Jom Ke Pantai Siring Sebelum Check In

6hb Februari pagi baru terhegeh hegeh nak booking hotel nak celebrate birthday 7 februari. Punca lambat booking sebab masih tak tahu nak kemana. Kejap nak pergi PD, kejap nak pergi Kuala Selangor, kejap nak pergi Melaka. Begitulah perempuan sukar membuat pilihan. Aduhaii...

Akhirnya memilih untuk ke Melaka juga. Ulang sambut birthday di Melaka tahun lepas sebab tahun lepas encik suami demam tak dapat kemana. Ini kalilah kita pergi tempat yang belum pernah pergi lagi.

Sebelum check in, kami bercadang singgah ke Pantai Siring yang terletak di Merlimau, Melaka. Nak menikmati permandangan laut. Dan kalau boleh nak menikmati seafood celup tepung kononnya. Tapi sambil lalu tu nampak kedai Dak Lin Celup Tepung Pantai Siring yang popular tu tutup. Hampa!

Alang-alang dah sampai singgah lah sekejap ambil gambar. Walaupun bukan hujung minggu, meriah juga ramai orang di kedai-kedai dan melepak tepi pantai. Dapatlah juga menikmati permandangan Pantai Siring yang indah ni.

Sampai-sampai je terus cari port bergambar yang menarik. Macam cantik je kalau bergambar di jeti ni kan. Jeti yang nampak kukuh. Bolehlah kita tumpang bergambar sekejap di jeti papan ni.

jeti pantai siring

Lepas tu ambil gambar sorang dulu. Haritu cuaca agak mendung. Musim hujan sekarang ni. Asal petang je hujan. Asal hujan je petang. Merasmikan hadiah baju anak buah bagi. Tak ada koleksi baju kotak-kotak lagi. Jadilah buat tambah koleksi dalam gobok. Gobok tu loghat Johor yang bermaksud Almari.

jeti pantai siring

Harap tak robohlah jeti papan ni kami berdua tumpang bergambar. Entah posing apa apa entah. Tak ready. Janji ada gambar berdua. Pacak tripod pun tak yakin sebab risau kalau handphone jatuh dalam air. Naya Pak Karimmmm...

jeti pantai siring

Dah lama sebenarnya teringin datang sini. Pantai Siring yang baru meningkat maju. Baru sekarang ada rezeki jejak sini. 

Tak terlalu lama di Pantai Siring sebab kami kejar masa nak check in dah lewat. Rugilah kalau check in lambat kan. Sebelum beredar ambillah gambar buat simpan dalam album.

Pulau apa ye di situ? Siapa tahu?
pantai siring merlimau melaka

Rumah nelayan atau memang ada orang duduk di situ? Soalan serius. Siapa tahu silalah komen.

pantai siring merlimau melaka

Jeti nelayan Pantai Siring yang meriah dengan bot-bot mereka mencari rezeki.

jeti nelayan pantai siring

Banyak aktiviti menarik di Pantai Siring ni, boleh lepak tepi pantai, memancing, makan-makan. Antara makanan yang popular di sini :
  • ikan celup tepung pantai siring
  • ikan bakar pantai siring
  • kedai dak lin pantai siring
  • asam pedas pantai siring

jeti nelayan pantai siring

Sepanjang melalui jalan pantai Siring ni tak banyak kedai buka. Mungkin hujung minggu lebih meriah dengan kedatangan pengunjung. Ada rezeki kita singgah lagi. 

12 comments:

  1. Ehh..ada ye nama pantai Siring..Baru kutahuu.. Kalau ke Melaka, bolehlah try singgah ke sini pulak 😁

    ReplyDelete
  2. Macam menarik je .boleh la nanti ajak Dania pi sini...mesti x jauh dari Kolej dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik kak. Happening jugak sini. Meriah banyak kedai dan banyak port menarik. Boleh cuba singgah nanti.

      Delete
  3. Selalu ke Melaka tapi belum pernah singgah pantai siring ni

    ReplyDelete
  4. Sedap betul tu kalau dapat makan ikan celup tepung, ratah tepi pantai... eh, teringat pulak makan seafood celup tepung di Pantai Klebang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kalau dapat camtu kak Amie. Tapi itulah, tak ada rezeki. Ehh..ada eh kat Pantai Kelebang. Lama tak pergi situ.

      Delete
  5. CUya nama je org Melaka, pergi pantai siring pon tak pernah. HAHA...sedih XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kena pergi sini juga Cuya. Barulah Melaka.

      Delete
  6. Ler ah pergi Pantai Siring makan asam pedas dan sotong celup tepung.
    Hehe amakpun tidak pasti ada pulau ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bolehlah singgah kak dan review. Saya tak sempat berlamaan kat situ.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.