Tarikh-Tarikh Penting Tahun Islam 2023 (1444-1445 Hijrah)

Dalam tahun Islam, tarikh-tarikh penting berikut dalam kalendar Islam merupakan hari kebesaran, hari sambutan dan hari bersejarah bagi umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Ada sebahagiannya tidak menjadi satu sambutan yang besar tapi ia juga merupakan tarikh penting.

Tarikh- tarikh penting tahun Islam 1444-1445 Hijrah (2023)

  • 18 Feb 2023 - Israk dan Mikraj
  • 23 Mac 2023 - Awal Puasa
  • 8 Apr 2023 - Nuzul Al-Quran
  • 22 Apr 2023 - Raya Aidilfitri
  • 20 Jun 2013 - Awal Zulhijjah
  • 29 Jun 2023 - Raya AildilAdha
  • 19 July 2023 - Awal Muharram
  • 28 Sep 2023 - Maulidur Rasul

tarikh penting tahun Islam 1444-1445 Hijrah 2023

Tarikh-tarikh penting dalam sejarah Islam

  • 10 Muharram - Hari 'Asyura (Hari Kematian Saidina Hussain bin Ali, cucu Rasulullah SAW)
  • 1 Rabiul Awal - Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul
  • 2,3 & 4 Rabiul Awal - Rasulullah bersembunyi di Gua Hira'
  • 8 Rabiul Awal - Pembinaan Masjid Quba' (Masjid pertama dalam sejarah Islam)
  • 12 Rabiul Awal - Hari Kewafatan Baginda Rasulullah
  • 12 Rabiul Awal - Nabi bersama Abu Bakar dan Ali mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan Sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam.
  • 8 Jamadil Awal - Hari kelahiran Saidina Ali bin Abi Talib
  • 8 Jamadil Akhir - Saidina Umar dilantik menjadi Khalifah kedua
  • 20 Jamadil Akhir - Tarikh kelahiran Siti Fatimah
  • 28 Jamadil Akhir - Wafatnya Saidina Abu Bakar
  • 14 Syaban - Malam Nifsu Sya'ban
  • 15 Syaban - Pertukaran Kiblat dari Masjid Al-Aqsa ke Kaabah Masjidul Haram
  • 8 Ramadan - Perang Badar
  • 10 Ramadan - Pembukaan Makkah
  • 17 Ramadan - Pembunuhan Saidina Ali di Kufah
  • 5 Syawal - Perang Uhud
  • 1 Zulhijjah - Hari menentukan tarikh untuk Hari Raya Aidiladha
  • 8 Zulhijjah - Hari Haji Wida' Nabi yang terakhir
  • 18 Zulhijjah 23H - Saidina Othman mati di bunuh
  • 29 Zulhijjah - Saidina Omar mati di bunuh

Tarikh- tarikh penting tahun Islam 1444-1445 Hijrah (2023)

18 Feb 2023/ 27 Rejab - Israk dan Mikraj
Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah.

baca juga : koleksi ucapan salam Israk Mikraj

Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.

baca lagi : sambutan hari Israk Mikraj

23 Mac 2023/ 1 Ramadan - Awal Ramadan/Berpuasa
Ramadan merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah. Sepanjang bulan Ramadan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Bulan yang penuh barakah buat umat Islam.

8 Apr 2023/ 17 Ramadhan - Nuzul Al-Quran
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam dan seterusnya secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

baca lagi : Nuzul al-Quran

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

22 Apr 2023/1 Syawal - Hari Raya Puasa/Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan setelah menjalani ibadat puasa selama sebulan.

20 Jun 2013 - Awal Zulhijjah

29 Jun 2023/ 10 Zulhijjah - Hari Raya Korban/Aidiladha
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Ketiga-tiga hari ini juga dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah SWT dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

19 July 2023/ 1 Muharam - Awal Muharam/Maal Hijrah
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

baca lagi : sambutan awal Muharam/ Maal Hijrah

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun begitu, Tahun Hijrah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam dari Mekah ke Madinah itu yang diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

28 Sep 2023/ 12 Rabiulawal - Maulidur Rasul
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.


10 comments:

  1. Terus mata tuju ke puasa dan raya. Hehe
    Tak lama je lagi nak puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya tu lah kita tengok dulu. Menanti ramadhan dan raya :)

      Delete
  2. sy igt tarikh lahir hijrah sy dgn tarikh raya je hehehe

    ReplyDelete
  3. tahun ni, keje hakiki aida takde rehat.
    so, dari akhir tahun lepas dah tgk dah tarikh2 penting.
    ramadan, aidilfitri, aidiladha. sebab yg ni involve cuti rehat.
    nak kena adjust awal. keje byk 2023 ni :( hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul sibuk kak Aida tahun ni. Kena rancang cuti awal-awal ni. Semoga segala urusan dipermudah oleh Allah. Aamiin...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.