Losyen Badan Garnier Sakura Glow Hyaluron Serum Cream

Dah lama mencari mencari losyen badan Garnier sakura glow hyaluron serum cream ni. Cari di Watson katanya tak masuk Watson lagi, suruh cari di Guardian katanya. Lepas tu cari di Guardian pun nan hado. Itupun ada tinggal beberapa je tapi bukan losyen badan, losyen tangan pek jenis tube tu.

Beli je lah yang losyen tangan dulu. Lepas tu masa jalan-jalan di Mydin nampak losyen badan Garnier sakura glow terus ambil. Tapi ada dua jenis,satu sakura glow satu lagi sakura white. Saya ambil sakura glow.

Losyen Garnier sakura glow ni pernah viral satu ketika dulu. Saya fikir di Watson dan Guardian habis sebab ramai orang beli. Benda viral ni cepat je habis. Rupanya kat Watson tak dijual lagi. Di Guardian tak pasti out of stock ke apa sebab losyen tangan tu ada je. Cuma tak banyak yang tinggal. Dalam website elok je ada stoknya.

Harga losyen Garnier sakura glow di Mydin RM22 lebih, lebih murah sikit dari harga Guardian yang saya tengok di website. Ada hikmahnya jugalah tak jumpa-jumpa produk ni, akhirnya dapat beli dengan harga murah sikit.

garnier sakura glow hyaluron serum cream review

Losyen badan Garnier sakura glow berwarna merah jambu lembut seperti warna bunga sakura. Baunya pun wangi ya amat. Tekstur losyen yang lembut dan mudah diratakan pada kulit.

Sangat mesra kulit dan mesra bau. Mudah meresap dan tak melekit. Selesa pakai selepas mandi dan sebelum tidur. Kulit pun lebih lembut. Cuma kesan glowing tu ambil masa lah kan. Takkan pakai sekali dah terus putih melepak glowing. 

Walaupun instantly nourised glowing skin seperti yang dilabelkan, tapi janganlah lurus pembaris sangat. Kita tunggu dan lihat saja resultnya macamana nanti.

garnier sakura glow hyaluron serum cream review

Jarang betul nak pakai losyen badan ni sebab kadang malas. Kadang tak selesa kalau jenis melekit. Tapi losyen badan Garnier ni memang best pakai. Selesa dan buat rajin nak pakai selalu. 

Yang jenis losyen tangan tu bolehlah bawa travel sebab pek kecil. Untuk badan pun boleh. Jenis losyen badan ni tak jumpa saiz kecil. Ada saiz besar ni je.

8 comments:

  1. Botol cantik kaler pink...bau best kan...ada try tester hari tu...tapi x beli sebab lotion banyak kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau dia best. Saya tak ada stok losyen tu yang beli tu. Kalau ada losyen memang tak beli juga. hehe...

      Delete
  2. Sy ni la pemalas nk pakai losyen.. baik tgn baik badan.. sbb x suka feel melekit tu.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab melekit tu yang tak suka tu. Tapi dah jumpa losyen yang best buat rajin pulak nak pakai. hehe...

      Delete
  3. hari tu dah pegang pegang juga, tapi tak beli..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.