan takdir Allah. Dia hanya berharap bila dia keluar dia akan bawa Fayad pergi jauh.
Iqbal pergi ke Solo, Indonesia untuk belajar agama dengan lebih baik untuk diri dan keluarganya.
Pak Hassan dipukul kerana tak bayar hutang. Dia pergi ke rumah Halijah untuk meminta duit. Semasa Hassan datang, Halijah memegang pisau. Amir pula sampai, Amir curi-curi dengar perbualan Hassan dan maknya.
Amir telefon Polis untuk menangkap Pak Hassan, tapi Amir ditikam Pak Hassan. Akhirnya Pak Hassan ditangkap.
Salina keluar dari penjara. Hisham dan Murni menjemput Salina dari penjara. Amir tunggu Salina bersama Fayad di rumah. Amir minta maaf atas segalanya. Halijah juga datang ke rumah Salina dan minta maaf.
Amir ingin memulakan hidup baru dengan Salina. Tapi hati Salina telah hancur, dia tak nak hidup bersama Amir lagi. Selangkah Ina keluar dari kawasan ini, maka jatuh talak 1 kata Amir. Salina terus melangkah pergi dan jatuhlah talak 1. Amir kejar Salina.
Muncul kereta polis masuk ke perkarangan rumah, Halijah ditangkap polis dan masuk penjara.
Murni pula berkahwin dengan Hisham, Murni pulangkan semula cincin tunangnya sehari sebelum majlis nikahnya.
Drama Rindu Kasih Episod Akhir, Moral Of The Story
Hidup kena redha tentang semua perkara yang terjadi
Hidup kena redha tentang semua perkara yang terjadi
Halijah masih tak redha, tak move on dengan apa yang berlaku dahulu dimana dia tak jadi berkahwin dengan Khalid pada hari pernikahan mereka. Khalid pergi tanpa berita. Sejak itu Halijah menyimpan dendam yang mendalam pada Khalid.
Bukan hanya Khalid dibencinya, seluruh keturunan Khalid jadi mangsa. Kesian Salina dan Fayad tak pasal-pasal dibenci hanya kerana perasaan dendam lama yang terbuku di hati Halijah.
Restu ibu bapa adalah antara kunci keberkatan dan kebahagiaan
Jadilah seorang anak lelaki dan suami yang baik
Jangan terlalu membenci
Sekuat mana cinta kita pada seseorang, restu ibu bapa tu penting. Sesungguhnya tanpa restu akan menimbulkan macam-macam masalah. Buat apa pun serba tak kena. Buat benda betul pun akan jadi satu kesalahan. Cinta hanya asbab, sebaiknya cinta kerana Allah SWT.
Amir memang suka pada Salina sejak dari dulu sebab tu Amir setuju berkahwin dengan Salina kerana amanat arwah ayah Amir. Cuma maknya Halijah tak restu sebab dendam lama. Segala apa yang Salina buat, semua dia tak suka. Salina nak urut kaki pun diterajangnya.
Halijah berusaha untuk pisahkan Amir dan Salina. Suka bermuka-muka, depan Amir buat baik. Bila Amir tak ada, Salina jadi mangsa maki hamun dia.
Halijah berusaha untuk pisahkan Amir dan Salina. Suka bermuka-muka, depan Amir buat baik. Bila Amir tak ada, Salina jadi mangsa maki hamun dia.
Jadilah ibu dan mentua yang baik
Sebagai seorang ibu, jadilah seorang ibu yang baik. Anak bukanlah satu investment tapi amanah. Tapi jangan salah guna "syurga dibawah tapak kaki ibu".
Jadilah seorang anak lelaki dan suami yang baik
Jadi anak mak, taat kepada mak tu memang bagus. Dah memang tanggungjawab anak lelaki. Tapi biarlah patuh kepada perkara yang baik-baik sahaja. Ini kalau sampai suruh bercerai, itu dah salah dah.
Sebagai suami kena fikir juga tanggungjawab kepada isteri dan anak. Dalam bab nafkah pun, suami perlu utamakan nafkah kepada isteri dan anak, kemudian barulah mak. Kejar syurga tapi amanah diabaikan.
Peranan adik beradik
Adik beradik pun janganlah jadi parasit. Semua nak mengharapkan pada Amir seorang. Bukan nak membantu. Dahlah tak membantu, jadi perosak rumah tangga Amir pula tu. Sedangkan Amirlah yang membantu bagi duit masa Huda nak kahwin.

Kita hidup ni jangan terlalu membenci orang. Jangan menyesal di kemudian hari.
Jangan buat jahat dan baik berpada-pada
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Siapa buat jahat, pastinya akan mendapat balasan juga. Banyak lagi moral of the story dan pengajaran yang boleh diambil. Cerita ni sangat relate dengan kehidupan masyarakat sekarang.

Buat baik berpada pada-buat jahat jangan sekali-kali. Contohnya macam Hisham tu, sebaik-baik manusia nak tolong Salina tapi dia lupa Salina tu isteri orang, dah tentu akan timbulkan fitnah.
Agak-agak ada Rindu Kasih 2 tak nanti? Macam ada je sebab Halijah kata masa dalam penjara :
Kau tunggu aku keluar Salina
Jeng jeng jeng..Nampaknya tak padam lagi kebencian dia pada Salina. Maksudnya tak insaf lagi lah tu. Untuk episod akhir drama Rindu Kasih ni Happy ending untuk Salina yang dapat jumpa dengan anaknya, Hisham dan Murni dapat hidup bersama. Halijah terima balasannya dan Amir akhirnya tahu perkara yang sebenar.
nasib x layan cita melayu
ReplyDeletebut respek betul dgn lakonan ummi nazeera ni..mantap sgt
Lakonan beliau memang mantap! Risau emo kalau tengok drama macam ni.
DeleteUmmi nazeera ni saya igt dari lakonan dia berlakon jadi adik Nur (Tiz Zaqyah) dlm drama Nur Kasih. Waktu ni mmg menyampah giler dgn watak dia, mmg pandai dia berlakon jadi watak antagonis. Dia mmg terer bawak watak.
ReplyDeleteIngat ingat lupa drama tu. Bagilah watak apa, menjadi je lakonan dia.
Delete