Resipi Nasi Goreng Ikan Masin Cendawan Enoki Masak Cara Fiza
Lama juga tak update resipi masak cara fiza. Bukan tak masak, tapi menu yang sama je. Takkan nak masuk menu sama je dalam blog. Jemu pula nanti. Tapi yang makan tak jemu-jemu. Hari-hari nasi goreng pun dia okay je.
Blog masak cara Fiza sunyi sepi tanpa update. Update disini dulu lah resipi nasi goreng ikan masin cendawan enoki.
Sejak suka masak kailan ikan masin, sentiasalah ada stok ikan malong masin yang jenis potongan isi tu. Bukan ikan mayong, silap pula dalam entry tu tulis ikan mayong.
Ikan malong masin taklah semasin ikan masin lain. Suka beli jenis potongan isi kecil-kecil tu senang nak makan atau campur dalam masakan.
Encik suami bukanlah jenis pemakan ikan masin tapi jenis ikan masin macam tu dia boleh makan sebab tak masin dan tak berbau bila dimasak.
Sesetengah ikan masin ni bila digoreng semerbak baunya kadang. Memandangkan encik suami makan ikan masin ni. So saya pun masaklah ikan nasi goreng ikan masin menggantikan ikan bilis. Bahan lain macam biasa, cili api, bawang putih dan bawang kecil. Bahan-bahan kena tumbuk baru sedap.
Ada pula baki sebungkus cendawan enoki. Saya campak masuk dalam kuali buat tambah rencah memandangkan stok sayur lain tak ada. Tenggelam lemas terus cendawan enoki dalam nasi goreng. Nampak sikit-sikit je cendawan enokinya.
Semasa encik suami makan dia tanya saya, letak sotong ke? Taklah, letak cendawan enoki. Teringat sebelum ni pernah masak cendawan enoki butter anju viral tu, bagi arwah abah rasa. Arwah abah pun cakap macam sotong.
Resepi nasi goreng cendawan enoki
Bahan-bahanNasi
Cili api*
Bawang putih*
Bawang merah kecil (bawang rose)*
Isi ikan masin malong*
1 bungkus cendawa enoki (potong akar, basuh dan tos)
1 biji telur
1/2 sudu besar serbuk pasti sedap
Cara penyediaan
- Tumbuk kasar bahan bertanda *. Ikan masin kalau tak nak tumbuk boleh potong kecil-kecil.
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau dan sedikit garing. Saya suka garing-garing ada hangus sikit.
- Pecahkan telur dan kacau.
- Masukkan cendawan enoki dan kacau sekejap
- Masukkan nasi dan kacau rata. Sebelum tutup api, taburkan serbuk pasti sedap dan kacau lagi. Siap!
Akak suka ikan masin, tapi tak suka bila goreng berbau lekat satu rumah. Nampaknya kena cari ikan masin malong. Pertama kali dengar sebenarnya ni…hihi.
ReplyDeleteA'ah, bab bau satu rumah tu yang tak suka sebab tu tak beli ikan masin jenis macam tu. Ni yang biasa biasa tak berbau sangat dan tak masin sangat. Ikan masin malong isi dia potong kecil kecil, biasanya orang campur dalam sambal acar buah ikan masin kot kalau tak silap lah. Nanti boleh cari kak.
DeleteSimple , yang pasti mengenyangkan. hehe :P
ReplyDeleteAlhamdulillah..asalkan kenyang gitu :)
Deletemenarik juga letak cendawan enoki dlm nasi goreng..
ReplyDeleteA'ah sedap juga selang seli makan cendawan enoki.
DeleteSaya nak cubaaaa 😍😍😍. Kalo ikan Masin saya tak suka kak, tapi Enoki suka sangaaaat. Tak terpikir pula masak nasi goreng pakai Enoki nih. Nak buatlah untuk sarapan esok 😄
ReplyDeleteSelamat mencuba..Sedap juga tambah cendawan enoki...manalah tahu kena dengan selera :)
Delete