Drama Special Force Anarchy (Disney+ Hotstar)

Tonton Drama Special Force Anarchy, siri original pertama dari Malaysia yang diinspirasikan dari Filem KL Special Force. Drama siri Special Force Anarchy dibintangi pelakon Dato' M.Nasir, Puteri Aishah, Yusuf Bahrin, Dynas Mokthar, Elizabeth Tan, Johan As'ari dan ramai lagi di bawah arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Production.

DRAMA SPECIAL FORCE ANARCHY

Jumlah episod : 7
Mula siaran : 14 Januari 2023
Siaran TV/Penstriman : Disney+ Hotstar
Penulis skrip : June Tan, Nazri Vovinski
Pengarah : Syafiq Yusof
Produksi : Skop Productions Sdn. Bhd.

tonton drama special force anarchy disney+ hotstar online

PELAKON DAN WATAK

  • Puteri Aishah sebagai Iman
  • Hasnul Rahmat sebagai Komender Qabil
  • Dato’ M. Nasir sebagai Umar
  • Yusuf Bahrin
  • Steve Yap
  • Dynas Mokhtar
  • Theebaan G
  • Fify Azmi
  • Chacha Maembong
  • Elizabeth Tan
  • Johan As’ari
  • Daniella Sya

SINOPSIS DRAMA SPECIAL FORCE ANARCHY

Kisah perjalanan Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda, bersemangat tinggi, dari sebuah negara fiksyen, Tenggara.

Tanpa diduga, siasatan yang dilakukan terhadap satu rompakan bank terancang, bukan sahaja telah mempertemukannya dengan kumpulan bawah tanah berbahaya, tetapi juga telah membuka sebuah rahsia besar yang mampu mengubah segalanya!

Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil (Hasnul Rahmat).

Ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya, penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar (Dato’ M. Nasir).

Di tengah konflik persengketaan itu, Iman terperangkap dengan kebuntuan apabila berdepan dengan sebuah pendedahan mengejutkan. Iman kini dipaksa untuk membuat pilihan yang mustahil.

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.