Ulang Membeli Bihun Sup Utara Port Belakang Dewan Coral Height Yang Sedap Itu!

Bila tiba makan malam je jadi pening tak tahu nak makan apa. Kebiasannya makan malam ni suka makan ringkas-ringkas je bukan jenis nasi dan lauk-pauk. Terpaling suka makan bihun sup utara versi sambal kicap pedas.

Pernah encik suami berbual dengan pemilik kedai tersebut, katanya saja digabungkan dengan sambal kicap selera orang selatan. Sambal kicap ke sambal tumis merah, mana-mana pun saya suka. Janji sup sedap dan sambalnya pun sedap.

bihun sup utara port belakang dewan

Apa yang membuatkan saya suka ulang membeli sebab supnya yang sedap. Dah tak terkira berapa kali beli. Ulang tanpa jemu. Sup jernih tanpa banyak rempah memang saya suka. Sedap hirup kuah sup panas-panas. Selain porsi bihun yang banyak, rencah lain pun sedap dimakan dengan bihun sup. 

Ada hirisan tomato dan hirisan limau nipis bagi mereka yang suka rasa sup masam-masam sikit ala Thai bolehlah picitkan sikit limau nipis tu. Tapi saya suka lagi makan dengan hirisan tomato yang segar.

Didatangkan bersama hirisan ayam yang lembut dan tauhu ada beberapa keping. Dalam gambar nampak tenggelam dan menyorok di bawah pula. Taburan daun sup dan daun bawang buat penambah sedap sup panas. Berbaloilah dengan harga RM7 sebungkus.

Sekali cuba pasti nak beli lagi dan lagi. Memang betul, dah terbeli berkali-kali. Lain macam penangan sup utara Port Belakang Dewan ni. Bagus juga lah berdekatan dengan rumah, boleh makan selalu. Tapi encik suami lah yang kena belikan. Hehe...

Ada sekali tu anak tuan kedai bertanya pada encik suami." Saya rasa isteri abang yang tulis blog tu ye". Sejak itu, encik suami dah dikenali setiap kali membeli. Rajin lah tuan kedai berbual sesambil menunggu order siap.

Satu hari tu tuan kedai tanya "isteri suka minum air apa, saya nak belanja". Eh takpa kata suami. Bukan menolak rezeki tapi macam tak best pula macam tu kan. Takpa, kita promote sebab sedap je. Apa-apa pun terima kasih tuan kedai, masak bihun sup sedap dan nak belanja air.

Selain bihun sup utara, selalu juga beli nasi goreng power. Nasi goreng power dia sedap. Macam nasi goreng mak-mak kita masak kat rumah. Bukan macam kedai makan yang nasi gorengnya semua sama je. Didatangkan sekali dengan sup.

Oh ye, pernah beli juga tauhu sumbat. Tauhu dia saiz besar dan sedap juga. Kopi ais dia pun padu kaw!
Kedai makan Port Belakang Dewan ni lokasi dia rare sikit dan menarik. Pernah viral dulu. Segala makanan dihidangkan dalam pinggan legend dalam dulang legend juga.

Minum petang syok juga disini sebab ada cucur (orang Johor panggil jemput-jemput), ubi rebus dengan kelapa parut dan gula, roti kukus dan menu terbaru ada nasi kambing cowboy BBQ. Tak lupa juga ada sup gear box untuk peminat sup gear box.

Port Belakang Dewan Coral
No 485 jalan bukit coral 16, Taman Coral Height Sikamat Seremban
Waktu operasi : 5 petang hingga 11:00 malam
Cuti: Jumaat

Bolehlah cuba, kot selera kita sama.

8 comments:

  1. kalau sedap..harus la repeat lagi.. kannn

    ReplyDelete
  2. Selalu nampak diorang update kat group Sikamat Macam Macam Ada...nanti la nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, perasan juga tu kak. Nanti cubalah. Mana tahu sama pulak selera kita :)

      Delete
  3. apasala makanan sedap sedap ni semuanya jauh jauh ni...hahaha... Tak pernah jalan jalan area seremban. Kalau seremban tu, singgah R&R plus je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terlalu ke tersinggah masuk Seremban nanti bolehlah cubab KakYan :)

      Delete
  4. sedapnya bihun suo utara. next month ke kl, nak beli la.. kat kk mcm tak ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap! Kat KL mesti ada punya Syu. Nanti balik semenanjung jangan lupa cari ye.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.