Niat Puasa Sunat Bulan Rejab, Niat Ganti Puasa Dan Hukum Menggabungkan Puasa Ganti Dan Puasa Sunat

23 Januari 2023 bersamaan dengan 1 Rejab 1444H. Bulan Rejab merupakan salah satu bulan haram. Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya.  

Kemuliaan bulan Rejab juga terletak pada peristiwa Israk Mikraj, satu mukjizat Nabi Muhammad SAW yang perlu dihayati dan ambil iktibar daripadanya.

Pada bulan Rejab, umat Islam digalakkan untuk perbanyakkan ibadah. Ini juga sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ialah : 
  • Berpuasa
  • Memperbanyakkan bersedekah
  • Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
  • Memperbanyakkan berzikir
  • Memperbanyakkan solat-solat sunat

Pada bulan Rejab, digalakkan berpuasa sebanyak mana hari atau sepanjang bulan.

Niat Puasa Sunat Bulan Rejab

Niat puasa sunat Bulan Rejab

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta’ala
Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan Rejab kerana Allah ta’ala”
 

Niat ganti puasa Ramadan/ Niat Qadha’ Puasa Ramadan

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”

Waktu niat puasa

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, untuk menunaikan ibadah puasa Ramadan dan puasa wajib, seseorang perlulah berniat pada malam hari sebelumnya selaras dengan sabda Rasulullah SAW :

مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ مِن اللَيْلِ فَلَا صِيَامَ لَهُ
Maksudnya : Sesiapa yang tidak berniat untuk berpuasa (keesokan harinya) di malam hari, maka tidak sah puasanya. —Riwayat al-Nasaie (2334)

sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4817-al-kafi-1798-apakah-lafaz-niat-puasa-ganti

Hukum menggabungkan puasa sunat dan puasa ganti (Qadha)

Berdasarkan perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, adalah diharuskan untuk menggabungkan beberapa niat dalam satu puasa sunat, terutama jika perlaksanaan puasa itu berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan puasa, seperti puasa enam syawal, hari-hari putih, isnin dan khamis.

sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4573-al-kafi-1743-hukum-gabungkan-niat-puasa-puasa-sunat

Sebahagian ulama’ mensyaratkan supaya digabungkan niat, manakala sebahagiannya tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi mendapatkan pahala berganda.
Kesimpulan

Dalam kita perbanyakkan beribadah pada bulan Rejab, harus diingat bahawa bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan khusus.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, tiada hadis sahih yang menyatakan bulan tersebut mempunyai keistimewaan seperti amal ibadat tertentu. 

—sumber :https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2354-irsyad-al-hadith-siri-ke-261-ganjaran-bulan-rejab

Salah satu hadis yang menjelaskan mengenai bulan Rejab adalah seperti berikut :

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata : “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. —Tabyin al-‘Ajab, 9

Namun begitu, ini tidak menghalang seseorang untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedekah, berzikir serta ibadah lain dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu.

Ini kerana, ia termasuk atau bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.

Wallahua'lam

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.