Menginap Di Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Siapa suruh anak buah buat Majlis di Kota Damansara, kan dah kena menginap di Hotel Manhattan Business Hotel Damansara Perdana. Padahal boleh je pagi-pagi Majlis tu gerak dari Seremban. Sebab taknak gerak awal, maka kita check in hotel yang berdekatan je lah. 

Saya je lah menginap di sini, ada yang gerak dari rumah abang dan juga gerak masa majlis tu. 

Buat pertama kalinya saya check in hotel lewat pukul hampir pukul 11 malam macam tu. Rasa rugi pula check in hotel lewat sebab tak boleh nak menikmati berehat dalam bilik lama-lama. Kami sampai di Damansara pun dah pukul 9 malam macam tu, singgah makan di Nasi Lemak Krabster dan bersembang lagi.

Tapi takpelah, mengenangkan hotel tengah bandar tak adalah mengharapkan apa sangat. Kalau menginap di hotel seaview tu rasa ralatlah juga tak dapat menikmati sunset atau seaview yang indah. 

Kami pilih Manhattan Business Hotel ni pun sebab antara yang macam menarik di mata kami. Ada lagi satu Manhattan Business Hotel di TTDI. Dekat juga tu cuma yang di Damansara Perdana ni macam menarik sikit.

Lagipun weekend kan, hotel penuh kita pilih mana yang available dan menarik. Macam biasa kami request bilik high level dan ada view. Rimas kalau bilik no window. 

Masa lalu depan hotel, sempat juga ambil gambar permandangan hotel ni dari luar.

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Urusan check in sekejap je. Deposit RM100. Apa yang kami request tak dapat. Dapat bilik level 2 je lah. Tak tinggi mana, view pun kurang menarik sikit menghadap kesibukan jalan raya dan flyover. Kami dapat bilik yang hujung tulisan broadway tu.

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Di belakang ni ada cafe. Menarik interior design Manhattan Business Hotel Damansara Perdana ni sebenarnya. 

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Kami booking bilik Deluxe King Room. Masa kami survey bilik tu, ini je yang nampak macam selesa Walaupun ruang dia tak besar sangat kan. Untuk bilik macam ni di bandaraya besar macam ni padanlah dengan harga dia. Siap ada fee 2 tax lagi tu. Hampir 2 ratus juga untuk rate bilik ni semalaman.

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Pandangan dari dalam bilik di tepi tingkap. Ada lah ruang untuk solat di tepi tu.

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Laluan tepi katil sebelah pintu dan depan TV agak sempit. Tak boleh berselih tu. Pintu betul-betul dekat dengan katil. Ternyata nampak bilik ni kurang luasnya kan.

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Bedspread yang bersih dan wangi. Ekslusif ada label Manhattan Business Hotel. Tertarik dengan logo Manhanttan tu macam tulisan doktor.

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Open wardrobe dengan hanger yang banyak jenis melekat. Macam biasa orang pendek macam saya agak struggle nak gunakan hanger tu. Meja tepi tingkap dan coffee area.

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Bilik air yang luas dan agak bersih juga lah. Nak kata besih sangat tu tidaklah. Susah nak dapat hotel yang bilik airnya betul-betul bersih. 

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Disediakan cerek elektrik, air minuman, kopi dan juga mug. Tak sempat nak kupi-kupi sebab kami dah beli kopi panas Starbucks. 

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Disediakan juga dengan bekas tisu Manhattan Business Hotel yang menarik.

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Ada peti besi untuk simpan barang berharga, hair dryer dan laundry plastic bag.

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Selipar bilik juga disediakan.

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Toiletries ada berus gigi, ubat gigi, sikat, sanitary bag dan shower cap.

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Body & hand wash dan juga conditioning shampoo dalam bekas dalam bilik air. Jarang guna yang hotel punya sebab tu bawa sendiri. Risau alah dengan kulit bila pakai yang lain.

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Inilah dia permandangan dari dalam bilik. Tingkap tak boleh buka, cermin tingkap ni double ye. Tingkap dan ada cermin, lepas tu ada cermin tebal lagi tutup semua tingkap ni. Dia punya tak bersih tu jangan cakaplah kan. Nilaikan sendiri. 

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana

Permandangan luar bilik tu tak best sangatlah. Hadap jugalah kesibukan jalan raya tu. Tapi tak bising sangat sebab tingkap dia kalis bunyi sikit. Sebab tu letak double cermin kot.

Tak dinafikan interior design hotel dan bilik sangat menarik. Masa mencari tu pun dah tertarik dengan Manhattan Business hotel ni. Setakat nak bermalam tu okaylah.

Gambar serba kelam sebab interior design bilik yang serba gelap. Lighting tak on point. Tapi suasana dia romantik lah kan. Cuma kalau cat putih nampak lagi luas sikit ruang bilik. Mungkin sebab ikut tema hotel, warna sebegitu memang tepat lah dengan temanya.






8 comments:

  1. Haah deko gelap dan kelam. Untuk yang buat kerja dalam bilik hotel tidak sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa suram dan cepat mengantuk..sesuai lah untuk suasana romantis kan.

      Delete
  2. masuk bilik terus rasa nak tidur malap je. hihih

    ReplyDelete
  3. Suasana beginilah yang Kak Amie suka! Nampak malap, dan sejuk. Sesuai untuk berehat setelah menempuh perjalanan jauh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..faham faham. Mudah nak terlelap gitu kan kak Amie :)

      Delete
  4. Dekat dengan transportasi umum kak? Macam mrt ? Saya masih cari lagi hotel untuk liburan Juni Juli nanti. Tapi sebisa mungkin saya nak dekat transportasi umum, biar gampang kemana2 😄.

    Di Jakarta pun ada hotel Manhattan, tapi saya tak tahu apakah under one company dengan yg di Malaysia ini atau tak. Krn logo nya macam beda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti, boleh refer pada details hotel di website. Apa yang saya baca dari agoda train or bus 2.1km macam tu.

      Ya, sebaiknya begitulah cari public transport yang dekat dan mudah. Ohh ada Hotel Manhattan juga ye. Tak tahulah sama atau tidak. Kalau sama pasti logo juga sama kan.

      Selamat datang ke Malaysia Fanny and family :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.