Cara Beli Kad Prabayar Visa Baharu TnG eWallet Melalui Aplikasi Touch 'n Go eWallet
Touch 'n Go eWallet telah memperkenalkan Kad Prabayar Visa debit baharu yang dipautkan ke dompet digital (eWallet). Kad Prabayar Visa Touch 'n Go fungsinya sama seperti kad BigPay, Wise dan MAE. Untuk membuat sebarang pembayaran, pastikan baki dalam dompet digital mencukupi.
1. Buka aplikasi TNG eWallet, tap pada Visa Card
Kad Prabayar Touch 'n Go akan sampai dalam masa 7-10 hari waktu bekerja. Bila kad sampai nanti boleh aktifkan kad dengan tap 'Active Physical Card' dan barulah boleh digunakan secara offline. Buat masa sekarang boleh guna kad virtual untuk pembayaran online.
Beli juga Kad Prabayar Visa baharu ni. Tambah koleksi kad TnG. Design pun menarik. Tapi lagi bagus kalau semua fungsi boleh digunakan dalam satu kad je.
Fungsi Kad Prabayar Visa Touch 'n Go eWallet
- Pembayaran di kedai-kedai fizikal melalui mesin terminal
- Boleh kira kadar tukaran matawang
- Membuat pembelian atas talian (Shopping online)
- Pengeluaran wang tunai di mesin ATM
Harga Kad Prabayar Visa Touch 'n Go eWallet
Buat masa ini, Kad Prabayar Visa Touch 'n Go masih lagi PERCUMA dan hanya perlu bayar RM5 untuk caj penghantaran. Sila beli segera sebelum kehabisan stock. Nanti susah nak dapat macam kad Touch 'n Go NFC.Cara beli Kad Visa Prabayar Touch 'n Go eWallet
Kad Prabayar Visa Touch 'n Go boleh dibeli secara online melalui aplikasi TNG eWallet. Sebelum membuat pembelian, pastikan baki mencukupi.1. Buka aplikasi TNG eWallet, tap pada Visa Card
2. Kemudian tap Get Card Now
3. Masukkan nama dan tap Next
4. Selepas tekan Next, automatik ada alamat lengkap. Jika alamat yang tertera itu betul, boleh terus tap Next. Jika ingin buat penghantaran ke alamat baru atau yang terkini boleh isikan dengan alamat yang baru. Kemudian Next.
5. Setelah confirmkan alamat penghantaran, tap Pay Now. RM5 akan ditolak dari baki eWallet.
Kad Prabayar Touch 'n Go akan sampai dalam masa 7-10 hari waktu bekerja. Bila kad sampai nanti boleh aktifkan kad dengan tap 'Active Physical Card' dan barulah boleh digunakan secara offline. Buat masa sekarang boleh guna kad virtual untuk pembayaran online.
Beli juga Kad Prabayar Visa baharu ni. Tambah koleksi kad TnG. Design pun menarik. Tapi lagi bagus kalau semua fungsi boleh digunakan dalam satu kad je.
wah.. nurin pakai kad watsons je sbb dah lengkap touch n go
ReplyDeleteOkay dah tu. boleh shopping watson dan guna bayar tol dan juga parkir :)
Deletedalam apps akak takde pulak nampak Visa Card tu..kene update dulu eh?
ReplyDeleteCuba try update dulu kot ada.
Delete