Filem Pendek Aidil & Atok (Youtube Fatijja TV)

Aidil & Atok, sebuah filem pendek yang disiarkan di saluran Youtube Fatijja TV pada bulan Ogos 2022 arahan Fauziah Dato' Ahmad Daud A.M.N dibintangi pelakon Zaidi Omar, Aiman Badrul dan Alexander Zulkarnain.

Filem pendek Aidil & Atok, karya berbentuk Islamik merupakan filem pendek kedua Fauziah bersama Yayasan Ammirul Ummah selepas Iqra sebagai terjemahannya terhadap maksud berwakaf Al-Quran.

Seni menjadi medium bagi menyalurkan mesej dan dakwah, sesuai perlantikannya sebagai Premier Volunteer untuk yayasan itu.

Kisah Aidil & Atok Digarap daripada cerita tulisan Slen Fadzil mengenai wakaf pembangunan masjid yang dihasilkan untuk Yayasan Amirul Ummah itu diambil daripada sudut pandangan anak kecil bernama Aidil (Aiman Badrul).

Aidil mengumpul duit belanja sekolah pemberian datuknya untuk diwakafkan ke masjid, sebagai saham buat ibu bapanya yang sudah meninggal dunia. Kisah ini diselitkan dengan elemen kasih sayang dan kekeluargaan, serta pembentukan akhlak murni seawal usia kecil.

Ia memberi gambaran betapa indahnya Islam yang sepatutnya menjadi amalan hidup kita semua secara sederhana.
Atok..Macamana Kita Nak Masuk Syurga?

filem pendek aidil & atok

FILEM AIDIL & ATOK

Siaran : Youtube Fatijja TV
Pengarah : Fauziah Dato' Ahmad Daud A.M.N
Cerita Asal dan penulis skrip : Slen Fadzil @AbgSlen Kedah
Terbitan : Yayasan Ammirul Ummah

PELAKON DAN WATAK

  • Zaidi Omar sebagai Atok
  • Aiman Badrul sebagai Aidil
  • Alexander Zulkarnain

SINOPSIS FILEM AIDIL & ATOK

Aidil adalah contoh kanak-kanak yang mendapat didikan yang sebaik-baiknya daripada Atoknya selepas menjadi anak yatim piatu.

Aidil juga diberi hidayah untuk berbakti kepada arwah dan ibunya dalam cara yang mudah. Aidil yang mengumpul duit perbelanjaan sekolah yang diberi datuk untuk diwakafkan kepada masjid sebagai saham buat ibu bapanya yang sudah meninggal dunia.

Segala perbuatan Aidil itu mampu dikesan oleh Atuknya yang begitu tersentuh dan terharu dengan pengorbanan Aidil.

Tunas pokok yang kecil akan pasti bercambah menjadi ranting dan dahan yang kukuh andai dibajai dengan baik lagi sempurna  


No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.