USB Mini Handheld Fan MR DIY Berguna Betul
Singgah MR. DIY nak membeli USB mini handheld fan siap sedia untuk guna bila perlu terutamanya aktiviti outdoor ketika cuaca panas. Sebenarnya siap sedia untuk majlis anak buah yang dibuat di dewan terbuka. Dah tentulah akan rasa panas sikit.
Ada banyak pilihan USB mini handheld fan di MR. DIY ni rupanya. Selepas membuat perbincangan dengan diri sendiri, saya memilih jenis macam ni. Tapi itulah, yang model ni tak banyak pilihan. Cuma ada 3 kotak je yang tinggal dan semuanya warna yang sama. Warna pink dan biru dah habis.
Tak pelah, kali ni kita pilih fungsi no.1 berbanding warna kegemaran kita. Asalkan dia berfungsi elok.
USB mini handheld fan
- Didatangkan dengan lanyard untuk memudahkan sangkut dimana-mana. Boleh masukkan di pergelangan tangan kalau muat. Mana tahu penat nak pegang kan.
- Kurang bunyi sangat. Ye, memang betul! Bunyi dia perlahan je tak menggangu pun.
- Ada 3 jenis speed. Saya pakai kelajuan tahap 2 pun dah selesa dah.
- Lepas charge, tahan lama guna. Bayangkan beberapa jam majlis tu, masih bertenaga!
- Saiz nya yang comel dan mudah dipegang. Jenis portable mudah dibawa kemana-mana pun. Boleh masuk dalam handbag.
Bagus ni boleh bawa ke mana2 tempat takde karen
ReplyDeleteA'ah. standby je letak dalam beg :) Kat luar panas boleh guna
Deleteyg mcm ni tak jumpa lg... DIY area sini banyak kipas kecik letak atas meja
ReplyDeletekena belek lagi tu Anies. Ada banyak jenis kipas ni :)
DeleteMini fan sangat penting bila pergi kenduri outdoor. Kalau tak bawak, habis berpeluh lah ketiak. Sebab tak semua tuan rumah taruk kipas kat khemah. 😅
ReplyDeleteBetul, ada kenduri kena bawa satu kadang tak dapat port ada kipas tu berpeluh tahan panas.
Deletememang bagus benda ni di Malaysia yang cuaca panaih lit lit ni
ReplyDeleteSangat function kan. Bawa letak dalam beg siap-siap. Sebelum tu kena charge dulu
Deletememag berguna sesangat fan ni!!! hahaha especially kalau kita ke tempat orang yang ramai dan panas... untuk trip akan datang ni, memang dah plan nak bawa mini fan ni!! harap tak lupa masuk dalam bag heheh
ReplyDeleteJalan jalan keluar cuti cuti kena ada sorang satu ni KakRet. Uyum mesti nak satu. hehe...jangan lupa bawa sudah.
DeleteBetul tu mmg berguna sgt mini fan mcm tu... kalau kami ni yg ada keja luar buat outreach mmg berguna sgt
ReplyDeleteBeli satu KakMim. hehehe...
DeleteOk nak kena pergi cari nanti.
ReplyDeleteKena cari satu Syu :)
DeleteKuasa tahan lama itu yang bagus. Tidak risau asyik kena cas. Warna kuningpun cantik juga.
ReplyDeleteTahan lama juga bateri dia kak. Berbaloi juga beli. Hehe..asalkan ada gitu :)
DeleteTak ada pula nampak dekat DIY sini.. menarik nie..
ReplyDeleteCari di bahagian kipas portable tu mesti ada KakSha. atau pergi store MR DIY yang besar sikit.
Delete