Celebrate With Your Butter half

Nampak Starbucks ada buat promosi sempena Valentine's day, Celebrate with your Butter Half. Butter, sempena Butter Together Collection Starbucks yang dikeluarkan awal bulan Februari 2023. Promo tersebut adalah 2 Venti-sized Frappuccinoand any slice of cake at RM35.

Tapi hanya untuk minuman Poppin’ Love Frappuccino & Mocha Nut Frappuccino sahaja dan kek yang available. Sweet steals for sweethearts katanya.

Lepas tu boleh dapat 30% off on any Butter Together merchandise with a combo set purchased in a single receipt. Promosi valid untuk sepanjang hari 14 Februari 2023.

Alang-alang ada promosi, kita pun ambil kesempatan juga membeli Poppin’ Love Frappuccino & Mocha Nut Frappuccino dan juga sepotong kek Red Velvet sebab kek Neopolitan dah habis. Baru je nak merasa Kek Neopolitan serba merah jambu tu. 

Konon nak mengikut tema merah jambu tapi Red Velvet serba merah pun menarik juga kan. Even baru je merasa kek Red Velvet sempena Birthday minggu lepas, tetap maintain sedap kek Red Velvet. Kegemaran kek sepanjang zaman saya.

Starbucks Poppin’ Love Frappuccino
Poppin' Love Frappucino

Rasa minuman Poppin' love Frappucino yang sedap! Sekali sedut macam rasa kek, sekali sedut lagi macam mixed berries. Macam minuman red velvet Oatmilk latte versi light pun hado. Warna yang menarik dan bila ada blood orange bubble tu tambah sedap ada rasa masam-masam oren gitu. Meletop-letop dalam mulut bila digigit.

Starbucks Mocha Nut Frappucino

Mocha Nut Frappuccino, rasa minuman mocha yang sedap. Hujung-hujung sedutan tu macam rasa minuman Asian Dolce Latte (ADL) pun ada. Pahit kelat yang tak berapa kuat. Itu ikut tekak sayalah. Bagi orang lain, rasa dia berbeza barangkali.

10 comments:

  1. syok beli time promo kan berbaloi la sikit.

    ReplyDelete
  2. Wahh nampak sedap...dekat rumah Cuya dari Starbuck, tak dan la nak merasa...hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dua² ni. Kalau peminat Starbucks dekat² tu rajin dah order kan.

      Delete
  3. that looks so good tapi sejak2 puasa gula ni, ray langsung x minum starbucks. haha terliur pulak nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salute lah Ray boleh cut off gula. Bagus tu amalkan gaya hidup sihat. Sesekali boleh cheat day :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.