Tak Menyesal Masuk Malaysia Heritage Studios Melaka. Amazing!
Destinasi terakhir di Melaka kami akhiri dengan jelajah di Malaysia Heritage Studios Melaka selepas jelajah The Shore Ocenarium. Malaysia Heritage Studios Melaka adalah tapak Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park yang dulu dikenali ramai.
Kanak-kanak : RM35 seorang
Warga emas : RM35 seorang
OKU : RM30 seorang
Non-Malaysians/ Bukan warganegara
Seni bina seperti istana Melayu lama nampak macam ala Disney pun ada.
Selepas masuk, akan melalui Studio gambar disebalik dinding bercorak batik tu. Tempat wajib bergambar. Ada 3 ruangan bergambar yang ada patung lilin Angelina Jolie, Brad Pitt dan Mr. Bean.
Keluar dari Studio bergambar bersama patung lilin, terus nampak Malaysia Heritage Studios Sign ni. Ambil gambar lah sekejap.
Sebelum tu, staff kata sekarang tengah ada show berlansung di penetas Teja, Jadi dia advise kami suruh pergi ke pentas dulu melihat persembahan yang ada.
Ada tarian dan juga permainan bersama penonton. Seronok juga layan persempahan mereka. Walaupun tak ramai penonton tapi mereka tetap memberikan persembahan terbaik untuk menghiburkan penonton. Salutelah usaha mereka ni. Terhibur dengan persembahan mereka.
Selesai tengok persembahan, jom kita ziarah rumah ke rumah. Rumah Mini Malaysia ni memang terkenal dengan rumah rumah tradisional negeri-negeri di Malaysia. Kami mulalah dari sebelah kanan.
Rumah perlis yang dipenuhi dengan cermin cermin di dinding luar rumah. Nak masuk dalam setiap rumah kena buka kasut ye kawan-kawan. Kalau pakai kasut tu bertabahlah nak buka pakai buka pakai kasut.
Masuk-masuk rumah perlis yang berlangsir hitam, ada hologram projector yang bercakap tentang rumah Perlis. Ada beberapa rumah yang ada hologram projector ni. Tak semua rumah ada.
Setiap patung tu boleh berpusing dan ada music macam music box. Untuk pusingkan patung tu ala ala menari ken pusingkan kuncinya. Disebabkan terlalu leka main kunci patung ni, baru perasan ambil sekeping dua je gambar dalam Rumah Perlis ni. Selebihnya banyak video.
Keluar dari rumah Perlis nak menuju ke rumah seterusnya ada hotspot bergambar yang menarik dengan hiasan bingkai gambar warna warni tergantung.
Teringat cerita DoReMi. Mi cari kerja.Wahh sila panggung kau ya..turun kaki bawah. Ohh kau datang ni nak minta kerja yee...
Rumah Pulau Pinang ni berkaitan dengan Allahyarham P.Ramlee. Boleh masuk setakat di serambi je.
Pemain piring hitam hiburan orang orang zaman dulu sebelum munculnya zaman kaset dan radio.
Sumpah kagum gila bila selak langsir hitam terpandang permandangan yang super duper cantik ni. Wow! unexpected! Tak sangka dalaman rumah Kedah ni macam ni. Rumah luar papan dalam dia awesome sangat.
Disebabkan tak ramai orang, kita pun buatlah macam rumah sendiri. Mujur bawa tripod. Dapatlah ambil gambar bersama sesuka hati dengan sebebasnya dan berlama-lamaan. Berkeping keping ambil gambar di sini sebab cantik sangat.
Di halaman rumah Perak ada kereta labu berwarna putih ala Cinderella gitu. Mulanya nak naik posing bergambar tapi hasrat terbatal sebab macam tak kukuh je. Sendal pula tu dengan batu-batu. Nanti bergerak tak pasal pasal je.
Selak je langsir hitam pintu masuk rumah Selangor. Sekali lagi terpaku tengok lampu LED tergantung bertukar tukar warna dan ada kalanya bercorak bendera Malaysia. Di Rumah Selangor pengunjung akan dihiburkan dengan lagu Standing In the eyes of world nyanyian Ratu Rock negara, Ella.
Berhadapan Rukun Negara dalam ruang yang sama, Ruang yang cukup memukau pandangan mata. Dipenuhi dengan bunga raya merah. Kesan lampu dan lantai tiles buat lagi ruang ni nampak luas dan cantik sangat. Terpersona..aku terpersona...sila sambung lirik ini.
Dah penat berjalan, masuk rumah Sabah ada air conditioner. Sejuk sikit rasa. Masuk-masuk nampak figura pegang tombak ni.
Rumah Sabah dipenuhi dengan topeng topeng pelik, unik lagi menakutkan. Kita ambillah juga mana-mana yang macam menarik. Yang menakutkan rasa seram pula.
Di serambi Rumah Sabah ada beberapa staff yang buat persembahan tadi. Kita pun ambil peluang bergambar bersama. Dah kenapa kita kaku je kat tengah-tengah tu. Cantik dan kacak mereka dengan busana lama. Kalau ada persalinan yang boleh digayakan, teringin juga nak memakainya.
Dah puas ziarah berkunjung dari rumah ke rumah, kita masuk maze pula. Mula mula jumpa si Mawas ni. Baru tahu Mawas, The Snaggled Toothed Ghost of Johor.
4 creatures ni je lah kami jumpa masa memasuki maze. Tak larat nak berjalan lagi sebenarnya dengan sesat 2 3 kali. Akhirnya jumpa jalan keluar. Tak pasti ada berapa banyak creatures dalam maze ni.
Keluar pintu gerbang ni nampak mereka masih lagi bekerja. Nampaknya tak ada peluanglah nak bergambar depan globe Malaysia Heritage Studio ni. Itu tandanya kena datang lagilah kot. Kann...
Malaysia Heritage Studios Melaka ni kira penjenamaan semula, nafas baru Mini Malaysia lah kiranya kan. Malaysia Heritage Studios baru dibuka kepada pengunjung sejak Disember 2022. Masih baru lagi dan baru-baru ni Malaysia Heritage Studios viral di media sosial kerana tempatnya yang sangat cantik dan menarik.
Lalu kami pun tertariklah untuk berkunjung ke Malaysia Heritage Studios. Tak nak lepaskan peluang alang-alang dah sampai kan.
Tapi sampai-sampai je dah rasa kecewa. Nampak globe Malaysia Heritage Studios ni under maintainance. So kita ambil gambar globe lah dulu dengan harapan balik nanti dorang dah siap buat kerja.
Cantiknya pintu gerbang Malaysia Heritage Studios Melaka seperti seni bina Istana melayu lama. Sebelah kiri dari pintu masuk, kaunter tiket. Boleh beli tiket di kaunter tiket atau beli secara online. Bayar tunai atau guna kad.

Harga tiket Malaysia Heritage Studio
Dewasa : RM45 seorangKanak-kanak : RM35 seorang
Warga emas : RM35 seorang
OKU : RM30 seorang
Non-Malaysians/ Bukan warganegara
Dewasa : RM72 seorang
Kanak-kanak : RM56 seorang
Warga emas : RM56 seorang
Kanak-kanak : RM56 seorang
Warga emas : RM56 seorang
Masa beli tiket, staff bagitahu siap-siap boleh masuk hanya beberapa rumah je sebab rumah-rumah yang tak boleh masuk tu under maintainance dan renovation. Tak syok pula kalau dah sampai tapi tak masuk kan.
Bukan selalu kita nak datang sini. Nak tak nak kita redah masuk je lah. Lain kali dah siap kita pergi lagi. Ada alasanlah kita nak datang Melaka. Bukan begitu?
Seni bina seperti istana Melayu lama nampak macam ala Disney pun ada.
Pintu masuk sebelah kanan dan pintu keluar sebelah kiri
Selepas masuk, akan melalui Studio gambar disebalik dinding bercorak batik tu. Tempat wajib bergambar. Ada 3 ruangan bergambar yang ada patung lilin Angelina Jolie, Brad Pitt dan Mr. Bean.
Kami ambil gambar bersama patung lilin Angelina Jolie. Gambar yang dah siap dicetak akan dijual di sourvenir shop masa keluar nanti. Terpulang nak beli atau tidak kata Staff yang bertugas.
Keluar dari Studio bergambar bersama patung lilin, terus nampak Malaysia Heritage Studios Sign ni. Ambil gambar lah sekejap.
Sebelum tu, staff kata sekarang tengah ada show berlansung di penetas Teja, Jadi dia advise kami suruh pergi ke pentas dulu melihat persembahan yang ada.
Ada tarian dan juga permainan bersama penonton. Seronok juga layan persempahan mereka. Walaupun tak ramai penonton tapi mereka tetap memberikan persembahan terbaik untuk menghiburkan penonton. Salutelah usaha mereka ni. Terhibur dengan persembahan mereka.
Selesai tengok persembahan, jom kita ziarah rumah ke rumah. Rumah Mini Malaysia ni memang terkenal dengan rumah rumah tradisional negeri-negeri di Malaysia. Kami mulalah dari sebelah kanan.
House of Busana " Who's The Fairest of Them All"
Rumah Perlis
Masuk-masuk rumah perlis yang berlangsir hitam, ada hologram projector yang bercakap tentang rumah Perlis. Ada beberapa rumah yang ada hologram projector ni. Tak semua rumah ada.
Rumah berlangsir hitam semuanya ada air conditioner. Lega sikit masuk rumah Perlis ni dapat menyejukkan badan kejap. Dalam rumah Perlis dipenuhi dengan patung patung figura lagenda seperti Cik Siti Wan Kembang, Changsan dan lain-lain yang menggayakan busana zaman dahulu.
Setiap patung tu boleh berpusing dan ada music macam music box. Untuk pusingkan patung tu ala ala menari ken pusingkan kuncinya. Disebabkan terlalu leka main kunci patung ni, baru perasan ambil sekeping dua je gambar dalam Rumah Perlis ni. Selebihnya banyak video.
Yang bawah ni pun ambil dari screenshot video. Jadilah buat tepek dalam blog.
Di penghujung rumah ada ruang bilik menjahit.
Keluar dari rumah Perlis nak menuju ke rumah seterusnya ada hotspot bergambar yang menarik dengan hiasan bingkai gambar warna warni tergantung.
Rumah Pulau Pinang
Rumah Pulau Pinang serba putih dan comel je saiz rumahnya.
Teringat cerita DoReMi. Mi cari kerja.Wahh sila panggung kau ya..turun kaki bawah. Ohh kau datang ni nak minta kerja yee...
Rumah Pulau Pinang ni berkaitan dengan Allahyarham P.Ramlee. Boleh masuk setakat di serambi je.
Pemain piring hitam hiburan orang orang zaman dulu sebelum munculnya zaman kaset dan radio.
Papan tanda filem-filem Allahyarham P.Ramlee yang popular dari dulu sehingga kini. Tak pernah jemu layan filem filem beliau. TV zaman orang dulu dulu jenis ada tingkap.
Beralih ke rumah seterusnya.
House of Cultural Belief " From Another World"
Rumah Kedah
Rumah Kedah serba kuning pun comel je.
Sumpah kagum gila bila selak langsir hitam terpandang permandangan yang super duper cantik ni. Wow! unexpected! Tak sangka dalaman rumah Kedah ni macam ni. Rumah luar papan dalam dia awesome sangat.
Rumah Kedah dilimpahi cahaya lampu padi dengan kesan dinding cermin memberikan ruang nampak luas. Selain lampu LED padi, terdapat buaian bulat yang boleh diduduki untuk ambil gambar.
Mula-mula tak berani nak naik buaian ni tapi nampak ada staff duduk, kita pun duduklah buat rasa-rasa. Tapi gambar auto nampak gemuk bila duduk. Terus tak jadi letak dalam ni. Hehe...
Sekali lagi dikejutkan dengan bilik yang cantik dengan lampu warna-warni tergantung ni pada bahagian bilik belakang Rumah Kedah. Ruginya lah kalau datang ke Malaysia Heritage Studios tapi tak masuk setiap rumah.
Disebabkan tak ramai orang, kita pun buatlah macam rumah sendiri. Mujur bawa tripod. Dapatlah ambil gambar bersama sesuka hati dengan sebebasnya dan berlama-lamaan. Berkeping keping ambil gambar di sini sebab cantik sangat.
Dah puas bergambar, jom kita berkunjung ke rumah seterusnya.
Rumah Perak
Rumah Perak hanya boleh bergambar di luar sahaja sebab dikunci tandanya tak boleh masuklah tu. Barangkali belum siap sepenuhnya untuk pengunjung masuk.
Di halaman rumah Perak ada kereta labu berwarna putih ala Cinderella gitu. Mulanya nak naik posing bergambar tapi hasrat terbatal sebab macam tak kukuh je. Sendal pula tu dengan batu-batu. Nanti bergerak tak pasal pasal je.
Dihadapan jalan rumah Perak ada hiasan wau bulan tergantung menghiasi jalan.
House of Merdeka " Tanah Tumpah Darahku"
Rumah Selangor
Sempat juga merakam saat bertukar corak bendera Malaysia ni.
Di ruangan bilik tengah Rumah Selangor terpapar Rukun Negara
Berhadapan Rukun Negara dalam ruang yang sama, Ruang yang cukup memukau pandangan mata. Dipenuhi dengan bunga raya merah. Kesan lampu dan lantai tiles buat lagi ruang ni nampak luas dan cantik sangat. Terpersona..aku terpersona...sila sambung lirik ini.
Ambil gambar banyak-banyak sampai puas hati. Ini tempat ana yang punyaaa..Tapi masa masuk rumah Selangor ni ada pengunjung lain juga. Kena tunggu giliran kejap untuk bergambar. Tak lama. Tak dapat bayangkan kalau datang on weekend. Mesti jenuh nak tunggu ambil gambar. Kena cepat berebut tempat.
Ruang bilik belakang sekali Rumah Selangor ada bendera negeri-negeri di Malaysia.
Jodoh kitalah negeri berjiran je. 01 dan 05. Waghih Forever katanya! Saya pula Bangsa Johor.
Rumah Negeri Sembilan
Agak kecewa jugalah tak dapat rumah Negeri Sembilan
The Golden Age of Malacca " Once Upon a Time"
Rumah Melaka penuh dengan sejarahnya.
Rumah Melaka ni terkenal dengan tangga rumah yang cantik. Senang nak kenal Rumah Melaka.
Tak lupa juga terkenal dengan terompah baba nyona. Menarik juga terompah kayu warna warni dibuat hiasan dingin macam ni untuk port bergambar.
Semasa melangkah ke rumah seterusnya, ada hiasan kuda kepang tergantung. Maksudnya? Nak sampai Rumah Johor lah tu.
Rumah Johor
Sayangnya juga Rumah Johor tak dapat kita jelajahi. Baru nak feeling balik kampung. Terkenang rumah kampung zaman dulu. Rindu rumah kampung lama dulu. Lebih kurang beginilah rupa.
Rumah Kelantan
Tak boleh masuk juga. Cantik serambi rumah kelantan ni.
Rumah Terengganu
Tidak dibenarkan masuk juga. Menarik juga serambi Rumah Terengganu ni. Dihalamannya ada replika perahu.
House of Hope " Happily Ever After"
Rumah Pahang
Juga tak dibenarkan masuk. Unik pintu masuk di tengah-tengah.
House of Ethnic Masks " One Thousand & One Borneo Nights"
Rumah Sabah
Setelah skip banyak rumah yang tak boleh masuk, akhirnya dapat masuk Rumah Sabah. Rumah kedua terakhir.
Dah penat berjalan, masuk rumah Sabah ada air conditioner. Sejuk sikit rasa. Masuk-masuk nampak figura pegang tombak ni.
Rumah Sabah dipenuhi dengan topeng topeng pelik, unik lagi menakutkan. Kita ambillah juga mana-mana yang macam menarik. Yang menakutkan rasa seram pula.
Tang mata tu paling unik, guna cengkerang siput.
Rumah Sarawak
Rumah terakhir tak boleh masuk juga. Hanya memandang dari luar je lah.
Dah puas ziarah berkunjung dari rumah ke rumah, kita masuk maze pula. Mula mula jumpa si Mawas ni. Baru tahu Mawas, The Snaggled Toothed Ghost of Johor.
Jalan lagi sempat tersesat jalan mati. Jumpa pula si Jentayu dan Garuda.
Kemudian jumpa Naga Seri Gumum, Naga Tasik Chini.
Akhir sekali jumpa Gajah Mina. Kepala Gajah badan ikan. Unik betul!
4 creatures ni je lah kami jumpa masa memasuki maze. Tak larat nak berjalan lagi sebenarnya dengan sesat 2 3 kali. Akhirnya jumpa jalan keluar. Tak pasti ada berapa banyak creatures dalam maze ni.
Dah penat dan puas berjalan, jomlah kita keluar. Ini pintu exit dan dalamnya adalah sourvenir shop. Masuk je pintu ni akan ternampak gambar gambar yang diambil masa awal-awal masuk tadi. Gambar cantik sebab guna DSLR kan.
Mulanya macam nak beli tapi fikir harga RM50 sekeping tu macam overprice baik batalkan je niat nak membeli. Mahaplah ye.
Tertarik dengan tiffin ada signature Malaysia Heritage Studios ni. Kita ambil gambar je tak membeli.
Keluar pintu gerbang ni nampak mereka masih lagi bekerja. Nampaknya tak ada peluanglah nak bergambar depan globe Malaysia Heritage Studio ni. Itu tandanya kena datang lagilah kot. Kann...
Begitulah kisahnya jalan-jalan ambil pengalaman jelajah Malaysia Heritage Studios. Tak menyesal sangatlah datang sini. Tempat baru buka memang seronok tapi ada beberapa yang tak siap lagi tu macam rugi sikit. Kena datang lagi bila semuanya dah siap.
Bestnya jalan2
ReplyDeleteJalan-Jalan memang menyeronokkan.
Deletewah menarik laaa... apa hal la kita x pasan tempat ni masa cuti2 ke melaka aritu... ok bole msk list next time :)
ReplyDeleteNext time kena pergi KakRet. Wajib masuk dalam list.
DeleteCuya plan nak datang ahad ni. 2022 Cuya intern kt sini, masa tu belum renovate lagi. Tak sabar rasanya nak kembali ke tempat kerja Cuya.
ReplyDeleteOh ye ke pernah intern kat sini. Kerja bahagian mana tu? Kot terjumpa ke kan nanti. Selamat kembali bekerja Cuya.
DeleteCuya intern je tahun lepas, tak kerja situ pon...tadi baru je pergi sana, nanti Cuya update entri di blog. Jangan lupa singgah! Hehe
DeleteOhh intern masa membangunkan tempat ni ye. Okay Cuya.
DeleteMenarik! Berapa jam Fiza habisakan masa dalam ni ya? Ke ada tulis akak tak perasan 😅
ReplyDeleteBab patung lilin bukan Malaysian tu jelah macam tak kena tema.
Hampir 2 jam juga kat sini kak. Haa yang tu ada terfikir juga kenapa. Why not letak tokoh ke kan..okay lagi. Mungkin mereka ada sebab tersendiri atau daya tarikan macam tu.
DeleteOhh jadi ini kumpulan rumah2 tradisional dari setiap negara bagian Malaysia ya kak? Saya jadi ingat kalo di Indonesia Taman Mini Indonesia Indah. Sama juga sih, isinya rumah2 tradisional dari 37 propinsi, tapi karena itu sudah dibangun dari tahun 1980an, jadi memang biasanya sudah full terbuka utk umum
ReplyDeleteSaya tahun ini ada plan mau ajak anak2 ke Malaysia, mungkin saya mau masukin Malaka utk melihat tempat wisata ini. Anak2 pun jadinya bisa belajar
Ya, setiap rumah mewakili setiap negeri dalam Malaysia. Kalau ke Melaka nanti jangan lupa singgah ya. Mesti seronok!
Delete