Dekorasi Sambutan Krismas Dan Hukum Sambut Krismas Dalam Islam

25 Disember merupakan hari sambutan Hari Krismas (Christmas Day) atau Hari Natal yang diraikan oleh penganut Kristian. Di Malaysia, Hari Krismas merupakan hari cuti umum kerana penganut Kristiana merupakan penganut agama ketiga terbesar di Malaysia.

Amalan Perayaan Sambutan Krismas di Malaysia

Antara aktiviti tradisi sambutan Hari Krismas adalah seperti menghias pokok Krismas, bertukar-tukar hadiah, menghadiri aktiviti di gereja, menziarahi keluarga serta sahabat-sahabat karib dan makan beramai-ramai dengan keluarga dan saudara-mara.

baca juga : hukum mengucapkan merry christmas

Meriah dekorasi sambutan krismas di Shopping Mall. Selain kemeriahan dekorasi sambutan krismas, sana sini rancak dengan sale perayaan Krismas dan juga sale hujung tahun. Nipis poket kalau sana sini membeli.

Sambil cuci mata, cuci poket, kita ambillah gambar sedas dua. 

gambar dekorasi sambutan krismas IKEA
Dekorasi Sambutan Krimas IKEA Cheras
gambar dekorasi sambutan krismas Mitsui
Dekorasi Sambutan Krismas Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

gambar dekorasi sambutan krismas IOI City Mall
Dekorasi Sambutan Krismas IOI City Mall Putrajaya

Hukum sambut Krismas dalam Islam

Setiap kali perayaan Krismas atau agama lain disambut, persoalan yang sering berlegar di kalangan umat Islam di Malaysia ialah apakah hukum mengucapkan ucapan selamat Hari Krismas/Merry Christmas.

Menurut pandangan Mutfi Wilayah Persekutuan : 
Diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat. 

Apatah lagi dalam konteks pemimpin bagi masyarakat majmuk, kaum keluarga yang memiliki anggota Islam dan bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja. Sekiranya tidak ada keperluan seperti yang disebutkan, kami cenderung kepada makruhnya ucapan tersebut kerana ia boleh menimbulkan fitnah atau perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Ini selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 tahun 2007 yang berbunyi :
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Beberapa garis panduan daripada Mufti Wilayah Persekutuan sebagai pedoman kita :
  • Diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi dalam konteks pemimpin bagi masyarakat majmuk, kaum keluarga yang memiliki anggota Islam dan bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja. Sekiranya tidak ada keperluan seperti yang disebutkan, kami cenderung kepada makruhnya ucapan tersebut kerana ia boleh menimbulkan fitnah atau perpecahan dalam kalangan umat Islam.
  • Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar. Adapun memakai pakaian tertentu yang lazim dipakai semasa sambutan Krismas, kami melihat tidak ada keperluannya dan tidak boleh dilakukan.
  • Ucapan tersebut hanya sebagai tanda menjaga hubungan baik, tiada paksaan dalam agama dan tidak bertujuan mengagungkan dan memuliakan agama lain.
  • Dibolehkan untuk menerima atau memberi hadiah kerana Rasulullah S.A.W sendiri pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis yang tidak beragama Islam. Saidina Umar juga pernah menghadiahkan baju kepada saudaranya yang bukan Muslim. Ia ada terdapat dalam hadis yang panjang dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan :
Dibolehkan seorang Muslim menghadiahkan orang Musyrik pakaian dan selainnya
Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/38 :
Diharamkan untuk memberi hadiah berupa arak dan perkara yang tidak diizinkan syarak.

Kami telah mengulas hukum menghadiahkan arak kepada non Muslim di sini : http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2653-al-kafi-838-hukum-menghadiahkan-arak-kepada-non-muslim

Namun tidak boleh diniatkan pemberian itu sempena perayaan mereka, untuk mengeluarkan diri daripada larangan memberi hadiah kepada orang kafir semasa perayaan mereka. Niatkanlah secara umum untuk memberikan hadiah. Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat.
  • Dibolehkan untuk hadir ke majlis orang bukan Islam sekiranya ianya diadakan di luar rumah ibadat seperti di dewan orang ramai, padang, pejabat atau rumah, untuk tujuan yang berkait dengan adat seperti jamuan makan yang dihidangkan makanan yang halal. Sekiranya majlis tersebut diadakan dalam rumah ibadat pada hari perayaan, maka makruh bagi orang Islam untuk menghadirkan diri. Diriwayatkan bahawa Umar R.A berkata:
Janganlah kalian menemui orang-orang Musyrik di gereja-gereja (tempat ibadah) mereka pada hari raya mereka, kerana kemurkaan (Allah) turun kepada mereka.—Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan (9/234) dan Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (1609))

Tegahan ini menurut Ibn Muflih bersifat makruh dan bukannya haram.—Rujuk al-Adab al-Syar’iyyah, 3/432

Umat Islam disarankan untuk menghormati dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan jadikanlah hari cuti perayaan ini sebagai waktu untuk mengeratkan perpaduan di kalangan kita. 

Hormatilah perbezaan budaya yang ada di kalangan kita dan jadikanlah perbezaan ini sebagai satu kekuatan unik rakyat Malaysia yang majmuk berbilang bangsa, agama dan budaya.

Sumber rujukan :
1. https://www.history.com/topics/christmas/history-of-christmas
2. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2099-bayan-linnas-siri-ke-81-hukum-mengucapkan-merry-christmas-kepada-mereka-yang-beragama-kristian

4 comments:

  1. cakap fasal deco krismas ni, sy teringat pemain liverpool Mo Salah kena kecam teruk bila dia letak pokok krismas dalam rumah dia.

    kat youtube, ustaz auni ada share asal usul pokok krismas. menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dah seperti merayakan jugak kan. Macam minta dikecam tu.
      Baik, nanti boleh dengar.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.