Ucapan Selamat Tahun Baru Cina (Happy Chinese New Year) 2023

Tahun Baru Cina (Chinese New Year) 2023 akan disambut oleh masyarakat Cina pada hari Ahad, 22 Januari 2023 sehingga hari ke-15 Tahun Baru Cina 5 Februari 2023. Tahun ini merupakan tahun Arnab. Jadi ucapan Selamat Tahun Baru Cina atau Happy Chinese New Year simbolik dengan tahun Arnab dalam bahasa Cina dan Kantonis.

Secara umumnya, sambutan Tahun Baru Cina ebahagian daripada adat dan budaya masyarakat Cina yang menyambut tahun baru berdasarkan kalendar lunar Cina. Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina iaitu nama haiwan.

12 haiwan yang termasuk dalam kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap haiwan mempunyai signifikasi yang tersendiri.

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina (Happy Chinese New Year) 2023 dalam bahasa Cina dan Kantonis

1. Ucapan Selamat Tahun Baru Cina/ Happy Chinese New Year secara umum
Mandarin
Selamat Tahun Baru Cina (untuk keluarga dan kawan rapat)
Xīnnián hǎo (新年好)
Maksudnya : Kebaikan Tahun Baru atau Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru Cina (untuk orang yang tak dikenali)
Xīnnián kuàilè (新年快乐)
Maksud : Kebahagiaan Tahun Baru

Kantonis
Selamat Tahun Baru Lunar
Gong hei fat choy (恭喜发财)
Maksud : Semoga kebahagiaan dan kemakmuran anda

Happiness and prosperity ( 恭喜发财) 
Mandarin : gōng xǐ fā cái /gong-sshee faa-tseye/
Kantonis : gong hay fat choy

ucapan tahun baru cina 2023

2. Ucapan Selamat Tahun Baru Cina/ Happy Chinese New Year yang popular
New Year Goodness (新年好)
Mandarin : xīn nián hǎo /sshin-nyen haoww/
Kantonis : san nin hou

3. Ucapan Selamat Tahun Baru Cina/ Happy Chinese New Year digunakan untuk urusan rasmi
New Year happiness (新年快乐)
Mandarin : xīn nián kuài lè /sshin-nyen kwhy-ler/
Kantonis : sun nin fai lok

4. Ucapan Selamat Tahun Baru Cina/ Happy Chinese New Year bila pertama kali jumpa

 大吉大利 — Lots of luck and profits!
Mandarin : dà jí dà lì /daa-jee daa-lee /
Kantonis : dai gut dai lei

 万事如意 — May all go well with you!
Mandarin : wàn shì rú yì /wann-shrr roo-ee/
Kantonis : mahn si yuh yi

步步高升 — Step-by-step high promotion (untuk naik pangkat/jawatan)
Mandarin : bùbù gāoshēng /boo-boo gaoww-shnng/
Kantonis : /boh-boh goh-sshin/

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina/ Happy Chinese New Year 2023 simbolik tahun Arnab

1. Tù nián kuàilè (兔年快乐) — Happy year of the Rabbit!
2. Tù nián dàjí (兔年大吉) — Wishing you lots of luck this Rabbit year!
3. Tù nián xīngwàng (兔年兴旺) — Wishing you a prosperous year of the Rabbit!
4. Yuàn nǐ de xīnnián xiàng tùzǐ yīyàng xiánghé měihǎo! (愿你的新年像兔子一样祥和美好!) - May your New Year be as lucky and lovely as the Rabbit!
5. Zhù nǐ tù nián xìngfú ānkāng! (祝你兔年幸福安康!)- May your year of the Rabbit be full of happiness and health!

Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru 2023 kepada kaum Cina yang meraikannya

1. Happy Chinese New Year kepada kaum Cina yang menyambutnya di Malaysia.

2. Selamat Tahun Baru Cinta 2023
Xin Nian Kuai Le kepada kawan-kawan dan rakyat Malaysia yang berbangsa Cina

3. Selamat tahun baru cina bagi tahun 2023 kepada masyarakat kaum cina dengan penuh riang dan gembira bersama keluarga tercinta

4. Happy Chinese New Year
Semoga Tahun Arnab ini akan membawa kesihatan, kebahagian dan kesejahteraan kepada anda sekeluarga.

5. Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan berbangsa Cina
Semoga tahun arnab ini membawa sifat kasih sayang dan manja serta lebih sempurna, dimurahkan rezeki yang berpanjangan dan bermakna dalam kehidupan.

6. Happy Chinese New Year 2023
Selamat menyambut tahun baru cina 2023 kepada semua kaum Tionghua serta kepada mereka yang meraikannya.

7. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2023
Semoga perayaan ini disambut dengan meriah serta dapat mengeratkan lagi semoga perpaduan sesama kita.

8. Gong Xi Fa Chai
May your days be as glittery as a diamond, may your friends be as good as gold, may your heart stay as green as an emerald, and may your soul remain as pure as a pearl.

9. Wishing a very Happy Chinese New Year to you. On this special occasion, I wish you a year full of success, happiness, and smiles.

10. Wherever you go, may prosperity and good fortune always be with you. I’m wishing you a prosperous Rabbit year!

Happy Chinese New Year 2023

Pantun Tahun Baru Cina 2023

Malaysiaku, tanah air tercinta,
Pelbagai bangsa ada didalamnya,
Selamat Tahun Baru Cina 2023,
Semoga semua gembira dan ceria.

Jalur gemilang diberi nama,
Rakyat hidup aman sentosa,
Biar berbeza bangsa dan agama,
Gong Xi Fa Cai tetap dirasa

Kueh bangkit manis bergula,
Bila makan sampai terleka,
Ini tahun giliran Arnab pula,
Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka.

Persediaan dan cara sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia

  • Ahli keluarga akan bersama-sama membersihkan rumah dengan kepercayaan untuk membuang hantu dan juga sial. Segala hutan piutang dikutip dan dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun baru.
  • Acara makan besar atau makan beramai-ramai bersama seluruh ahli keluarga diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul pada malam tahun baru. Selain itu turut menjamu masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.  
  • Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang .
  • Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau sereta hiasan tahun baru berwarna merah. Merah merupakan lambang nasib yang baik dan membawa tuah dalam kepercayaan masyarakat Cina.
  • Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin atau masih belum bekerja.
  • Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Pantang larang semasa Tahun Baru Cina

  • Mengambil ubat pada hari pertama tahun lunar bermakna mereka akan mengalami kemudaratan kesakitan bagi tahun itu.
  • Bubur tidak boleh dimakan, kerana ia dianggap bahawa hanya orang miskin mampu makan bubur untuk sarapan. Penganut Buddha tidak mahu memulakan tahun baharu dengan makanan yang ‘miskin’ kerana ini dianggap sebagai satu petanda yang tidak baik.
  • Masyarakat Cina tidak akan mencuci pakaian pada hari pertama dan kedua perayaan, kerana kedua-dua hari dirayakan sebagai hari lahir Shuishen (Tuhan Air).
  • Rambut tidak boleh dibasuh pada hari pertama tahun lunar. Dalam bahasa Cina, rambut mempunyai sebutan yang sama dan watak sebagai ‘fa fa cai’, yang bermaksud ‘untuk menjadi kaya’. Oleh itu, ia dilihat sebagai satu perkara yang tidak baik untuk “mencuci nasib seseorang” pada awal tahun baru.
  • Tidak boleh meyapu rumah kerana ia bermakna anda menyapu keluar kekayaan.

Hukum orang Islam mengucapkan ucapan selamat bersempena perayaan agama bukan Islam

Ucapan Tahun Baru Cina menurut Islam : Muzakarah telah memutuskan bahawa sebarang amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Namun, sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan dalam Islam.

Memberikan ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail, SMS dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus. 

Namun, ucapan itu mestilah tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Berdasarkan maksud ucapan Gong Xi Fa Cai ini, ia tidak mempunyai sebarang unsur-unsur keagamaan dan kepercayaan lain yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Oleh itu, tiada masalah untuk umat Islam mengucapkan ucapan tersebut kepada orang Cina memandangkan ia tidak bertentangan dengan akidah Islam.

Malah, ucapan ini juga boleh menjadi alat perpaduan antara sesama ahli masyarakat terutamanya kepada masyarakat Cina yang menyambut Tahun Baru Cina.

sumber :
1. https://www.chinahighlights.com/travelguide/special-report/chinese-new-year/happy-new-year-in-chinese.htm
2. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1829-bayan-linnas-siri-48-hukum-menyambut-tahun-baru-cina

6 comments:

  1. Replies
    1. Sedap limau mandarin. Manis manis kan wak, puas hati makan.

      Delete
  2. Hukum dalam Islam nih harusnya dibaca Ama kaum fanatik Islam di Indonesia. Bagi mereka yg begitu haram, ntah dpt darimana dalilnya 😔..

    Saya rindu merasakan tahan baru China saat di Penang dulu. Krn stayed Ama Chinese family, jadi mereka banyak mengajarkan saya apa2 saja yg bisa dilakukan dan yg tidak boleh dilakukan saat Chinese new year. Termasuk yg basuh rambut, cuci baju dan menyapu. Malam menjelang tahun baru saya suka dengan kemeriahan petasan selama 15 menit tanpa henti. Seru banget ❤️. Jadi rindu dengan keluarga Chinese yang dulu. Baik banget mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, perayaan ini bukan agama sebaliknya budaya.
      Banyak juga pantang larangnya kan. Meriah dengan bunyi mercun hari hari sejak CNY ni :)

      Delete
  3. sempena CNY ni berkotak-kotak buah limau kat rumah ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.