Essential Oil Orange Young Living Menyegarkan Udara

Selain beli EO Ylang-Ylang, saya beli juga Essential Oil (EO) Orange Young Living. Bauan citrus Young Living semua best-best baunya. Yang saya pernah cuba EO Lemon, EO Citrus Fresh dan EO Grapefruit.

Kali ni cuba pula EO Orange. Baunya seakan-akan bau limau mandarin yang manis masa kita kupas tu. Bayangkan semasa membaurkan EO Orange ni, bau orange satu bilik. Best betul lah! Rasa segar  dan semangat kalau tengah buat kerja menulis atau design.

Menyahkan segala bau yang kurang menyenangkan. Kalau ada tetamu datang, baurkan je EO Orange ni. Mesti seronok tetamu datang. Atau boleh baurkan selepas memasak.

Essential Oil Orange Young Living

Essential Oil Orange Young Living

Orange mempunyai aroma kaya, sitrus yang memberikan pengaruh menaikkan semangat dan santai. Ia kaya dengan antioksidan yang kuat d-limonene.

Dengan aroma yang segar dan berbau sitrus, minyak pati Orange merupakan pilihan yang tepat untuk dibaurkan pada waktu pagi dan sepanjang hari. Keharuman minyak pati Orange bukan sahaja boleh menenangkan minda, malah ia mampu menghapuskan bau yang tidak disenangi. 

Apabila dicampurkan dengan pelembap dan disapukan pada kulit, minyak pati Orange boleh mengurangkan kecacatan pada kulit. Seperti minyak sitrus yang lain yang boleh mengakibatkan kesan peka foto, jangan menggunakannya pada kulit yang terdedah sebelum melakukan aktiviti luar.

Minyak pati Orange ditekan sejuk dari buah limau yang sejuk dan segar. Pokok limau berasal dari Asia, namun ia boleh kini ditemui di serata dunia, termasuk di Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat. Minyak pati Orange mengandungi unsur limonene dan alpha-pinene dan ia juga merupakan ramuan utama dalam campuran seperti Citrus Fresh, Abundance, Christmas Spirit, dan Peace & Calming.

Nama Saintifik : Citrus aurantium dulcis
Keluarga botani : Rutaceae
Bahagian pokok yang digunakan : Kulit
Wilayah Penanaman : Brazil, AS, Afrika Selatan, Itali dan China
Kaedah Pengekstrakan : Tekan sejuk
Wilayah YL : Kebanyakan minyak pati Orange dihasilkan dari Brazil.

Minyak pati 1994 menyertai keluarga Young Living pada tahun 1994

Cara penggunaan EO Orange

Topikal : Cairkan 1 titis dengan 1 titis V-6™ atau minyak zaitun dan sapukan pada tempat dikehendaki apabila perlu.
Aromatik : Baurkan sehingga 1 jam 3 kali sehari.

Manfaat pembauran EO Orange
  • Memberikan aroma yang segar semasa meluangkan masa dengan ahli keluarga.
  • Nikmati kesegaran musim panas dengan aroma yang boleh menceriakan dapur ketika menyediakan hidangan bersama keluarga dan rakan-rakan.
  • Manjakan diri dengan air mandian suam dan nikmati aroma semula jadi yang membangkitkan semangat diri setelah kepenatan bekerja.
  • Tingkatkan tenaga bilik tidur dan cergaskan diri untuk menghadapi cabaran yang mendatang sebaik sahaja bangkit dari tidur.

Kegunaan EO Orange

  • Gabungkan dengan pelbagai jenis campuran minyak pati semasa musim panas dan sejuk. Baurkan Orange dengan Lime, Lemon dan Tangerine untuk menikmati keharuman yang segar dan mesra atau baurkannya dengan Cinnamon Bark dan Clove untuk keharuman yang sesuai ketika bercuti.
  • Gabungkan 8-10 titis dengan air suling atau dengan witch hazel dalam botol sembur kaca yang kecil dan semburkan pada cadar, tuala dan baju untuk mengekalkan kesegarannya.
  • Gunakan bersama regimen rawatan muka pada waktu malam bagi mengurangkan kecacatan pada kulit dan melicinkan permukaan kulit.
  • Baurkan Orange di tempat permainan anak kerana mereka pasti suka akan baunya yang manis dan menceriakan!

Sumber : https://www.youngliving.com/ms_my/products/minyak-pati-orange

6 comments:

  1. Saya dah lama pakai YL oil ini. Dan sukaaaa banget Ama semua aroma kak.

    Kalo punya anak yg susah makan, campurkan YL orange ini dengan YL lemongrass, bisa di diffuse atau dioles. Kalo dioles, campurannya : YL orange + YL lemongrass + zaitun oil.

    Kalo di diffuse itu aromanya lama2 bakal enaaak banget. Salah satu mixing aroma yg paling saya suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua aroma best kan. Terima kasih untuk resepinya tu. Kombinasi bauan yang menyegarkan tu.

      Delete
  2. Rasanya kalau jenis sitrus sedap bau dan membasmi bau kurang enak.
    Belum cuba yang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. sangat membasmi bau bau yang kurang enak. Bauan citrus semua best²

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.