Lirik Lagu Aiman Sidek ft Alin Sidek - Dirgantara

Dirgantara, single terbaru Aiman Sidek dan Alin Sidek release pada 1 Januari 2023. Sebelum ini trending lagu Cinta Sejati Aiman Sidek ft Alin Sidek yang merupakan adik kandungnya sendiri. Selepas kejayaan lagu Cinta Sejati, Aiman Sidek meneruskan karyanya mencipta lagu Dirgantara.
Dirgantara adalah istilah yang digunakan untuk merujuk secara kolektif kepada atmosfera dan angkasa lepas—wikipedia
Tajuk lagu : Dirgantara
Penyanyi : Aiman Sidek ft Alin Sidek
Lagu : Aiman Sidek
Lirik : Aiman Sidek / Faizal Abidin

lirik lagu dirgantara aiman sidek alin sidek
Dirgantara-Aiman Sidek ft Alin Sidek

Lirik Lagu Dirgantara

Dirgantara 
Melewati pusat bumi 
Begitulah jarak memisahkan kita 

Bersenandung dalam irama yang syahdu 
Menantikan bait bait 
Kata manis bicaramu 

Akulah arjuna 
Menanti cintanya 
Menunggu saatnya 
Ratna cinta tiba 

Dirgantara 
Sejauh aku dan kamu 
Namun hati tetap kuat kan menyatu 

Saat itu pasti tiba kan waktunya 
Dua hati jadi satu 
Dua jiwa kan bersatu 

Akulah rahara 
Menanti cintanya 
Menunggu saatnya 
Roman cinta tiba 

Walau dalam gelap malam 
Masih terlihat bintang 
Walau dalam fana cinta 
Pasti ada sinar 

Aku lah rahara 
Menanti cintanya 
Menunggu saatnya 
Roman cinta tiba (ratna cinta tiba) 

Akulah pencinta 
Menanti cahaya 
Memberi sinarnya 
Warnai dunia

10 comments:

  1. Pertama kali saya dengar perkataan Dirgantara

    ReplyDelete
  2. suka lagu Cinta Sejati...ada vibe Indonesia...bertambah vocab tahun ni...dirgantara, rahara.. bhs sanskrit kot ni...mcm ancala, candra, sujana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan penyanyi Indon nyanyi lagu Cinta Sejati tu rupanya orang Malaysia je. Rasanya betullah tu bahasa sanskrit. Menarik bunyinya kan. Rahara, Ancala, Candra dan Sujana macam baru dengar ni.

      Delete
  3. Terus google maksud dirgantara... aerospace rupanya.. new vocab 👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, seperti yang saya letakkan dalam entri maksudnya. Sama-sama kita dapat tahu new vocab :)

      Delete
  4. ramainya penyanyi baru, tak sempat nak ingat lagu dgn muka penyanyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu ramai penyanyi baru sekarang ni. Kalau lagu popular, cepatlah orang kenal.

      Delete
  5. gigih cari maksud rahara = perempuan rare betul liriknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa Indonesia katanya kan. Sebab kita jarang dengar, itu yang jadi rare :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.