Doa Rasulullah SAW Saat Terjadi Bencana Alam

Gempa bumi yang menimpa bumi Turkiye yang amat dasyat di tenggara Turkiye dan sempadan Syria telah mengorbankan banyak nyawa. Gempa bumi yang menyebabkan kemusnahan teruk itu sebahagiannya disebabkan kuasa gegaran di mana ia adalah gempa bumi terkuat yang melanda Turkiye sejak tahun 1939.

Beberapa gabungan faktor antaranya lokasi, waktu dan struktur bangunan yang lemah menyebabkan gempa bumi melanda Turkiye dan Syria semalam antara yang terburuk dan berbahaya. Ini kerana Turkiye berada dalam salah satu zon gempa bumi paling aktif di dunia. Disebabkan kawasan itu sudah lama tidak berlaku gempa besar, maka "tenaga yang cukup banyak" mungkin terkumpul. 

Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud berhampiran sempadan Turkiye-Syria, dengan jumlah mangsa dijangka meningkat berikutan gegaran susulan sepanjang hari semasa berlaku gempa bumi tersebut.

Kejadian gempa bumi yang menyayat hati. Allahuakbar! Kejadian tanah runtuh Batang Kali yang baru terjadi, kita rasakan dah cukup dasyat tapi kejadian gempa bumi lagi dasyat. Inalillahi wainailaihi rajiun...

doa saat terjadi bencana alam
sumber : JAKIM

Doa saat terjadi bencana alam


للّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيْهَا وَخَيْرَ مَا أَرْسَلْتَ بِهِ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا فِيْهَا وَشَرِّ مَا أَرْسَلْتَ بِهِ

Bacaan rumi : Allâhumma innî asaluka khairaha wa khaira mâ fîhâ, wa khaira mâ arsalta bihi, wa a’ûdzubika min syarrihâ, wa syarri mâ fîhâ wa syarri mâ arsalta bihi

Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kehadirat-Mu kebaikan atas apa yang terjadi, dan kebaikan apa yang di dalamnya, dan kebaikan atas apa yang Engkau kirimkan dengan kejadian ini. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari keburukan atas apa yang terjadi, dan keburukan atas apa yang terjadi didalamnya, dan aku juga memohon perlindungan kepada-Mu atas apa-apa yang Engkau kirimkan"

Semoga Allah SWT permudahkan urusan anggota pasukan SMART yang telah berlepas ke Turkiye bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi. Aamiin...

Doa dipermudahakan urusan


اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
bacaan rumi : Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla

Maksudnya : Ya Allah, tidak ada sesuatu yang mudah kecuali memang Engkau yang memudahkannya dan Engkaulah yang menjadikan segala sesuatu yang sulit itu menjadi mudah jika memang Engkau kehendaki.

English : O Allah! There is nothing easy except what You make easy, and You make the difficult easy if it be Your Will.

2 comments:

  1. tu la..sedih sgt tgk keadaan di sana. hanya doa mampu dititipkan moga mereka semua tabah & kuat hadapi dugaan dari Yang Maha Esa..
    Al Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tragedi yang sangat dasyat sekali. Kita doakan dari kejauhan.
      Aaamiin...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.