Bacaan Doa, Zikir Dan Surah Al-Quran Elak Sihir Dan Santau

Perbuatan sihir dan santau masih lagi berleluasa di zaman moden seperti tidak dapat lari daripada kehidupan masyarakat sekarang. Malah lebih canggih lagi dengan hanya menggunakan media sosial. Sebab itu kita perlu berhati-hati jika berkongsi di media sosial. Risau ada pendengki memerhati.

Disebabkan itu, kita perlu membina pendinding untuk melindungi diri daripada terkena sihir, santau, penyakit ain, penyakit misteri, gangguan jin, iblis, syaitan, mahkluk halus dan sewaktu dengannya.

Jadikan amalan setiap hari membaca Doa, Zikir dan Surah Al-Quran bagi membentengi diri agar terhindar dari perbuatan sihir. Kita tidak tahu siapa musuh kita. Kadang boleh jadi orang yang dekat dengan dia. Bila manusia ada sifat dengki, apa pun boleh jadi.

Nauzu billahi min zalik (نعوذ بالله من ذلك)
Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami)
baca juga : amalan elak sihir atau santau

bacaan doa zikir surah al quran agar terhindar dari sihir

Doa dan surah Al-Quran elak sihir dan santau

1. Surah Al Fatihah
Membaca surah Al-Fatihah dan membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari

Berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku:
Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.
Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sahih

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam

الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗ
Pemilik hari pembalasan

اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙ
Tunjukilah kami jalan yang lurus

صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ
(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
...آمين

2. Surah Al-Ikhlas

قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa

ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan

وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya

3. Surah Al-Falaq 
Baca surah Al-Falaq ketika kita mula berasa sakit dan tidak sihat jika terasa bagai ada sesuatu yang tidak kena.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ
Katakanlah (wahai Muhammad) ; "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk

مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan

وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk

وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلْعُقَدِ
Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya

4. Surah An-Nas
Surah untuk kita berlindung dari kejahatan manusia dan bisikan hasutan syaitan.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia

مَلِكِ ٱلنَّاسِ
Yang Menguasai sekalian manusia

إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia

مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia

مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ
(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia


5. Surah Al-Baqarah ayat 255/ Ayatul Kursi/ Ayat Kursi
Ayatul Kursi (آية الكرسي) atau ayat kursi, merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah. Disebut Ayatul Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, yang membawa maksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’ iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Ayat Kursi digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran dan sangat istimewa kerana surah ini mengisahkan keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas.

Dengan mengamalkan surah Al-Baqarah ayat 255/ Ayat Kursi, InsyaAllah akan mendapat keredhaan serta perlindungan Allah SWT.

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ 

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

6. Surah Yassin ayat 9
Amalkan bacaan surah Yassin ayat 9 sebagai pelindung diri dari benda tak elok. InsyaAllah kita 'tidak dapat dilihat' oleh mereka yg ingin berbuat jahat terhadap kita.

وَجَعَلْنَا مِنۢ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّۭا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّۭا فَأَغْشَيْنَـٰهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
Bacaan rumi : Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun.

Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)

7. Surah Al-Anbiya' ayat 87/ Doa Nabi Yunus/ Zikir Nabi Yunus
Bacaan doa Nabi Yunus mudah untuk dihafal. Amalkan baca doa Nabi Yunus jika rasa takut, gementar, gugup, risau, rasa susah, kesempitan hidup dan sebagainya. Pendek kata, boleh diamalkan dalam apa jua keadaan untuk tenangkan hati supaya tidak panik dan memudahkan urusan kita.

Doa Nabi Yunus, dikenali sebagai zikir Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun. Disebabkan zikir ini juga, Allah S.W.T. telah menyelamatkannya, yang akhirnya membolehkannya keluar dari perut ikan yang menelannya itu.

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Lailahailla anta Subhanaka inni kuntu minaz zhaalimiin

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

8. Doa : Bismillahilazi La Yadurru Maasmihi Shaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaaie, Wahuwas Samiul Alim
Rasulullah S.A.W bersabda : 
((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : “Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui” sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya))
Hadis Sahih Riwayat Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Bismillahilazi La Yadurru Maasmihi Shaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaaie, Wahuwas Samiul Alim

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Amalkan doa ini 3 kali setiap hari sebagai pelindung diri. Boleh juga dibaca sebelum makan/minum di gerai, kedai makan atau restoran untuk elakkan terkena sihir atau santau. 
 
9. 2 ayat terakhir Surah Al- Baqarah 
Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir (ayat no 285 dan 286) dari Surah Al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya
Hadis Sahih Riwayat Bukhari & Muslim

ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍۢ مِّن رُّسُلِهِۦ ۚ وَقَالُوا۟ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali. — Ayat 285

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًۭا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. — Ayat 286

10. Zikir : Lailahaillallah wahdahula syarikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ala kulli syai-in Qadir

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Lailahaillallah wahdahula syarikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ala kulli syai-in Qadir

Tidak ada ilah yang berhak disembah selain Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu

Zikir ini adalah salah satu kalimat yang Agung yang Rasulullah anjurkan semua umatnya untuk membaca kalimat tersebut setiap pagi dan petang. Kalimat ini masuk kedalam salah satu dari bahagian Zikir pagi dan petang sebagai pelnidung diri dari gangguan syaitan. Selain itu dengan berzikir dapat menghapuskan dosa.

11. Zikir A’udzu bikalimatillahittammati min syarri maa khalaq

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
A’udzu bikalimatillahittammati min syarri maa khalaq

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan ciptaan-Nya
Hadis Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225

Wallahua'lam

Semoga Allah lindungi kita dan dijauhi perbuatan sihir. Aamiin...

sumber : quran.com

4 comments:

  1. Terima kasih perkongsian Fiza.

    Yang paling biasa akak amalkan - ayat kursi. Baca setiap kali lepas solat, sebelum tidur dan memulakan perjalanan. Selain sebagai satu usaha, ia juga sebagai tanda kita hamba kepada-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Kak Ujie. Alhamdulillah, kita amalkan mana yang mudah buat kita Asalkan kita tak lupa pada yang maha Esa.

      Delete
  2. takut sngt bila sebut pasal sihir.. smoga kita semua sntiasa dilindungi Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau kan. Semoga kita dijauhi perkara-perkara yang tak elok dan sentiasa dilindungi Allah. Aamiin...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.