Keistimewaan hari Jumaat Dan Amalan Sunnah Hari Jumaat
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya.
Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu dimana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada Allah SWT akan sesuatu hajatnya. Nescaya Allah SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.”—Hadis Riwayat Al-Bukhari no, 935
baca juga : doa hari Jumaat quotes
Keistimewaan hari Jumaat
1. Hari terselamat dari seksa kubur
Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah SAW : “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan oleh Allah SWT daripada fitnah kubur.” —Hadis Riwayat Tarmizi2. Hari kebesaran mingguan
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda :“Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.”—Hadis Riwayat Ibnu Majah
3. Hari dihapuskan segala dosa
Sabda Rasulullah SAW :“Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar.”—Hadis Riwayat Muslim
4. Hari menambah pahala
Aus bin Aus berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan berada di saf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan akan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” —Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah5. Hari berlakunya kiamat
Hari Jumaat ini dikaitkan dengan hari di mana berlakunya hari kiamat atau hari pembalasan. Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa :“Pada hari Jumaat juga Kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” —Hadis Riwayat Muslim
7 Amalan sunnah hari Jumaat
Antara amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat adalah seperti berikut :1. Bersedekah
bn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain.Dalam Al-Quran, Allah berfirman juga yang bermaksud:
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan Nya.” —Surah Al-Baqarah, ayat 261
2. Bersugi (bersiwak) Dan Memakai Bau-bauan
Menjaga dan mengekalkan kebersihan mulut dan gigi, memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik memang sangat digalakkan bahkan mendapat pahala sebelum datang ke masjid.“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan ke atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang.” —Hadis Riwayat Al-Bukhari
3. Membaca Surah Al-Kahfi
Membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat dan siangnya. Surah Al-Kahfi adalah antara surah yang boleh menghindarkan diri kita daripada fitnah dajal dan seterusnya memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumaat yang lain.“Barangsiapa membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” —Hadis Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi
4. Zikir dan selawat
Memperbanyakkan amalan kebaikan seperti membaca zikir dan selawat. Bacaan zikir "Ya Allah" yang dibaca berulang kali setiap hari sepanjang hari Jumaat, insya Allah akan memberikan kita ketenangan, semua rencana berjalan dengan mudah dan Allah membantu kita menyelesaikan segala masalah.baca juga : zikir dan doa Jumaat
5. Datang awal ke masjid
Datang awal ke masjid membuatkan diri kita lebih tenang untuk memilih mana-mana saf. Tetapi masih ramai yang masih meremehkan untuk datang awal ke masjid setiap kali hendak solat Jumaat.Kita juga boleh lakukan solat sunat tahiyatul masjid, membaca Al-Quran dan mendengar khutbah dengan jelas.
6. Mandi sunat Jumaat
Mandi sunat Jumaat termasuklah bersihkan diri, memotong kuku, mencabut bulu, dan mengunting misai. Imam Nawawi menyebut bahawa, disyariatkan untuk mandi sunat hari Jumaat bagi sesiapa yang ingin hadir menunaikan solat Jumaat.Ini berdasarkan dari sebuah hadis yang bermaksud : “Sesiapa yang hendak mendirikan solat Jumaat, dia hendaklah mandi.” —Hadis Riwayat Muslim, no. 844
7. Jalan kaki ke masjid
Umat Islam sangat digalakkan untuk mengutamakan untuk berjalan kaki dari menaiki kenderaan ke masjid. Setiap langkah penat, lelah, dan jauhnya kita melangkah itu mempunyai ganjaran pahala yang lebih besar nilainya.Sumber :
1. akumuslim
good sharing.. terima kasih!!
ReplyDeleteSama² :)
DeleteSesungguhnya Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Diberinya 1001 peluang untuk hambanya beramal soleh dan sentiasa membuka pintu taubat. Semoga kita tergolong dalam kalangan hambanya yang beriman dan bertaqwa.
ReplyDeleteBetul tu kak Amie.
Deletepenghulu segala hari
ReplyDeleteYe, betul.
Delete