Surah Al-Fatihah Jawi, Rumi serta Maksudnya Dan Kelebihan Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah adalah Pembukaan dimana surah ini diturunkan di Mekah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah al-Fatihah merupakan surah yang wajib dibaca di dalam solat. Tanpa bacaan surah Al-Fatihah, tidak sah solat seseorang itu. Memahaminya juga umpama kita memahami tafsiran kitab Allah yang diturunkan.

Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah mengandungi 7 ayat dan merupakan surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah yang bermaksud Pembukaan kerana surah ini ialah surah yang pertama dalam Al-Quran dan dijadikan sebagai permulaan Al-Quran.

Disebabkan pelbagai keistimewaan surah Al-Fatihah ini, ia diberi banyak gelaran dan mempunyai lebih daripada satu nama, antaranya :
  • Ummul Quran/ Ummul Kitab – bermaksud ibu / induk al-Quran kepada semua isi Al-Quran
  • Al-Sab’al-Mathani/ As-Sab'ul Matsaani – bermaksud 7 ayat yang sentiasa diulang-ulang dalam solat.
  • Fatihah – bermaksud pembuka al Quran
  • As Syifa – bermaksud penawar atau penyembuh
  • Ar Ruqyah – bermaksud doa
  • Al Hamd – bermaksud puji-pujian
Membaca surah Al-Fatihah adalah salah satu rukun solat, di mana ianya bermaksud kita membaca surah ini sebanyak 17 kali sehari semalam. Satu kerugian sekiranya membaca surah Al-Fatihah tanpa menghayati isi kandungan surah tersebut.


bacaan surah al fatihah arab jawi rumi dan maksud

Bacaan surah Al-Fatihah ayat 1-7 lengkap serta maksudnya

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ
Alhamdulillahi rabbil 'alamin
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam,

الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ
Arrahmaanirrahiim
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗ
Maaliki yaumiddiin
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat),

اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ
Iyyaka na'budu waiyyaaka nastaiin,
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan,

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙ
Ihdinashirratal mustaqim
Tunjukilah kami jalan yang lurus

صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ
Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Kelebihan Surah Al-Fatihah

Membaca surat Al-Fatihah juga  boleh digunakan sebagai bacaan ruqyah. . Selain itu, beberapa kelebihan yang terdapat pada surah Al-Fatihah apabila kita amalkan dengan membacanya setiap hari dalam apa jua keadaan selain dibaca dalam solat.

  1. Membaca surah Al-Fatihah seolah-olah mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.
  2. Setiap satu ayat ddaripada surah Al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka.
  3. Mereka yang membaca surah Al-Fatihah ini seolah-olah telah sedekahkan emas di jalan Allah SWT.
  4. Memudahkan memperolehi ilmu pengetahuan serta membersihkan hati dan fikiran
  5. Dapat mengabulkan hajat seseorang jika membacanya sebanyak 40 kali setiap kali selepas solat Maghrib dan solat sunat.
  6. Membacanya sebanyak 41 kali sewaktu makan sahur, atas izin Allah SWT rezeki individu yang mengamalkannya akan dipermudahkan.
  7. Mengelakkan daripada sebarang gangguan sewaktu tidur.

Membaca Surah Al-Fatihah menjadi rutin harian penting untuk tujuan ibadah, rawatan, perlindungan, dan mendapat keberkatanNya di manadi dalam Surah Al-Fatihah terdapat zikir dan tahmid yang terbaik buat mereka yang membacanya. Ia juga sebagai pengajaran Allah SWT kepada para hambaNya adab berdoa dan meminta pertolongan.

Wajarlah kita sebagai Muslim untuk menghayati kehebatan surah Al-Fatihah dan sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan harian. 

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.