Singgah Di Masjid Selat Melaka, Masjid Terapung Dengan Seni Bina Melayu Dan Timur Tengah

Nampak Masjid Selat Melaka dari kejauhan melalui tingkap tempat kami menginap di The ATTIC home terus rancang nak ke Masjid Selat Melaka lepas check out. Bila sampai di Masjid Selat Melaka tengahari memang tak ramai orang. Boleh dikira dengan jari. 

Kebanyakkan mereka pelancong dari luar negara. Masing-masing lengkap berjubah mengikut peraturan untuk masuk Masjid. 

Masjid Selat Melaka atau dikenali dengan Masjid Terapung Selat Melaka, salah satu tempat menarik di Melaka. Rugi kalau tak singgah. Andai sampai masa waktu solat, boleh juga menunaikan ibadah solat fardu atau solat sunat.

Dari dalam kereta sempat juga mengambil sekeping gambar dari depan Masjid. MasyaAllah cantiknya seni bina Masjid Selat Melaka. Kalau dulunya catnya berwarna putih. Sekarang telah dicat warna merah jambu lembut.

Seni bina Masjid Selat Melaka

Senibina Masjid Selat Melaka ini adalah berkonsepkan Islam moden yang menggabungkan elemen senibina Melayu & juga Timur Tengah.
 
masjid selat melaka malaysia

Kemudian kita ambil gambar dari depan sikit. Lighting tengah on point waktu tengahari, memang cantik langit biru ada awan putih kepul kepul sikit.
 
masjid selat melaka malaysia

Ambil dari sisi kiri Masjid Selat Melaka pula. Baru nampak masjid terapungnya.

masjid selat melaka malaysia

Berjalan lagi ke tepi sisi Masjid sebelah kiri, ada papan tanda Selat Melaka (The Straits of Melaka). Ada beberapa kemudahan yang disediakan di Masjid Selat Melaka :
  • Kawasan parkir yang luas dan percuma
  • Tempat wudhu khas
  • Tandas yang bersih
  • Cafe
  • Bangku rehat

masjid selat melaka malaysia

Selat Melaka (The Starits of Melaka)

Selat terpanjang dan tersibuk di dunia (The longest and busiest Straits in the world)

masjid selat melaka malaysia

Sebelah kanan Masjid Selat Melaka, terletaknya Menara Masjid Selat Melaka.

masjid selat melaka malaysia

Larangan yang perlu di ambil peduli orang setiap pengunjung yang datang ke Masjid Selat Melaka. Jangan buat-buat tak nampak pula.

masjid selat melaka malaysia

Anjung Masjid Selat Melaka yang saya rasa jadi hotspot fotografi. Sesiapa nikah di Masjid Selat Melaka ni mesti cantik-cantik gambarnya kan.  

masjid selat melaka malaysia

Kubah Masjid Selat Melaka dengan seni reka yang menarik dan unik, lain sikit dari reka rekaan bulan bintang yang biasa kita nampak.

masjid selat melaka malaysia

Tak lepaskan peluang, kita pun berjalan ke anjung Masjid untuk mencipta kenangan dapat jejak kaki ke Masjid terapung Melaka ni. Dah sampai, kenalah ambil gambar Masjid Selat Melaka selagi masih ada bateri handphone.

masjid selat melaka malaysia

Panas matahari tegak atas kepala. Terus jadi gelap gambarnya pun. 

masjid selat melaka malaysia

Ruang masuk anjung masjid sebelah kiri ni sangat menarik. 

masjid selat melaka malaysia

Bila kita menghadap cahaya, barulah dinamakan lighting on point! Elok gambar cerah tapi masih menahan panas matahari.

masjid selat melaka malaysia

Pintu masuk majid dari anjung sebelah kiri. 

masjid selat melaka malaysia

Kami tak masuk ke dalam ruang solat. Hanya mengambil gambar dari pintu masuk sahaja.

masjid selat melaka malaysia

Sebelum beredar, baca sikit penerangan tentang Masjid Selat Melaka nan indah ini. Kalau solat Jumaat pasti penuh. Masa kami melalui laluan tepi masjid, tangga untuk ke atas ditutup untuk pengunjung. Mungkin dibuka bila solat Jumaat atau memang ditutup saya tak pasti lah.

Menurut google, Masjid selat melaka opening hours sehingga pukul 6:30 petang. 

masjid selat melaka malaysia

Sejarah Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka yang telah dibina di tengah-tengah pusat perniagaan Banda Hilir bertempat di lokasi strategik Pulau Melaka, berhadapan dengan laut Selat Melaka, merupakan satu lokasi tarikan pelancongan yang popular di Negeri Bersejarah ini. 

Idea pembinaan masjid ini telah diilhamkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di Pertua Negeri Melaka yang pada ketika itu menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-9. Masjid ini dinamakan Masjid Selat Melaka kerana ja dibina di atas pulau buatan di Selat Melaka aitu selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia. Keluasan Masjid ini 1.8 hektar persegi. 

Masjid ini mula dibina pada Julai tahun 2003 dan telah siap pembinaannya serta mula digunakan pada 29 Ogos 2006. Masjid Selat Melaka telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-XII iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 24 November 2006 bersamaan dengan 3 Zulkaedah 1427H.

Lokasi Masjid Selat Melaka

Masjid Selat, Melaka dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka.

8 comments:

  1. Saya biasa solat Jumaat di sini. Tapi sudah 3 minggu saya berubah ke Masjid Kampung Kling. Jalan kaki saja ke masjid ni..

    ReplyDelete
  2. subhanallah..cantiks nya. MA pegi melaka hari tu singgah 2 kali...dua kali tu la ramai sgt org so..x dapat nak singgah bergambar.. yg 1st tu waktu malam, cantiks sgt dgn lampu2 nya tapi tu la..ramai org. hanya tgk je la... in sya Allah..next time, bukan jauh pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat tu banyak kalilah boleh singgah bila bila masa kan. Teringin juga nak singgah waktu malam.

      Delete
  3. Memang seronok lepak kena angin. Tempat solat lelaki seronok sebab berbuka mengadap laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasan pula terbuka tempat solat tu. Rasanya macam tertutup je. Cuma ruang luar je lah terbuka.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.