Sedar tak sedar, dah sampai bekas keempat dah menggunakan Aqua Whitening Cream. Kalau dah berkali-kali biasa guna tu, maksudnya??? Maksudnya produk tu bagus lah kan. Aqua Whitening bukan sekadar pelembap tapi pelembab muka terbaik make up tahan lama dan glowing.
Itu yang buat saya bertambah suka pakai pelembap Aqua Whitening Cream. Bayangkanlah kalau makeup bercapuk atau cepat cair. Boleh hilang mood dibuatnya. Kan!
Semua orang mesti concern bab makeup bercapuk. Kalau boleh nak make up tu elok je tahan lama tanpa bercapuk atau istilah dia 'cakey'. Tahu tak apa punca makeup bercapuk?
Punca- punca makeup bercapuk dan tak tahan lama ada banyak faktor, antaranya :
- Salah aturan make up
- Produk make up yang tidak sesuai
- Kulit kering
- Kulit berminyak
- Cuaca panas
- Tidak prep muka sebelum make up
- Tidak menunggu pelembap muka meresap sepenuhnya
Dan banyak lagilah punca make up bercapuk. Nak dapatkan makeup flawless sebenarnya kena prep muka dulu, itulah tip make up tahan lama daripada MUA. Kemudian barulah make up mengikut aturannya.
Bab prep muka tu yang ramai skip kan. Walaupun sekadar nak pakai foundation pun, tetap kena pakai skincare yang betul. Paling penting salah satunya adalah moisturizer sebelum make up selain serum dan sunscreen.
Barulah makeup flawless! Begitulah cara makeup tahan lama kalau nak tahu. Sebab fungsi moisturizer ni kan melembapkan kulit. Jadi boleh elakkan kulit kering yang akan menyebabkan makeup bercapuk.
Pemilihan moisturizer juga tersangatlah pentingnya. Saya suka pakai moisturizer Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature sebab moisturizer water based dan cepat meresap. Jadi, untuk prep muka tu tak makan masa yang lama lah.
Aqua Whitening Cream ni dia sangat berbeza dengan pelembap muka yang lain. Pernah nampak moisturizer ada effect titisan air selepas disapu pada kulit muka? Tak pernah kan?
|
muka togel selepas cuci muka, titisan air muncul selepas sapuan pelembap. |
Make Up Tahan Lama Untuk Kulit Berminyak
Maintain segar je kulit muka tau! Kalau tidak, kusam suram je tanpa seri. Sebelum ni kalau makeup up tak pakai moisturizer Aqua Whitening, kulit jenis cepat berminyak dan membuatkan makeup cair tak tahan lama. Lepas tu bercapuk, stress dibuatnya! Faham tak perasaan tu macamana.
Lagi-lagi kalau nampak ketara sangat. Nak ambil gambar pun tak ada mood dan rasa tak yakin dah. Lepas pakai Aqua Whitening Cream ni selesai masalah make up bercapuk dan make up cair.
Nak bagi make up tahan lama untuk kulit berminyak macam saya sangat sesuai gunakan Aqua Whitening Cream ni membuatkan makeup mesra dengan kulit (meresap) dengan cepat tak bercapuk, tahan lama dan pigmented!
Pelembap muka yang ada niacinamide ni sesuai sangat untuk kulit jenis berminyak.
Sebab tu saya suka pakai Aqua Whitening Cream ni sebab ia bukan sekadar pelembap. Moisturizer terbaik yang boleh kawal pengeluaran minyak kulit muka. Even pakai sampai petang pun tak perlu risau kulit berminyak atau make up bercapuk.
Kulit muka pun rasa segar sepanjang hari. Biasanya kita risau kalau make up tak tahan lama, kan. Tapi kalau pakai Aqua Whitening Cream ni sebelum makeup, tak perlu risau dah. Sampai ke petang make up masih maintain dan glowing.
Hasil makeup pun nampak lebih cantik. Macam saya, sesekali je make up bila keluar rumah. Setakat pakai foundation, lipstick dan powder je lah. Jarang sekali pakai mascara, eyeshadow dan eyeliner. Saya tak ada masa lebih nak bersiap bila keluar. Blusher pun pakai lipstick, dab dab sikit bagi nampak merah sikit-sikit sudahlah.
Saya bukan pakar dalam bab makeup tapi kalau foundation tak bercapuk tu kira puas hati dah lah. Bukan mudah nak foundation elok terletak mesra kulit bila jenis kulit muka tak berapa nak licin ni.
Tips Make Up Tak Bercapuk Untuk Kulit Kering
Kulit kering salah satu punca makeup tak sekata dan mudah bercapuk. Kulit yang menggelupas akan membuatkan make up nampak lebih teruk, dia jadi susah nak melekat pada kulit dan of courselah akan berisiko bercapuk.
Pernah juga mengalami masalah tu. Rupanya saya silap, tak pakai moisturizer dulu sebelum make up. Itulah pentingnya prep muka, Tips dari MUA. Bila dah prep muka pakai moisturizer yang sesuai dengan kulit muka baru rasa seronok dapat hasil make up tahan lama dan glowing.
Dalam gambar bawah ni boleh nampak perbezaan kalau kulit kering vs kulit dengan pelembap lebih nampak glowing.
Aqua Whitening Cream ni dia jenis watery tau. Kulit akan rasa sejuk lembut gitu lepas sapu pada kulit muka. Cepat meresap pula tu. Tak perlu tunggu lama untuk prep muka sebelum make up. So pakai make up pun meresap cepat. Kalau pakai eyeshadow atau blusher pun warna lebih pigmented dan tak bercapuk. Bagus kan macam tu.
Wajib cuba Aqua Whitening ni untuk penjagaan kulit harian dan dapat bonus dapat hasil make up yang tahan lama dan tak bercapuk. Pendek kata, hasil make up jadi cantik.
Moisturizer Terbaik Untuk Make Up
Make up ringkas ringkas pun tetap ONz bila gunakan moisturizer sebelum make up untuk hasil make up tahan lama dan glowing. Tak risau lah makeup bercapuk bila berpeluh tu. Ada juga MUA share yang customers mereka guna products Hansaegee Nature ni sebelum makeup, makeupnya lebih pigmented dan tahan lama.
Bila makeup masa majlis kahwin penting untuk maintain kan make up tahan lama. Tak-kan MUA nak touch up banyak kali pula kan. Letih lah macam tu. Bila pakai pelembab muka terbaik, kurang kerjalah nak touch up make up. Memudahkan kerja MUA dan pengantin pun happy.
Selain itu, sesuai jugalah untuk make up tahan lama untuk dinner ke atau sebarang acara siang atau malam prep muka terlebih dahulu dengan moisturizer water based Aqua Whitening Cream ni.
Kadang datang malas nak makeup, tak risau sangat pun sebab kulit muka pun makin sihat dan flawless sejak memilih
produk skincare yang betul iaitu Aqua Whitening Cream ni. Pakai jadikan rutin harian jangan skip. Kena konsisten barulah ada hasilnya.
Bagusnya beli Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni packaging dia secure. Bubble wrap berlapis-lapis.
Bila dapat, kotak tak kemek lansung! Kotak juga dibalut dengan plastik untuk lebih secure.
Produk diterima dengan baik tanpa sebarang kerosakan.
Tak lama lagi nak puasa, lepas tu nak raya dah. Mesti nak cantik-cantik nanti di hari raya kan. Bulan puasa ni bolehlah mencantikkan muka dengan Aqua Whitening Cream ni. Bulan puasa kadang kita tak sempat nak cukupkan minum air untuk secukupnya untuk mencantikkan kulit.
Jadi, kalau pakai Aqua Whitening cream ni dapatlah juga membantu melembapkan kulit muka even tak cukup minum air pun. Kulit kering biasanya sebab tak cukup minum air lah kan. Nak maintain kulit segar dan cantik, Tips bulan puasa pakailah Moisturizer Aqua Whitening Cream ni untuk skincare Ramadan. Raya nanti dapatlah hasil kulit muka yang glowing dan make up pun lawa!
Didatangkan dengan pek yang mudah bawa, nak pakai pun senang. Yang penting selesa pakai sebab tak melekit.
Memang berbaloi kalau dah jumpa produk yang sesuai dengan kulit kita. Kalau boleh nak selama-lamanya pakai benda yang sama.
ReplyDeleteYe, harap begitulah selagi produknya masih ada jual.
Deleteglowingnya muka,
ReplyDeleteCubalah Hansaegee Nature juga :)
Delete