Doa Di Bulan Syaban Menjelang Ramadan

Salam 1 Syaaban 1444H. Di Bulan Syaaban ini, perbanyakkan doa-doa dan amalan kebaikan. Semoga Allah SWT kurniakan buat kita kekuatan dan menambah penghayatan kita untuk lebih gigih beribadah di bulan ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

InshaAllah...
Semoga kita diberikan kesempatan oleh Allah bertemu di bulan Ramadan.

Di bulan Syaaban juga, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan di bulan Sya'ban dengan melakukan berbagai aktiviti ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti berpuasa, solat, membaca al-Qur'an, berdoa, bersedekah, bertahlil, berwirid dan sebagainya.

Selagi mana pengisian ibadah tidak bertentangan dengan syariat Islam. Semua amalan diyakini baik bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Doa memasuki bulan Sya'ban

اللَّهُمَّ كَمَا بَلَّغْتَنَا شَعْبَانْ فَبَلِّغْنَا رَمَضَانْ وَاكْتُبْنَا مِمَّنْ صَامَهُ وَقَامَهُ اِيْمَانََا وَاحْتِسَابََا حَتَّى نَحْظَى بِا لْغُفْرَانِ وَسُكْنَى الْجِنَانْ وَالْعِتْقَ مِنَ النِّرَانْ
Ya Allah, sebagaimana engkau telah menyampaikan kami di bulan Sya'ban, maka sampaikan umur kami di bulan Ramadhan, dan takdirkan kami termasuk golongan orang orang yang berpuasa dan mendirikan solat malam dengan dasar iman dan berharap pahala. Hingga akhirnya kami beruntung mendapat pengampunan dosa dan bertempat tinggal dalam surga dan bebas dari sentuhan api neraka.

 

Doa bulan Syaaban 1

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Maksudnya :
 “Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”

Doa Di Bulan Syaban Menjelang Ramadhan

Doa bulan Syaaban 2

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksdunya :
 “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”

Mintalah juga pada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada Allah swt pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima Allah SWT.

Malam Nisfu Syaaban termasuk 5 malam mustajab Doa— Imam As-Syafi'e 


قَالَ الشَّافِعِىُّ : وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِى لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ.
Imam asy-Syafie berkata : 
Doa itu mustajab pada lima malam; malam jumaat, malam raya adha, malam raya fitri, malam awal bulan rejab dan malam pertengahan / nisfu sya’ban.
Diriwayatkan dalam :
Imam asy-Syafie, Al-Umm, Jilid 1/254, Dar El Fikr, 2009, Imam al-Baihaq, Sunnah al-Kubra, 3/319, no: 6518. Syu’bul Iman, 3/341, no: 3711.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.