Beli Surprise Birthday Gift Di Miaballoon
Tercari-cari nak beli hadiah apa untuk birthday anak buah dan kakak, 13 Disember dan 24 Disember. Akhirnya jumpa di instagram. Alang-alang dah berada berdekatan tempat yang dicari, saya terus ke Miaballoon mencari hadiah.

Pertama kali datang ke Miaballoon dan baru tahu kewujudan kedai Miaballoon ni sebenarnya. Besar betul kedainya, 2 pintu kedai!





Miaballoon
Alhamdulillah...dah dapat hadiah masing-masing. Sorang dapat hadiah tertangguh, sorang dapat hadiah awal. Kita sekalikan je.

Banyak betul pilihan bouquet dan pelbagai hadiah ready stock. Pilih je mana yang berkenan mengikut bajet masing-masing. Boleh juga custom tapi kena tunggu lah.

Ada juga hadiah teddy bear yang comel-comel. Eh, baby breath flower pun ada!

Terdapat pelbagai accesories untuk birthday party. Ada belon, selempang dan macam-macam lagi lah. Boleh rambang mata nak memilih.

Saya pilih 2 bakul coklat dengan belon. Belon tu saya custom tulis nama anak buah dan kakak. Nampak menarik lagi tulis nama dan ucapan di belon tu kan. Special sikit.

Miaballoon
Alamat : 5 & 6, Jalan Genuang, taman hijau, 85000 Segamat, Johor
Hubungi : 011-2411 2839
waktu operasi : buka 9:00 pagi
Hubungi : 011-2411 2839
waktu operasi : buka 9:00 pagi
Alhamdulillah...dah dapat hadiah masing-masing. Sorang dapat hadiah tertangguh, sorang dapat hadiah awal. Kita sekalikan je.

suka sy kalau kedai mcm ni besar dan luas. sng nk bergerak dan pilihan pun banyak..
ReplyDeletehappy belated birthday utk Hannah & Mak Ila...
Betul tu Anies. Suka jugak kedai besar macam ni dan banyak pilihan.
DeleteTerima kasih untuk ucapannya :)