Filem Imam Di Pawagam 2 Mac 2023

Imam, sebuah filem adaptasi novel Sasterawan Negara, Almarhum Abdullah Hussain. Novel Imam diterbitkan pada 1995 adalah pemenang pertama Hadiah Sako tahun yang sama. Filem Imam dibintangi pelakon-pelakon hebat iaitu Dato' M. Nasir, Faizal Hussein, Vanidah Imran dan ramai lagi dibawah arahan Mior Hashim Manap.

Tonton Filem Imam adaptasi dari naskah Sasterawan Negara Abdullah Hussain di pawagam seluruh Malaysia pada 2 Mac 2023.

FILEM IMAM

Mula tayangan : 2 Mac 2023
Pengarah : Mior Hashim Manap
Produksi : Alkahfi Pictures

filem imam 2023 full movie

PELAKON DAN WATAK

  • Dato M. Nasir sebagai Haji Mihad
  • Faizal Hussein sebagai Haji Syamsuri
  • Vanidah Imran sebagai Rubiah
  • Natasha Charmaine sebagai Siti Nur Aisyah
  • Omar Abdullah sebagai Dato Berseban Merah
  • Sophia Ibrahim sebagai Hajah Syamsiah
  • Dato Jaludin Hassan sebagai YDP Majlis Agama
  • Dato Rahim Razali sebagai Haji Abdul Rahman
  • Noramin Mosyi Mosyi sebagai Haji Daud
  • Dewa Sapri sebagai Bilal Haji Kulub
  • Sani Sudin sebagai Parman
  • Rahim Jailani sebagai Haji Omar
  • Rasdi Daud sebagai Lebai Saat

SINOPSIS FILEM IMAM

Mengisahkan tentang perjuangan seorang imam yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya sendiri. Namun ia mendapat tentangan dari sebahagian penduduk kampung yang seagama dan sebangsa malah dari saudara-maranya sendiri. Imam Haji Mihad didakwa membawa ajaran baru yang agak asing bagi kampung itu sehingga mendapat perhatian pihak Majlis Agama.

2 comments:

  1. Menarik sinobsis nya. Teringin nak nonton, tapi tak bisa 😅. Tapi jadi ingat saat ada ajaran baru yang dibawa seorang imam Bbrp tahun lalu, dan langsung bikin kehebohan di Indonesia. Sampai skr ajarannya masih ada, tapi banyak lah yg menganggab sesat Krn memang menyimpang sangat dengan ajaran Islam.

    Terkadang yg begini perlucampur tangan para pemuka agama supaya umat yang tidak terlalu paham agamanya, jadi mengerti mana yg benar, mana yg sesat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan Fanny. Biar tiada ajaran sesat bertebaran. Risau juga kalau ada pentaksub agama yang bawa ajaran sesat.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.