Siaran Lansung Separuh Akhir 1 Malaysia Vs Thailand Piala AFF 2022

Skuad Harimau Malaya akan beraksi meneruskan perjuangan mereka di peringkat Separuh Akhir 1 Perlawanan Kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang pasukan Thailand pada hari Sabtu ini, 7 Januari 2023 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dikhabarkan tiket perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala AFF 2022 Malaysia menentang Thailand telah habis dijual. Tiada penjualan tiket tambahan samada online atau di kaunter. 

Hanya 59,000 tiket yang dijual disebabkan sejumlah 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan untuk struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.

Siaran Lansung Separuh Akhir 1 Malaysia Vs Thailand Piala AFF 2022
Jadual separuh akhir 1 dan 2 Malaysia vs Thailand, Thailand vs Malaysia

Tonton Siaran Lansung (Live) Separuh Akhir 1 Malaysia Vs Thailand Piala AFF 2022 Online

Peminat bola sepak boleh menonton Perlawanan Separuh Akhir 1 Piala AFF 2022 yang disiarkan secara secara langsung (live) menerusi saluran 801 Astro Arena, saluran 802 Astro Arena 2, Astro Go, RTM TV2, Sukan RTM dan TV Okey. 

Menerusi saluran RTM, Perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan. Juga boleh strim percuma menerusi portal rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi RTM Klik.


Siaran Lansung dan Keputusan Perlawanan Separuh Akhir 1 Malaysia vs Thailand Piala AFF 2022 

FT : Malaysia (1) - (0) Thailand
 Faisal Halim 11'

Masa : Sabtu, 7 Januari 2023
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan dan juga Kementerian Perpaduan Negara menyediakan Skrin Besar di 14 lokasi untuk peminat boleh menyaksikan aksi Malaysia menentang Thailand dalam Perlawanan Separuh Akhir 1 Piala AFF 2022 bermula pukul 8:00 malam.

14 lokasi skrin besar separuh akhir 1 piala aff 2022

14 lokasi skrin besar live piala AFF 2022

  1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  2. Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
  3. Kompleks Belia & Sukan Batu Uban, Pulau Pinang
  4. Meow Garden, Ulu Kinta, Perak
  5. Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor
  6. Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, Selangor
  7. Perkarangan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor
  8. Dataran Stadium Kajang, Selangor
  9. Dataran Tanah Lesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor
  10. Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan
  11. Restoran Al Marjan MITC, Ayer Keroh, Melaka
  12. Dewan Bandaraya Kuantan, Pahang
  13. MYDIN Petrajaya, Kuching, Sarawak
  14. Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah
Berikan sokongan padu untuk Skuad Harimau Malaya layak ke peringkat akhir Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

8 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah..Harimau Malaya menang Separuh Akhir 1.

      Delete
  2. saya tak minat sangat bola ni tapi teringin nak tonton dan harap tak lepas peluang melihat kejayaan Malaysia...

    ReplyDelete
  3. malaysia kena menang perlawanan di tempat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak. Home atau away kena menang. Harap kita dapat jadi juara.

      Delete
  4. semoga timbal balik nnt HM mng dan seterusnya ke final menjadi juara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap menanglah away nanti dah menang terus sampai jadi juara.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.